Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 28 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

28 JANUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh :3,281 kes (154,299 kes kumulatif, 77.8%);
  • Kes baharu : 4,094 kes (198,208 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (2 warganegara, 6 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 4,086 kes [3,328 warganegara (81.4%); 758 bukan warganegara (18.6%)];
  • Kes aktif : 43,192 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 303 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 118 kes; dan
  • Kes kematian :10 kes (717 kes kumulatif , 0.36%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,577 kes (38.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,262 kes (80.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 717 kes (17.5 peratus), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 678 kes (16.6 peratus).

Sebanyak 27 kes (0.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Mempaga (11 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (5 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes), Kluster DTI Sepang 2 (2 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (2 kes), dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini dilaporkan masing-masing tiga (3) kes di Selangor dan Sabah, dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan masing-masing satu (1) kes di Kedah dan Sarawak. Sebanyak sembilan (9) kes melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 28 Januari 2021;

  • Jumlah kluster : 779 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 407 kluster (termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Putra 15, Kluster Batu Besar, dan Kluster Kupi-Kupi);
  • Jumlah kluster aktif : 372 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 89 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Hentian iaitu sebanyak 88 kes, Kluster Pasai sebanyak 73 kes, dan masing masing 45 kes bagi  Kluster Jalan Faizal dan Kluster Jalan Playar.

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lima (5) kluster berkaitan tempat kerja, tiga (3) kluster komuniti, dan satu (1) kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan FaizalJohorTempat Kerja
2Jalan SatriaJohorTempat Kerja
3Jalan Dewani SatuJohorTempat Kerja
4Industri Peramu JayaPahangTempat Kerja
5Taman Mahkota ImpianWP LabuanTempat Kerja
6Jalan PakatSelangorKomuniti
7Indah RiangSarawakKomuniti
8Kampung KemansurPahangKomuniti
9Jalan KejoraMelakaKumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Di kesempatan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Thaipusam bagi semua penganut agama Hindu. Adalah diingatkan, dalam kemeriahan menyambut perayaan ini, Prosedur Amalan Standard (SOP) jangan dilupakan. 

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 28 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,577 (3)59,063
SABAH28248,019
WP KUALA LUMPUR678 (4)23,651
JOHOR71719,062
NEGERI SEMBILAN4811,381
PULAU PINANG997,579
PERAK945,859
KEDAH925,509
SARAWAK171 (1)3,945
MELAKA733,306
KELANTAN  373,100
PAHANG 722,792
WP LABUAN552,089
TERENGGANU801,837
WP PUTRAJAYA10848
PERLIS9168
JUMLAH KESELURUHAN4,094 (8)198,208

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 4,094 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 28 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,577 kes 
    • 264 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pakat;
    • 998 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 312 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 717 kes
    • 170 kes daripada kluster-kluster, termasuk 99 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Faizal, Kluster Jalan Satria, dan Kluster Jalan Dewani Satu;
    • 348 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 199 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 678 kes  
    • 57 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 256 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 361 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 282 kes 
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 185 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 90 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 171 kes
    • 84 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Indah Riang;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 86 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 99 kes 
    • 31 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 94 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 53 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19
  • Kedah: 92 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 32 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 80 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 73 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kejora;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 72 kes
    • 33 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Industri Peramu Jaya dan Kluster Kampung Kemansur;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 55 kes
    • 39 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Mahkota Impian;
    • lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 48 kes
    • 16 kes daripada kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 37 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 10 kes
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis : Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 10 kes kematian pada 28 Januari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
708104617WP Kuala LumpurLelaki (WN)67Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, jantung,  dan buah pinggang kronik
709147241KedahPerempuan (WN)78Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan paru-paru kronik
710152482SelangorLelaki (WN)69Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
711154697SarawakPerempuan (WN)79Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan dementia
712177985SabahLelaki (WN)67Hospital KeningauGout
713185121SabahLelaki (WN)63Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
714185180SabahLelaki (WN)62Jenazah dibawa ke Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
715188114SelangorPerempuan (WN)89Hospital AmpangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
716192098WP Kuala LumpurLelaki (WN)22Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras
717191252SelangorLelaki (BWN)32Jenazah dibawa ke Hospital Kajang

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN PAKAT

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-173134) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes indeks bertugas secara sambilan iaitu di Jalan Pakat, Ijok, Kuala Selangor. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 74 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN FAIZAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171310) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan pekerja kilang di Jalan Faizal, Pekan Nanas, Pontian. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 400 individu telah disaring, di mana 68 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SATRIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Satria 2, JB Perdana Industrial Park, Skudai, Johor Bahru. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 38 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DEWANI SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Dewani 1, Off Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Temenggong, Johor Bahru. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 166 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDAH RIANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching, Simunjan, Samarahan, dan Saratok di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179823) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang dihadiri oleh kes indeks. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Indah, Bandar Baru Samariang, Kuching. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KEJORA

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin di Melaka serta daerah Bandar Baharu di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-150857) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Kejora 3, Taman Tanjung Minyak, Melaka Tengah. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 248 individu telah disaring, di mana 36 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI PERAMU JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pekan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-180236) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Peramu Jaya, Jalan Pekan-Kuantan, Pekan. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG KEMANSUR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154682) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Kemansur, Bentong. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN MAHKOTA IMPIAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-198084) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja dan pelajar pusat asuhan yang terletak di Taman Mahkota Impian, Sungai Buton. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.