Press

MOH Press Release 29 January 2021 – Malaysia Joins Landmarks Across The World To Light Up KL Tower As A Sign Of Unity To Combat Neglected Tropical Diseases (NTDs)

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, JANUARY 29, 2021 January 30, 2021 will mark the second annual World Neglected Tropical Diseases (NTD) Day as Malaysia joins the global community to commit to ending NTDs and freeing the next generation from diseases of poverty. Affecting over 1.7 billion globally, NTDs are responsible for thousands of preventable deaths each year and cause impairments that perpetuate the cycle of poverty for millions.

Ministry of Health Malaysia and The Institute for Clinical Research (ICR), National Institutes of Health (NIH) Malaysia in partnership with the Crown Prince Court of Abu Dhabi, Bill & Melinda Gates Foundation, Carter Center, The END Fund, Uniting to Combat NTDs, Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi)and more than 300 government, health, community and business leaders, will use this occasion to launch a meaningful series of activities in support of eliminating NTDs from the planet.

“We are proud to join 23 other nations worldwide as part of this year’s World NTD Day for global solidarity against Neglected Tropical Diseases (NTDs)”

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah

Director General of Health,

Ministry of Health, Malaysia

It is estimated that NTDs infect over 1.7 billion people, or 24 per cent of the world’s population. Malaysia joining in solidarity, will help attract more attention to the plight and struggle of the communities living with the daily threat of NTDs.

Malaysia, although an upper middle-income country, is not free of NTDs. The mosquito-borne viral infection, dengue, is a major cause of morbidity and mortality in Malaysia. In 2019, there were over 130,000 dengue cases, a rise of 61 per cent from 2018 (Crisis Preparedness Response Centre (CPRC), MOH Malaysia, 2018).

Rabies outbreaks are still reported in Malaysia, especially along the border states of the country. Between 2017-2020, 29 deaths out of 31 cases occurred predominantly in Sarawak, Malaysia. Dr Noor Hisham said “rabies in Malaysia can be avoided by taking preventative measures such as seeking immediate medical care when bitten by stray animals and by controlling of movement of stray dogs crossing the borders”. The Ministry of Health Malaysia and State governments have embarked on an anti-rabies action plan including high-level surveillance, vaccination of owned pets and the management of strays in a continuous effort to control and eradicate rabies.

We also made some important inroads on vector borne diseases and the Ministry of Health continues to undertake research to better understand tropical diseases dynamics. Untreated NTDs lead to cognitive impairment and developmental disabilities, and severe forms can cause malnutrition and death. At a time when our world has more empathy for and awareness of the threat of infectious disease, it is our collective responsibility to end diseases that are entirely preventable.

Global attention has been focused on #COVID19, but the crisis has also diverted resources and attention away from other critical global health issues like NTDs, further exacerbating the health risks to already vulnerable populations.

“We all need to leverage on big data analytics and multi-sectoral evidence-based programs to eradicate Neglected Tropical Diseases (NTDs)”

Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim

Deputy Director General of Health

(Research & Technical Support)

Ministry of Health, Malaysia

In conjunction with this campaign, the World Health Organization (WHO) launched the NTD roadmap on January 28, 2021. Formal launch of “Ending the neglect to attain the Sustainable Development Goals: a road map for neglected tropical diseases 2021-2030″ on January 28, 2021 was by Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, Director-General of the WHO.

There is opportunity to apply the unprecedented collaboration around #COVID19 to address NTDs. This includes cross-sector, cross-industry partnerships, building strong political will, and generating resources necessary to reach the last mile.

Special thanks to KL Tower for supporting World NTD Day 2021. For more information please visit – https://worldntdday.org/

END


SIARAN MEDIA

PENYERTAAN MALAYSIA BERSAMA MERCU TANDA SELURUH DUNIA BAGI MENYALAKAN MENARA KL SEBAGAI TANDA KESATUAN DALAM MENANGANI PENYAKIT TROPIKAL TERABAI (NTD)

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 29 JANUARI 2021 – Tanggal 30 Januari, 2021 menandakan tahun kedua penganjuran Hari Penyakit Tropikal Terabai (Neglected Tropical Diseases, NTD) Sedunia. Malaysia menyertai komuniti global dalam memberi komitmen membanteras NTD demi membebaskan generasi akan datang daripada belenggu penyakit yang dikaitkan dengan kemiskinan. Lebih daripada 1.7 bilion penduduk di seluruh dunia terkesan oleh NTD yang bertanggungjawab dalam menyebabkan ribuan kematian yang boleh dicegah setiap tahun. Bukan itu sahaja, NTD juga menyebabkan ketidakupayaan yang mendorong kitaran kemiskinan yang berterusan di kalangan berjuta-juta manusia.

Kementerian Kesihatan Malaysia dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Institut Kesihatan Negara,  Malaysia bersama-sama Crown Prince Court of Abu Dhabi, Bill & Melinda Gates Foundation, Carter Center, The END Fund, Uniting to Combat NTD, Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) dan juga lebih daripada 300 agensi kerajaan, kesihatan, komuniti serta peneraju perniagaan, akan menggunakan kesempatan ini bagi merencanakan pelbagai aktiviti yang bermakna dalam menyokong usaha untuk menghapuskan NTD.

“Kami amat berbangga menyertai Hari NTD Sedunia bersama-sama dengan 23 negara lain di seluruh dunia sebagai tanda solidariti global bagi menangani Neglected Tropical Diseases (NTD)”

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan,

Kementerian Kesihatan Malaysia

Dianggarkan lebih daripada 1.7 bilion orang dijangkiti NTD, atau bersamaan dengan 24 peratus daripada populasi dunia. Dengan menyertai solidariti ini, Malaysia dapat membantu dalam meningkatkan keprihatinan kepada pahit getir dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat yang hidup dengan ancaman NTD setiap hari.

Walaupun Malaysia merupakan negara berpendapatan sederhana tinggi, kita masih tidak bebas dari NTD. Denggi, jangkitan virus bawaan nyamuk merupakan penyebab utama morbiditi dan kematian di Malaysia. Pada tahun 2019, lebih daripada 130,000 kes denggi direkodkan. Ini menunjukkan kenaikan 61 peratus berbanding tahun 2018 (Crisis Preparedness Response Centre (CPRC), KKM, 2018). 

Wabak Penyakit Rabies masih dilaporkan di Malaysia, terutama di negeri yang terletak di sempadan negara. Di antara tahun 2017-2020, terdapat 29 kematian daripada 31 kes yang direkodkan di Sarawak, Malaysia. Menurut Dr Noor Hisham, Rabies di Malaysia boleh dielakkan dengan mengambil langkah berjaga-jaga seperti mendapatkan rawatan segera sekiranya telah mengalami gigitan haiwan liar serta mengawal pergerakan anjing liar di kawasan sempadan. Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelan tindakan anti-rabies termasuklah pengawasan yang ketat, vaksinasi terhadap haiwan peliharaan dan pengurusan haiwan liar secara berterusan dalam mengawal dan menghapuskan wabak rabies.

Penyakit bawaan vektor juga dititikberatkan dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia secara berterusan menjalankan penyelidikan untuk lebih memahami dinamik penyakit tropikal. NTD yang tidak dirawat akan mengakibatkan kemorosotan kognitif dan ketidakupayaan, malah dalam keadaan yang lebih parah boleh menyebabkan malnutrisi serta kematian. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama dalam menghapuskan penyakit yang boleh dicegah ini, di saat seluruh dunia menunjukkan empati dan kesedaran terhadap ancaman penyakit berjangkit.

Tumpuan seluruh dunia terhadap krisis #COVID19 telah mengalihkan sumber serta perhatian daripada isu penyakit kritikal global lain seperti NTD, lantas memburukkan lagi risiko kesihatan terhadap golongan rentan.

“Kita perlu memanfaatkan big data analytics dan program multi-sectoral evidence-based bagi membasmi Neglected Tropical Diseases (NTD)

Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan

(Penyelidikan dan Sokongan Teknikal)

Kementerian Kesihatan Malaysia

Sempena kempen ini, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah melancarkan pelan tindakan pada 28 Januari 2021. “Ending the neglect to attain the Sustainable Development Goals: a road map for neglected tropical diseases 2021-2030” telah dilancarkan secara rasmi pada 28 Januari 2021 oleh Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah WHO.

Terdapat peluang untuk menerapkan kerjasama yang julung kali berlaku sebelum krisis #COVID19 ini untuk menangani NTD. Ia merangkumi perkongsian antara sektor dan antara industri, membina kehendak politik yang kuat, dan menjana sumber yang diperlukan untuk mencapai kejayaan mutlak.

Sekalung penghargaan kepada Menara KL atas sokongan Hari NTD Sedunia 2021. Untuk maklumat lanjut, sila layari –  https://worldntdday.org/

TAMAT

Categories: Press