Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 1 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

1 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,280 kes (170,329 kes kumulatif, 77.7%);
  • Kes baharu : 4,214 kes (219,173 kes kumulatif);
  • Kes import : 9 kes (8 warganegara, 1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 4,205 kes [2,645 warganegara (62.9%); 1,560 bukan warganegara (37.1%)];
  • Kes aktif : 48,074 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 316 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 137 kes; dan
  • Kes kematian :10 kes (770 kes kumulatif , 0.35%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,362 kes (32.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 967 kes (71.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 1,068 kes (25.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 702 kes (16.7 peratus).

Sebanyak 115 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Taiping (81 kes), Kluster Tembok Renggam (25 kes), Kluster Tembok Mempaga (7 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes), dan Kluster Tembok Kemus (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes di Negeri Sembilan dan masing-masing satu (1) kes di Johor, Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak, Selangor, Perak, Melaka, dan Terengganu. Semua kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 1 Februari 2021;

  • Jumlah kluster : 831 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 430 kluster (termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tembok, Kluster GK Tawau, Kluster Sentosa Residensi, Kluster Menara Wang, dan Kluster Maringkan);
  • Jumlah kluster aktif : 401 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 73 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Puchong (322 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Chulan (85 kes), dan Kluster Tembok Taiping (81 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan sembilan (9) kluster berkaitan tempat kerja, tiga (3) kluster kumpulan berisiko tinggi, dan dua (2) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Tapak Bina Jalan LagoonSelangorTempat Kerja
2Industri PuchongSelangorTempat Kerja
3Persiaran RayaPerakTempat Kerja
4Lapangan SiberPerakTempat Kerja
5Kampung Parit MasjidJohorTempat Kerja
6Tapak Bina Jalan PuchongWP Kuala LumpurTempat Kerja
7Ladang Sungai PinSabahTempat Kerja
8Bintang DailySarawakTempat Kerja
9Nilam TigaNegeri SembilanTempat Kerja
10Jalan EmpatWP Kuala LumpurKumpulan Berisiko Tinggi
11Jalan TanWP Kuala LumpurKumpulan Berisiko Tinggi
12Sungai PurunSelangorKumpulan Berisiko Tinggi
13Kampung SaminSabahKomuniti
14Padas DamitSabahKomuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 1 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,362 (3)69,296
SABAH27649,144
WP KUALA LUMPUR702 (4)26,303
JOHOR1,068 (2)22,626
NEGERI SEMBILAN9111,741
PULAU PINANG1197,967
PERAK1936,300
KEDAH475,833
SARAWAK1054,555
MELAKA853,660
KELANTAN  573,308
PAHANG543,038
TERENGGANU382,180
WP LABUAN72,154
WP PUTRAJAYA10892
PERLIS0176
JUMLAH KESELURUHAN4,214 (9)219,173

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 4,214 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 1 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,362 kes 
    • 185 kes daripada kluster-kluster; termasuk 123 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Lagoon, Kluster Industri Puchong, dan Kluster Sungai Purun;
    • 782 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 392 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 1,068 kes  
    • 212 kes daripada kluster-kluster, termasuk 44 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Parit Masjid;
    • 302 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 552 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 702 kes  
    • 483 kes daripada kluster-kluster, termasuk 378 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Puchong, Kluster Jalan Empat, dan Kluster Jalan Tan;
    • 128 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 87 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 276 kes 
    • 53 kes daripada kluster-kluster, termasuk 47 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Ladang Sungai Pin, Kluster Kampung Samin, dan Kluster Padas Damit;
    • 175 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 48 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 193 kes
    • 129 kes daripada kluster-kluster, termasuk 29 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Raya dan Kluster Lapangan Siber;
    • 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 119 kes 
    • 11 kes daripada kluster sedia ada;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 105 kes
    • 51 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bintang Daily;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 27 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 91 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Nilam Tiga;
    • 52 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 85 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 63 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 57 kes
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 54 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 47 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 38 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 10 kes
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tujuh (7) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 10 kes kematian pada 1 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
761160620JohorPerempuan (WN)71Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
762175949WP LabuanPerempuan (WN)40Hospital LabuanObesiti
763183154SarawakLelaki (WN)78Hospital SibuPenyakit darah tinggi, paru-paru obstruktif kronik (COAD), dan gout
764212105SelangorLelaki (WN)78Hopsital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
765214229Negeri SembilanLelaki (WN)26Hospital Tuanku Jaafar, SerembanObesiti
766214249Negeri SembilanLelaki (WN)73Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
767214264Negeri SembilanPerempuan (WN)87Hospital Tuanku Jaafar, Seremban-
768214392PerakLelaki (WN)59Hospital Teluk IntanPenyakit dislipidemia
769214737MelakaLelaki (WN)61Hospital MelakaPenyakit hati kronik
770214914TerengganuLelaki (WN)80Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu-

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN LAGOON

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Lagoon Selatan, Petaling. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 880 individu telah disaring, di mana 76 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI PUCHONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Puchong, Petaling. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 200 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI PURUN

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Hulu Langat dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-215135) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan kakitangan dan penghuni sebuah pusat jagaan di Kampung Sungai Purun, Semenyih, Hulu Langat. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG PARIT MASJID

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja yang terletak di Kampung Parit Masjid, Bukit Pasir, Muar. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN PUCHONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Puchong, Lembah Pantai. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 553 individu telah disaring, di mana 332 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN EMPAT

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-217015) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan di sebuah pusat perubatan di Wangsa Maju, Titiwangsa. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TAN

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Taman Tan Yew Lai, Lembah Pantai. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LADANG SUNGAI PIN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Sungai Pin, Kinabatangan. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana kesemuanya telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG SAMIN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sipitang, Kota Belud, dan Tuaran di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-195932) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes-kes dalam kluster ini mempunyai sejarah menghadiri satu majlis di Kampung Samin, Sipitang. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 33 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  1. KLUSTER PADAS DAMIT

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Beaufort di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-185120) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes-kes dalam kluster ini mempunyai sejarah menghadiri satu majlis di Kampung Shahbandar, Padas Damit, Beaufort. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 160 individu telah disaring, di mana 32 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN RAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-203213) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Kampung Acheh, Manjung. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Persiaran Venice Raya, Seri Manjung. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LAPANGAN SIBER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171806) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Pengkalan, Ipoh. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Laluan Lapangan Siber, Ipoh, Kinta. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BINTANG DAILY

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-190131) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster diambil berdasarkan lokaliti tempat kerja dan kediaman kes indeks iaitu di Taman Bintang, Bintangor, Meradong. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER NILAM TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-132931) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Jalan Nilam 3, Bandar Utama Nilai, Seremban. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 237 individu telah disaring, di mana 63 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.