Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 3 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

3 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 3 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,804 kes (177,794 kes kumulatif, 78.4%);
  • Kes baharu : 4,284 kes (226,912 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (2 warganegara, 4 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 4,278 kes [2,619 warganegara (61.2%); 1,659 bukan warganegara (38.8%)];
  • Kes aktif : 48,309 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 307 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 141 kes; dan
  • Kes kematian : 18 kes (809 kes kumulatif , 0.36%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,572 kes (36.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,309 kes (83.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 964 kes (22.5 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 651 kes (15.2 peratus).

Sebanyak 122 kes (2.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Mempaga (54 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (41 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (14 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (5 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (1 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (1 kes) .

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lima (5) kes di Selangor, masing-masing tiga (3) kes di Sarawak dan Negeri Sembilan, dua (2) kes di Perak, dan masing-masing satu (1) kes di  Melaka, Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, dan Sabah. Sebanyak 17 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 3 Februari 2021;

  • Jumlah kluster : 851 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 439 kluster (termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Ikan Emas, Kluster Tapak Bina Awan Lembah, Kluster Tenun Merah, Kluster Sugud, dan Kluster Gerbang Pongsu);
  • Jumlah kluster aktif : 412 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 108 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Muda (534 kes), Kluster Jalan Yahya (276 kes), dan Kluster Kebun Baru (63 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 12 kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster pusat tahanan .

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Ladang TangkarasonSabahTempat Kerja
2Bandar LamaSabahTempat Kerja
3Jalan Satu KKIPSabahTempat Kerja
4Jalan CitySelangorTempat Kerja
5Jalan AmanSelangorTempat Kerja
6Jalan Pulai 55JohorTempat Kerja
7Batu Tiga SetengahJohorTempat Kerja
8Taman KoperasiWP Kuala LumpurTempat Kerja
9Kandi Sungai BesiWP Kuala LumpurTempat Kerja
10Lebuh KarakPahangTempat Kerja
11Tapak Bina Presint TujuhWP PutrajayaTempat Kerja
12Mayang PasirPulau PinangTempat Kerja
13Tembok Pengkalan ChepaKelantanPusat Tahanan

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

3 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 3 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,57272,013
SABAH190 (1)49,610
WP KUALA LUMPUR651 (5)27,573
JOHOR96424,298
NEGERI SEMBILAN13311,953
PULAU PINANG1228,174
PERAK1066,490
KEDAH1246,016
SARAWAK1484,824
MELAKA533,775
KELANTAN  653,404
PAHANG 663,167
TERENGGANU552,350
WP LABUAN212,176
WP PUTRAJAYA14912
PERLIS0177
JUMLAH KESELURUHAN4,284 (6)226,912

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 4,284 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 3 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,572 kes 
    • 852 kes daripada kluster-kluster; termasuk 65 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan City dan Kluster Jalan Aman;
    • 457 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 263 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 964 kes  
    • 215 kes daripada kluster-kluster, termasuk 54 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pulai 55 dan Kluster Batu Tiga Setengah;
    • 206 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 543 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 651 kes  
    • 335 kes daripada kluster-kluster, termasuk 18 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Koperasi dan Kluster Kandi Sungai Besi;
    • 145 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 166 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 190 kes 
    • 40 kes daripada kluster-kluster, termasuk 24 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Ladang Tangkarason, Kluster Bandar Lama, dan Kluster Jalan Satu KKIP;
    • 93 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 56 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 148 kes
    • 58 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 70 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 133 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 68 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 124 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 85 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 122 kes 
    • 26 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mayang Pasir;
    • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 61 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 106 kes
    • 31 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 38 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 66 kes
    • 61 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lebuh Karak;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 65 kes
    • 42 kes daripada kluster-kluster, termasuk 41 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok Pengkalan Chepa;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 55 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 53 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 14 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Presint Tujuh;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 21 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7)kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 18 kes kematian pada 3 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
792108950SelangorLelaki (WN)60Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, dislipidemia, dan gout
793164983SarawakLelaki (WN)41Jenazah dibawa ke Hospital Umum Sarawak, KuchingPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
794171996SarawakPerempuan (WN)75Hospital SibuPenyakit strok dan dementia
795186320PerakLelaki (WN)55Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohPenyakit jantung, strok dan Antiphospholipid Syndrome
796186570MelakaLelaki (WN)31Jenazah dibawa ke Hospital Alor Gajah-
797193846SarawakPerempuan (WN)60Hospital MiriPenyakit hati kronik dan lymphoma
798207108SelangorPerempuan (WN)35Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
799219057KelantanLelaki (WN)70Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
800219477SelangorLelaki (WN)79Hospital AmpangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
801220306SelangorPerempuan (WN)38Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
802221209WP Kuala LumpurLelaki (WN)64Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit darah tinggi
803221783JohorLelaki (WN)76Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
804222121PerakPerempuan (WN)93Jenazah dibawa ke Hospital Teluk IntanPenyakit darah tinggi
805224200SelangorPerempuan (WN)41Hospital UiTM, Sungai BulohObesiti dan hyperthyroid
806226136Negeri SembilanLelaki (WN)72Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
807226137Negeri SembilanPerempuan (WN)71Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
808226138Negeri SembilanLelaki (WN)57Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit kencing manis dan darah tinggi
809212407SabahLelaki (BWN)89Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN CITY

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat beli-belah di Sepang. Sehingga 3 Februari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 48 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN AMAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Aman Suria, Taman Aman Suria, Bestari Jaya, Kuala Selangor. Sehingga 3 Februari 2021, sejumlah 255 individu telah disaring, di mana 38 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN PULAI 55

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-218360) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan kemasukan ke wad. Kluster ini melibatkan penghuni dan pekerja sebuah pusat perlindungan di Jalan Pulai 55, Taman Pulai Utama, Johor Bahru. Sehingga 3 Februari 2021, sejumlah 58 individu telah disaring, di mana 42 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER BATU TIGA SETENGAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-157478) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kuster ini melibatkan sebuah kilang di Batu 3 ½, Jalan Kluang, Batu Pahat. Sehingga 3 Februari 2021, sejumlah 119 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER TAMAN KOPERASI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah institusi pengajian di Taman Koperasi, Kepong. Sehingga 3 Februari 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER KANDI SUNGAI BESI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-196461) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar di sebuah insitusi awam. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pelajar-pelajar tersebut di Sungai Besi. Sehingga 3 Februari 2021, sejumlah 267 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER LADANG TANGKARASON

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Beluran di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-224201) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Februari 2021 hasil saringan di tempat kerja. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang kelapa sawit di Tangkarason, Beluran. Sehingga 3 Februari 2021, sejumlah 16 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER BANDAR LAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-170246) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di sebuah pusat pentadbiran awam di Jalan Dunlop, Bandar Lama, Tawau. Sehingga 3 Februari 2021, sejumlah 56 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER JALAN SATU KKIP

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tuaran dan Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125888) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah gudang di Jalan Satu KKIP Selatan, Kota Kinabalu. Sehingga 3 Februari 2021, sejumlah 194 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER MAYANG PASIR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 209009) merupakan kes Influenza Like Illness (ILI) yang  telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021. Kluster ini melibatkan sebuah kilang di Jalan Mayang Pasir, Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 3 Februari 2021, sejumlah 217 individu telah disaring, di mana 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER LEBUH KARAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 222489) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar serta kakitangan di sebuah institusi pendidikan yang terletak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong, Pahang. Sehingga 3 Februari 2021, sejumlah 170 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER TAPAK BINA PRESINT TUJUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Presint 7. Sehingga 3 Februari 2021, sejumlah 136 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

13. KLUSTER TEMBOK PENGKALAN CHEPA

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kota Bharu di Kelantan. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Januari 2021 hasil saringan kemasukan ke pusat tahanan di Pengkalan Chepa. Sehingga 3 Februari 2021, sejumlah 511 individu telah disaring, di mana 76 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.