Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 4 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

4 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,092 kes (181,886 kes kumulatif, 78.6%);
  • Kes baharu : 4,571 kes (231,483 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (3 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 4,568 kes [3,176 warganegara (69.5%); 1,392 bukan warganegara (30.5%)];
  • Kes aktif : 48,771 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 308 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 135 kes; dan
  • Kes kematian : 17 kes (826 kes kumulatif , 0.36%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,056 kes (45.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,358 kes (66.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 664 kes (14.5 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 481 kes (10.5 peratus).

Sebanyak 237 kes (5.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Taiping (79 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (65 kes), Kluster Tembok Renggam (44 kes), Kluster Tembok Mempaga (38 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (3 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (3 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (2 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), Kluster Matambai (1 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes di Selangor, masing-masing tiga (3) kes di Sabah dan Sarawak, dua (2) kes di Johor dan Pahang, dan satu (1) kes di Kelantan, Melaka, dan Negeri Sembilan. Sebanyak 15 kes kematian melibatkan warganegara dan dua (2) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 4 Februari 2021;

  • Jumlah kluster : 861 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 440 kluster (termasuk satu (1) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Desa Setapak);
  • Jumlah kluster aktif : 421 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 90 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Persiaran Perkilangan (362 kes), Kluster Industri Serkam (201 kes), dan Kluster Jalan Perindustrian (150 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan enam (6) kluster berkaitan tempat kerja dan empat (4) kluster komuniti .

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Industri RawangSelangorTempat Kerja
2Jalan GombakSelangor, WP Kuala LumpurTempat Kerja
3Jalan JasmineSelangorTempat Kerja
4Parit PenyengatJohorTempat Kerja
5Jalan PengiranSarawakTempat Kerja
6Permata SatuNegeri SembilanTempat Kerja
7Kampung LukutJohorKomuniti
8Jalan JelutongJohorKomuniti
9Kampung Pulau JawaPahangKomuniti
10Rantau TanjungPahangKomuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 4 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,056 (2)74,069
SABAH17549,785
WP KUALA LUMPUR481 (1)28,054
JOHOR66424,962
NEGERI SEMBILAN10012,053
PULAU PINANG1578,331
PERAK1636,653
KEDAH516,067
SARAWAK2705,094
MELAKA2384,013
KELANTAN  483,452
PAHANG 783,245
TERENGGANU692,419
WP LABUAN12,177
WP PUTRAJAYA20932
PERLIS0177
JUMLAH KESELURUHAN4,571 (3)231,483

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 4,571 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 4 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 2,056 kes 
    • 631 kes daripada kluster-kluster; termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Industri Rawang, Kluster Jalan Gombak, dan Kluster Jalan Jasmine;
    • 727 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import luar negara; dan
    • 696 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 664 kes  
    • 384 kes daripada kluster-kluster, termasuk 44 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Parit Penyengat, Kluster Kampung Lukut, dan Kluster Jalan Jelutong;
    • 150 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 130 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 481 kes  
    • 77 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gombak;
    • 201 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 202 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 270 kes
    • 118 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pengiran;
    • 86 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 66 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 238 kes
    • 211 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 175 kes 
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 124 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 163 kes
    • 103 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 157 kes 
    • 46 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 89 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 100 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Permata Satu;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 62 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 78 kes
    • 64 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Rantau Tanjung dan Kluster Kampung Pulau Jawa;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 4 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 69 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 51 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 48 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 20 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 17 kes kematian pada 4 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
810140299JohorPerempuan (WN)53Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
811162029SelangorLelaki (WN)69Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan lymphoma
812167032SabahLelaki (WN)4 bulanHospital TawauPenyakit jantung
813171338Negeri SembilanLelaki (WN)80Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKanser usus
814172347MelakaLelaki (WN)82Hospital MelakaPenyakit darah tinggi, strok, dan jantung
815172416PahangLelaki (WN)65Jenazah dibawa ke Hospital Muadzam Shah, RompinPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
816173329SelangorLelaki (WN)35Jenazah dibawa ke Hospital BantingObesiti dan gout
817182988SarawakLelaki (WN)79Hospital SibuNasopharyngeal carcinoma (NPC)
818186411SarawakLelaki (WN)60Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan gout
819194383SelangorLelaki (WN)80Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
820201606SabahLelaki (WN)60Hospital TawauPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
821224094SelangorPerempuan (WN)63Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
822226746KelantanLelaki (WN)81Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh-
823230009JohorLelaki (WN)81Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
824231029SarawakLelaki (WN)61Hospital SibuPenyakit darah tinggi, gout, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
825170280SabahLelaki (BWN)78Hospital Keningau-
826183478PahangLelaki (BWN)34Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan-

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN INDUSTRI RAWANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Rawang Integrated Industrial Park. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 156 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN GOMBAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak, Sepang, Petaling, dan Hulu Langat di Selangor serta daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-159587) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar serta petugas kesihatan sebuah pusat pengajian tinggi di Jalan Gombak. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 1,110 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN JASMINE

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Januari 2021 hasil saringan bersasar dua (2) buah kilang di Jalan Jasmine, Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 1,664 individu telah disaring, di mana 61 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER PARIT PENYENGAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di mana asrama pekerja-pekerja terletak di Lot Parit Penyengat Darat, Muar. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 572 individu telah disaring, di mana 34 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER KAMPUNG LUKUT

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-197256) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Lukut, Kota Tinggi. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 33 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN JELUTONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-193234) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes indeks iaitu di Jalan Jelutong, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

 7. KLUSTER JALAN PENGIRAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Matu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-183185) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam di Jalan Pengiran, Matu. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 113 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER PERMATA SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di  Jalan Permata 1, Arab Malaysian Industrial Park, Nilai, Seremban. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 532 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER RANTAU TANJUNG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Maran di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-194017) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster melibatkan sebuah majlis sosial yang dihadiri kes indeks pada 16 Januari 2021. Nama kluster merujuk lokaliti di mana kes-kes telah dilaporkan berlaku. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

10. KLUSTER KAMPUNG PULAU JAWA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pekan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-203751) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu Kampung Pulau Jawa, Pekan. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini