Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 5 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

5 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 5 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,392 kes (185,278 kes kumulatif, 78.9%);
  • Kes baharu : 3,391 kes (234,874 kes kumulatif);
  • Kes import : 4 kes (2 warganegara dan 2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 3,387 kes [2,439 warganegara (72.0%); 948 bukan warganegara (28.0%)];
  • Kes aktif : 48,751 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 310 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 134 kes; dan
  • Kes kematian : 19 kes (845 kes kumulatif, 0.36%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,228 kes (36.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 816 kes (66.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 598 kes (17.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 395 kes (11.6 peratus).

Sebanyak 145 kes (4.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (52 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (23 kes), Kluster Tembok Taiping (21 kes), Kluster Tembok Renggam (16 kes), Kluster DTI Sepang 2 (13 kes), Kluster Tembok Mempaga (13 kes), Kluster Seberang Perai (4 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes), dan Kluster Telok Mas (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tujuh (7) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima (5) kes di Sabah,  masing-masing tiga (3) kes di Selangor dan Sarawak, serta satu (1) kes di Perak. Sebanyak 17 kes kematian melibatkan warganegara dan dua (2) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 5 Februari 2021;

  • Jumlah kluster : 876 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 442 kluster (termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Ipoh dan Kluster Ziarah Putra);
  • Jumlah kluster aktif : 434 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 88 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Rumbia Dua (133 kes), Kluster Sri Sengkang (112 kes), dan Kluster Industri Serkam (96 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 15 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 12 kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster komuniti, dan satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan MokhtarSelangorTempat Kerja
2Jalan Enam BelasSelangorTempat Kerja
3Bandar TeknologiSelangorTempat Kerja
4Persiaran JayaSelangorTempat Kerja
5Jalan LimaSelangorTempat Kerja
6Jalan Rumbia DuaJohorTempat Kerja
7Sri SengkangJohorTempat Kerja
8Jun HengSarawakTempat Kerja
9Tapak Bina Jalan ValdorPulau PinangTempat Kerja
10Industri TTJNegeri SembilanTempat Kerja
11Santong PakaTerengganuTempat Kerja
12Industri Bentong SebelasPahangTempat Kerja
13Hikmah MuadzamPahangKomuniti
14Taman MurniPahangKomuniti
15Jalan JubileeWP Kuala LumpurKumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 5 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,228 (2)75,297
SABAH19649,981
WP KUALA LUMPUR395 (1)28,449
JOHOR59825,560
NEGERI SEMBILAN11612,169
PULAU PINANG1498,480
PERAK926,745
KEDAH916,158
SARAWAK1785,272
MELAKA1414,154
KELANTAN  583,510
PAHANG 513,296
TERENGGANU842,503
WP LABUAN7 (1)2,184
WP PUTRAJAYA6938
PERLIS1178
JUMLAH KESELURUHAN3,391 (4)234,874

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,391 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 5 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,228 kes 
    • 165 kes daripada kluster-kluster; termasuk 46 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mokhtar, Kluster  Bandar Teknologi, Kluster Jalan Enam Belas, Kluster Persiaran Jaya, dan Kluster Jalan Lima;
    • 651 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import luar negara; dan
    • 410 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 598 kes  
    • 339 kes daripada kluster-kluster, termasuk 245 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Rumbia Dua dan Kluster Sri Sengkang;
    • 115 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 144 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 395 kes  
    • 92 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Jubilee;
    • 142 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 160 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 196 kes 
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 132 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 58 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 178 kes
    • 81 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jun Heng;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 63 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 149 kes 
    • 86 kes daripada kluster-kluster, termasuk 44 kes daripada kluster baharu iaitu Tapak Bina Jalan Valdor;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 27 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 141 kes
    • 99 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 116 kes
    • 45 kes daripada kluster-kluster, termasuk 39 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri TTJ;
    • 31 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 40 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 92 kes
    • 38 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 91 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 45 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 84 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Santong Paka;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 58 kes
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 51 kes
    • 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Murni, Kluster Hikmah Muadzam, dan Kluster Industri Bentong Sebelas;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tujuh (7) kes
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes  daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 19 kes kematian pada 5 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
827110504SabahLelaki (WN)60Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
828115104SabahLelaki (WN)61Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
829163695WP Kuala LumpurLelaki (WN)58Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
830181471SabahLelaki (WN)82Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
831185368WP Kuala LumpurLelaki (WN)51Hospital Kuala LumpurPenyakit jantung
832188161SabahPerempuan (WN)83Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu-
833193789SarawakLelaki (WN)82Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan strok
834197607PerakLelaki (WN)87Hospital Teluk IntanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
835203360SarawakLelaki (WN)95Hospital SibuPenyakit tuberkulosis
836207738WP Kuala LumpurPerempuan (WN)73Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, obesiti, dan paru-paru kronik
837207954WP Kuala LumpurLelaki (WN)59Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan Deep Vein Thrombosis (DVT)
838207955WP Kuala LumpurLelaki (WN)44Hospital Kuala LumpurPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan leukemia
839228686SelangorPerempuan (WN)78Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
840228730SelangorLelaki (WN)53Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis
841229622WP Kuala LumpurLelaki (WN)78Hospital Kuala Lumpur-
842230763SarawakLelaki (WN)79Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
843232889SabahLelaki (WN)72Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit darah tinggi dan gout
844129759SelangorLelaki (BWN)57Hospital Sungai BulohStrok
845146156WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)42Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 15 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN MOKHTAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya di Jalan Raja Mokhtar, Kapar, Klang. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN ENAM BELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya di Seksyen 16, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 98 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BANDAR TEKNOLOGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, Hulu Langat. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Persiaran Jaya, Hulu Langat. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN LIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang dan Hulu Langat di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat perkhidmatan di Jalan KLIA S5, Kuala Lumpur International Airport, Sepang. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 434 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN RUMBIA DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Rumbia, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor Bahru. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana 133 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SRI SENGKANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Sri Sengkang, Kulai. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 694 individu telah disaring, di mana 126 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN JUBILEE

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat jagaan di Jalan Jubilee, Cheras. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN JUN HENG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah daerah Bintulu di Sarawak.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-209385) telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dua (2) buah syarikat di Bintulu. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 102 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN VALDOR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Perusahaan Valdor, Kawasan Perindustrian Valdor, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 806 individu telah disaring, di mana 53 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI TTJ

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban, Tampin, Port Dickson, dan Rembau di Negeri Sembilan.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-140481) telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar, Seremban. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 416 individu telah disaring, di mana 61 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SANTONG PAKA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu, serta daerah Kuantan di Pahang.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-231453) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat yang terletak di Jalan Santong, Paka, Dungun. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  1. KLUSTER TAMAN MURNI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-180270) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Taman Murni, Kuantan. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER HIKMAH MUADZAM

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Rompin di Pahang.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-183525) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Muadzam Shah. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI BENTONG SEBELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bentong di Pahang.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-203759) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Bentong. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.