Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 6 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

6 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,692 kes (186,970 kes kumulatif, 78.3%);
  • Kes baharu : 3,847 kes (238,721 kes kumulatif);
  • Kes import : 4 kes (4 warganegara)
  • Kes tempatan : 3,843 kes [2,569 warganegara (66.8%); 1,274 bukan warganegara (33.2%)];
  • Kes aktif : 50,894 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 305 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 139 kes; dan
  • Kes kematian : 12 kes (857 kes kumulatif , 0.36%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,481 kes (38.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,117 kes (75.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 585 kes (15.2 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 402 kes (10.4 peratus).

Sebanyak 133 kes (3.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Renggam (34 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (33 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (22 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (16 kes), Kluster Tembok Taiping (16 kes), Kluster Tembok Gajah (8 kes), Kluster Tembok Mempaga (3 kes), dan Kluster Seberang Perai (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes di Sabah, tiga (3) kes di Johor, dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua (2) kes di Melaka, masing-masing satu (1) kes di Selangor dan Kelantan. Sebanyak lapan (8) kes kematian melibatkan warganegara dan empat (4) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 6 Februari 2021;

  • Jumlah kluster : 888 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 447 kluster (termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Rapat, Kluster Jalan SEDCO, Kluster Rambai, Kluster Jalan Nikolas, dan Kluster Ria-30;
  • Jumlah kluster aktif : 441 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 93 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Serkam (257 kes), Kluster Industri Kampung Baru (167 kes), dan Kluster Mayang Pasir (102 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Industri Kampung BaruSelangorTempat Kerja
2Jalan Banting-KlangSelangorTempat Kerja
3Gudang Salak TinggiSelangorTempat Kerja
4Jalan Kuala SelangorSelangorTempat Kerja
5Lingkaran CyberSelangorTempat Kerja
6Jalan Tun MutalibJohorTempat Kerja
7Jalan Istimewa TujuhJohorTempat Kerja
8Jalan Bayu SatuJohorTempat Kerja
9Jalan ChesterSabahTempat Kerja
10Tapak Bina Sungai BesiWP Kuala LumpurTempat Kerja
11Gong NeringTerengganuTempat Kerja
12Jalan Kubur DarauTerengganuKumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 6 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,48176,778
SABAH23350,214
WP KUALA LUMPUR402 (2)28,851
JOHOR585 (2)26,145
NEGERI SEMBILAN13312,302
PULAU PINANG2118,691
PERAK366,781
KEDAH646,222
SARAWAK1855,457
MELAKA3294,483
KELANTAN  623,572
PAHANG 483,344
TERENGGANU562,559
WP LABUAN102,194
WP PUTRAJAYA8946
PERLIS4182
JUMLAH KESELURUHAN3,847 (4)238,721

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,847 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 6 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,481 kes 
    • 258 kes daripada kluster-kluster; termasuk 194 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Industri Kampung Baru, Kluster Jalan Banting-Klang, Kluster Gudang Salak Tinggi, Kluster Jalan Kuala Selangor, dan Kluster Lingkaran Cyber;
    • 859 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 364 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 585 kes  
    • 244 kes daripada kluster-kluster, termasuk 47 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Istimewa Tujuh, Kluster Jalan Tun Mutalib, dan Kluster Jalan Bayu Satu;
    • 186 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import luar negara; dan
    • 153 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 402 kes  
    • 56 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Besi;
    • 139 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 205 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 329 kes
    • 288 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 233 kes 
    • 59 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Chester;
    • 130 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 44 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 211 kes 
    • 151 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 50 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 185 kes
    • 81 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 62 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 133 kes
    • 33 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 45 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 64 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 62 kes
    • 22 kes daripada kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 56 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kubur Darau dan Kluster Gong Nering;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 48 kes
    • 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 36 kes
    • 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 10 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lapan (8) kes
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Empat (4) kes  daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 12 kes kematian pada 6 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
846175632KelantanPerempuan (WN)62Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala KraiPenyakit kencing manis
847197939MelakaLelaki (WN)81Hospital MelakaPenyakit darah tinggi, kencing manis, jantung, dan strok
848207038SelangorLelaki (WN)75Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak BernamPenyakit kencing manis dan glioblastoma multiforme
849209441MelakaLelaki (WN)63Hospital Melaka  Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
850213999JohorPerempuan (WN)60Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, asma, dan buah pinggang kronik
851229141SabahPerempuan (WN)55Hospital TuaranPenyakit darah tinggi
852233839JohorLelaki (WN)67Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
853233900JohorPerempuan (WN)42Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis
854167119SabahLelaki (BWN)38Hospital TawauPenyakit leukemia
855191976WP Kuala LumpurLelaki (BWN)46Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
856236988WP Kuala LumpurLelaki (BWN)51Hospital Kuala Lumpur-
857232888SabahPerempuan (BWN)84Hospital TawauPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan strok

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER INDUSTRI KAMPUNG BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar tiga (3) buah kilang yang terletak di Kampung Baru, Sungai Buloh. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 450 individu telah disaring, di mana 167 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BANTING-KLANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Banting-Klang, Telok Panglima Garang Industrial Estate, Kuala Langat. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 287 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER GUDANG SALAK TINGGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat perkhidmatan di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 455 individu telah disaring, di mana 42 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KUALA SELANGOR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-235115) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini sebuah sekolah di Kampung Tanjong Karang, Jalan Kuala Selangor-Teluk Intan, Kuala Selangor. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LINGKARAN CYBER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang dan Petaling  di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya yang terletak di Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya, Sepang. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 75 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN CHESTER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-220570) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.  Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kedai emas yang terletak di Jalan Chester, Tawau.  Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI BESI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Sungai Besi. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 113 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TUN MUTALIB

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-193314) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tun Mutalib, Bandar Tenggara, Kota Tinggi. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN ISTIMEWA TUJUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru  di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-221799) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Istimewa, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BAYU SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Bayu Satu, Bandar Seri Alam, Masai. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER GONG NERING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-231456) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja syarikat perkhidmatan yang terletak di Kampung Gong Nering, Besut. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KUBUR DARAU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-198177) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kontak keluarga dan sosial kes indeks di Jalan Kubur Darau dan Kampung Raja, Besut. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.