Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 8 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

8 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 8 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,340 kes (192,679 kes kumulatif, 78.5%);
  • Kes baharu : 3,100 kes (245, 552 kes kumulatif);
  • Kes import : 1 kes (1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 3,099 kes [1,619 warganegara (52.2%); 1,480 bukan warganegara (47.8%)];
  • Kes aktif : 51,977 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 282 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 134 kes; dan
  • Kes kematian : 24 kes (896 kes kumulatif , 0.36%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,196 kes (38.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 986 kes (82.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 490 kes (15.8 peratus) dan Melaka sebanyak 344 kes (11.1 peratus).

Sebanyak 29 kes (0.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster DTI Sepang 2 (9 kes), Kluster Penjara Kepayan (6 kes), Kluster Tembok Renggam (4 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tujuh (7) kes di Selangor, masing-masing tiga (3) kes di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua (2) kes di Perak dan Johor, serta satu (1) kes di Kelantan, Melaka, Kedah, dan Pulau Pinang. Sebanyak 21 kes melibatkan warganegara dan tiga (3) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 8 Februari 2021;

  • Jumlah kluster : 908 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 457 kluster (termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kolam Permai, Kluster Timbang Dayang, dan Kluster Pompod);
  • Jumlah kluster aktif : 451 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 79 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Serkam (329 kes), Kluster Tanjung Suria (218 kes), dan Kluster Sungai Putus (166 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja, serta masing-masing satu (1) kluster komuniti dan  kumpulan berisiko tinggi .

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan TeknologiSelangorTempat Kerja
2Jalan Sungai RasaSelangorTempat Kerja
3Tapak Bina Persiaran MokhtarSelangorTempat Kerja
4Persiaran HuluSelangorTempat Kerja
5Sri MenantiJohorTempat Kerja
6Jalan HarmoniumJohorTempat Kerja
7Jalan Cyber LimaJohorTempat Kerja
8Laman DesaruJohorTempat Kerja
9Lengkok PantaiWP Kuala LumpurTempat Kerja
10Batu 38SabahTempat Kerja
11Kampung TandakTerengganuTempat Kerja
12SebangkoiSarawakKomuniti
13Taman Bukit PetalingNegeri SembilanKumpulan Berisiko Tinggi

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

8 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 8 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,19679,580
SABAH16950,543
WP KUALA LUMPUR295 (1)29,518
JOHOR49027,134
NEGERI SEMBILAN10412,498
PULAU PINANG2099,150
PERAK726,924
KEDAH376,302
SARAWAK845,760
MELAKA3445,140
KELANTAN  303,634
PAHANG 283,406
TERENGGANU302,618
WP LABUAN02,194
WP PUTRAJAYA8963
PERLIS4188
JUMLAH KESELURUHAN3,100 (1)245,552

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,100 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 8 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,196 kes 
    • 589 kes daripada kluster-kluster; termasuk 80 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Teknologi, Kluster Jalan Sungai Rasa, Kluster Tapak Bina Persiaran Mokhtar, dan Kluster Persiaran Hulu;
    • 397 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 210 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 490 kes  
    • 266 kes daripada kluster-kluster, termasuk 119 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cyber Lima, Kluster Sri Menanti, Kluster Laman Desaru, dan Kluster Jalan Harmonium;
    • 94 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 130 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 344 kes
    • 333 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 295 kes  
    • 56 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lengkok Pantai;
    • 130 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 108 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 209 kes 
    • 142 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 44 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 169 kes 
    • 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Batu 38;
    • 100 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 104 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Bukit Petaling;
    • 57 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 84 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sebangkoi;
    • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 32 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 72 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 45 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 37 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 30 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 30 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Tandak;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 28 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lapan (8) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 24 kes kematian pada 8 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
873104131SelangorLelaki (WN)79Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis dan darah tinggi
874152498SelangorLelaki (WN)53Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, obesiti, dan Obstructive Sleep Apnea (OSA)
875166812SabahLelaki (WN)60Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
876168764SarawakLelaki (WN)89Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan dislipidaemia
877176319SelangorLelaki (WN)89Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, buah pinggang kronik, jantung, dan strok
878190087SarawakLelaki (WN)74Hospital Sibu-
879191804WP Kuala LumpurLelaki (WN)64Hospital Kuala Lumpur-
880193723KedahPerempuan (WN)71Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis
881197973KelantanPerempuan (WN)44Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit darah tinggi dan anemia
882212825WP Kuala LumpurPerempuan (WN)88Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis dan asma
883218763PerakLelaki (WN)80Hospital Seri ManjungPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
884219505SelangorPerempuan (WN)62Hospital AmpangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
885221518JohorPerempuan (WN)83Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatPenyakit jantung
886225963JohorPerempuan (WN)59Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
887234469SarawakPerempuan (WN)60Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
888239143SelangorLelaki (WN)84Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
889240318SelangorLelaki (WN)67Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
890240320SelangorPerempuan (WN)92Hospital Sungai BulohDementia
891240480SabahLelaki (WN)63Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit saraf
892241675Pulau PinangLelaki (WN)98Hospital Pulau PinangPenyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) dan dementia
893241753PerakLelaki (WN)45Jenazah dibawa ke Hospital Tapah, Batang Padang-
894150866MelakaLelaki (BWN)50Jenazah dibawa ke Hospital Alor Gajah-
895182211WP Kuala LumpurLelaki (BWN)52Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur-
896240481SabahPerempuan (BWN)48Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN SUNGAI RASA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Sungai Rasa Lama, Kawasan Perindustrian Sungai Rasa, Klang. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 79 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN TEKNOLOGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Teknologi dan Taman Sains Selangor, Petaling. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 350 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER PERSIARAN HULU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat pembinaan di Persiaran Hulu Selangor, Shah Alam. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN MOKHTAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam, Kuala Selangor. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 147 individu telah disaring, di mana 85 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN CYBER LIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Cyber 5, Kulai. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 101 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN HARMONIUM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat beli belah di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 78 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER SRI MENANTI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor.  Tiga (3) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-233861, kes ke-233873, dan kes ke-233877) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam di Taman Sri Menanti, Kluang. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER LAMAN DESARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-193101) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokasi di mana kes-kes dilaporkan iaitu di Laman Desaru Coast, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 228 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER LENGKOK PANTAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah daerah Kepong, Lembah Pantai, dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar terhadap pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang bertugas di Lengkok Pantai Baharu, Jalan Pantai Baharu, Lembah Pantai. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 122 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER BATU 38

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kalabakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-229123) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat di Batu 38, Jalan Kalabakan-Keningau, Kalabakan. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER SEBANGKOI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sri Aman di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-214538) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti dimana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Sebangkoi, Undop, Sri Aman. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 447 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER TAMAN BUKIT PETALING

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Seremban dan Jelebu di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-230336) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu sebuah pusat perubatan yang terletak di Taman Bukit Petaling, Kuala Klawang. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 187 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

13. KLUSTER KAMPUNG TANDAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Besut dan Setiu di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-226873) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Tandak, Jerteh, Besut. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.