Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 24 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

24 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,331 kes (260,009 kes kumulatif, 89.1%);
  • Kes baharu : 3,545 kes (291,774 kes kumulatif);
  • Kes import : 1 kes (1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 3,544 kes [1,544 warganegara (43.6%); 2,000 bukan warganegara (56.4%)];
  • Kes aktif : 30,677 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 189 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 88 kes; dan
  • Kes kematian : 12 kes (1,088 kes kumulatif, 0.37%).

Negeri Sembilan melaporkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 1,392 kes (39.3 peratus). Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 581 kes (16.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 381 kes (10.7 peratus).

Peningkatan kes mendadak di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh pengesanan aktif daripada Kluster Industri Sungai Gadut. Kluster ini telah diumumkan pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang pembuatan produk kayu yang terletak di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut, KM 11, Seremban. Pada hari ini, sebanyak 1,338 kes baharu untuk kluster ini dilaporkan. Jumlah keseluruhan kes dalam kluster ini sehingga 24 Februari 2021 adalah 1,432 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 318 kes merupakan warganegara manakala 1,114 kes merupakan bukan warganegara.

Sebanyak 29 kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (14 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (12 kes), Kluster Telok Mas (2 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tujuh (7) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua (2) kes di Selangor, dan masing-masing satu (1) kes di  Sabah, Terengganu, dan Pulau Pinang. Sebanyak 11 kes kematian melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 24 Februari 2021:

  • Jumlah kluster : 1,103 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 594 kluster (termasuk lapan (8) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Rasah, Kluster Kampung Bombalai, Kluster Kampung Paya Siput, Kluster Guntong Luar, Kluster Kota Muhibbah, Kluster Tapak Bina Cyber, Kluster Tapak Bina Pelangi, dan Kluster Jalan Mutiara);
  • Jumlah kluster aktif : 509 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 78 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Sungai Gadut (1,338 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Segambut (174 kes), dan Kluster Jalan Pelabuhan (164 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tujuh (7) kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster melibatkan komuniti.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Perindustrian LukutJohorTempat Kerja
2Jalan Ulu ChohJohorTempat Kerja
3Jalan Dato YunusJohorTempat Kerja
4Lorong BakauPulau PinangTempat Kerja
5Vista HilirPulau PinangTempat Kerja
6Jalan EnamSelangorTempat Kerja
7Pasar BidorPerakTempat Kerja
8SinsingonSabahKomuniti

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

24 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 24 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR581 (1)96,818
SABAH10552,373
JOHOR 31834,770
WP KUALA LUMPUR38134,179
NEGERI SEMBILAN1,39215,540
PULAU PINANG9510,973
PERAK1889,964
SARAWAK 3538,650
KEDAH177,527
MELAKA265,913
KELANTAN  534,664
PAHANG 83,729
TERENGGANU223,166
WP LABUAN52,247
WP PUTRAJAYA11,054
PERLIS0207
JUMLAH KESELURUHAN3,545 (1)291,774

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 3,545 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 24 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Negeri Sembilan: 1,392 kes
    • 1,358 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 581 kes 
    • 216 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Enam;
    • 223 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 141 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 381 kes  
    • 255 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 80 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 353 kes
    • 116 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 190 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 318 kes  
    • 188 kes daripada kluster-kluster, termasuk  67 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perindustrian Lukut, Kluster Jalan Ulu Choh, dan Kluster Jalan Dato Yunus;
    • 72 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 58 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 188 kes
    • 179 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pasar Bidor;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 105 kes 
    • 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sinsingon;
    • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 95 kes 
    • 68 kes daripada kluster-kluster, termasuk 52 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Lorong Bakau dan Kluster Vista Hilir;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 53 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 26 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 22 kes
    • Enam (6)daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 17 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Lapan (8) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.


LAMPIRAN 3

Ringkasan 12 kes kematian pada 24 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1077246555SabahPerempuan (WN)72Hospital TawauPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan gout
1078247012WP Kuala LumpurLelaki (WN)69Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1079248287TerengganuPerempuan (WN)64Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan strok
1080278811SelangorLelaki (WN)74Jenazah dibawa ke Hospital SerdangPenyakit darah tinggi
1081285940SelangorLelaki (WN)72Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
1082287337WP Kuala LumpurLelaki (WN)62Hospital Kuala Lumpur
1083287611Pulau PinangLelaki (WN)84Hospital Pulau PinangPenyakit strok
1084289610WP Kuala LumpurPerempuan (WN)98Hospital Kuala Lumpur
1085289611WP Kuala LumpurLelaki (WN)90Hospital Kuala Lumpur
1086289612WP Kuala LumpurLelaki (WN)75Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1087289613WP Kuala LumpurPerempuan (WN)68Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, jantung, dan buah pinggang kronik
1088289614WP Kuala LumpurLelaki (BWN)52Hospital Kuala Lumpur

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN ENAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan SU 6A, Shah Alam. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 173 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN ULU CHOH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor.  Dua (2) kes dalam kluster ini (iaitu kes ke-281733 dan kes ke-281771) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di  Jalan Ulu Choh, Pekan Nenas, Pontian. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 190 individu telah disaring, di mana 34 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERINDUSTRIAN LUKUT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Lukut, Kota Tinggi. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 239 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DATO YUNUS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Dato Yunus Sulaiman, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SINSINGON

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Nabawan di Sabah.  Tiga (3) kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-286780, kes ke-286781, dan kes ke-286782) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan kemasukan ke asrama. Kluster ini melibatkan satu majlis pengebumian di Kampung Sinsingon, Nabawan yang berlangsung di antara 17 hingga 20 Februari 2021 dan turut dihadiri oleh kes-kes indeks. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 106 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PASAR BIDOR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-197607) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021. Kes indeks juga merupakan seorang peniaga pasar di Bidor, Batang Padang. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LORONG BAKAU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perusahaan Perabot, Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 297 individu telah disaring, di mana 50 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER VISTA HILIR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Hilir Sungai Kluang 2, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.