Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 2 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

2 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,528 kes (278,431 kes kumulatif, 91.5%);
  • Kes baharu : 1,555 kes (304,135 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (3 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,552 kes [1,108 warganegara (71.4%); 444 bukan warganegara (28.6%)];
  • Kes aktif : 24,563 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 204 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 96 kes; dan
  • Kes kematian : 6 kes (1,141 kes kumulatif, 0.38%; 5 warganegara, 1 bukan warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 672 kes (43.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 573 kes (85.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 163 kes (10.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 159 kes (10.2 peratus).

Sebanyak 47 kes (3.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (24 kes), Kluster Tembok Taiping (9 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (8 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (4 kes), Kluster Tembok Tapah (1 kes), dan Kluster Telok Mas (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes di Selangor, dan masing-masing satu (1) kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Perak. Sebanyak lima (5) kes melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 2 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,152 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 663 kluster (termasuk enam (6) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Kluang, Kluster Taman Sejahtera, Kluster Jalan Labuk, Kluster Jalan Ragum, Kluster Industri Indah, dan Kluster Jalan Mega);
  • Jumlah kluster aktif : 489 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 75 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Sungai Gadut (56 kes), Kluster Jalan Muhibbah (49 kes), dan Kluster Jalan DPB Enam (36 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan enam (6) kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Taman AlamSelangorTempat Kerja
2Sementa 27SelangorTempat Kerja
3Jalan MawarSelangorTempat Kerja
4Jalan DPB EnamJohorTempat Kerja
5Jalan Cyber SatuJohorTempat Kerja
6Persiaran Bayan IndahPulau PinangTempat Kerja
7Jalan Bukit BlossomsNegeri SembilanKumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 Mac 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 2 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR672 (1)101,018
SABAH5353,043
JOHOR 16336,610
WP KUALA LUMPUR145 (1)35,193
NEGERI SEMBILAN11516,091
PULAU PINANG10611,679
PERAK6311,428
SARAWAK 159 (1)9,924
KEDAH117,638
MELAKA115,994
KELANTAN  464,964
PAHANG 33,799
TERENGGANU73,218
WP LABUAN02,253
WP PUTRAJAYA11,070
PERLIS0213
JUMLAH KESELURUHAN1,555 (3)304,135

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 1,555 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 672 kes 
    • 143 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Alam, Kluster Sementa 27, dan Kluster Jalan Mawar;
    • 430 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 98 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 163 kes  
    • 89 kes daripada kluster-kluster, termasuk 41 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cyber Satu dan Jalan DPB Enam;
    • 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 159 kes
    • 54 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 67 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 145 kes  
    • 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 71 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 115 kes
    • 88 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bukit Blossoms;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 106 kes 
    • 14 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Bayan Indah;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 63 kes
    • 51 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 53 kes 
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 46 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 11 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 11 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Tujuh (7) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes  daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan enam (6) kes kematian pada 2 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1136170208SabahLelaki (WN)66Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit jantung, buah pinggang kronik, dan kanser tiroid
1137264995SelangorLelaki (WN)62Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan asma
1138287277WP Kuala LumpurLelaki (WN)80Hospital Sungai Buloh
1139292003SelangorPerempuan (WN)57Hospital SelayangPenyakit kencing manis, dislipidemia, dan kanser pankreas
1140300878SelangorPerempuan (WN)72Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan asma
1141302211PerakLelaki (BWN)44Jenazah dibawa ke Hospital Seri Manjung, Manjung

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER TAMAN ALAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Alam Megah, Shah Alam, Petaling. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MAWAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang terletak di Jalan Mawar, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SEMENTA 27

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, Kuala Selangor, dan Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sementa 27/91, Shah Alam, Petaling. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DPB ENAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan DPB/6, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN CYBER SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-297162) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 1, Kawasan Perindustrian Senai 3, Kulai. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN BAYAN INDAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-271613) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Persiaran Bayan Indah, Barat Daya. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BUKIT BLOSSOMS

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-300101) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan pra prosedur. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Bukit Blossoms 10, Taman Bukit Blossoms, Seremban. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.