Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 9 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

9 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 9 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,345 kes (296,379 kes kumulatif, 93.7%);
  • Kes baharu : 1,280 kes (316,269 kes kumulatif);
  • Kes import : 2 kes (1 warganegara; 1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,278 kes [919 warganegara (71.9%); 359 bukan warganegara (28.1%)];
  • Kes aktif : 18,704 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 155 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 76 kes; dan
  • Kes kematian : 9 kes (1,186 kes kumulatif, 0.38%; 8 warganegara; 1 bukan warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 464 kes (36.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 368 kes (79.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 165 kes (12.9 peratus) dan Sarawak sebanyak 163 kes (12.7 peratus).

Sebanyaklima (5) kes (0.4  peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes), dan Kluster Jalan Awang (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes di Selangor, dan masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Terengganu, Perak, Sabah, dan Sarawak. Sebanyak lapan (8) kes melibatkan warganegara dan satu (1) kes melibatkan bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 9 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,212 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 755 kluster (termasuk 19 kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Persiaran Teknologi, Kluster Lestari, Kluster Jalan Masjid, Kluster Senai City Lapan, Kluster Jalan Mohammed Salleh, Kluster Tersat, Kluster Parit Jamil Darat, Kluster Lorong Mawar, Kluster Jalan Tan, Kluster Besi Cyber, Kluster Jalan Parit Mesjid, Kluster Lengkok Emas, Kluster Jalan Chester, Kluster Lingkaran Cyber, Kluster Parit Penyengat, Kluster Persiaran Raya, Kluster Tapak Bina Jalan Klang, Kluster Jalan Platinum, dan Kluster Jalan Kerinchi);
  • Jumlah kluster aktif : 457 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 63 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perusahaan 10 (36 kes), Kluster Jalan U-Thant (35 kes), dan Kluster Jalan Nusa Mega (33 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan enam (6) kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster berkaitan komuniti, dan satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Nusa MegaJohorTempat Kerja
2Jalan Industri A1JohorTempat Kerja
3Tapak Bina Jalan U-ThantWP Kuala LumpurTempat Kerja
4Tapak Bina Jalan SalakWP Kuala LumpurTempat Kerja
5Lorong KilangSelangorTempat Kerja
6Medan Bayan LepasPulau PinangTempat Kerja
7Sungai LembingPahangKomuniti
8Jalan Setia JayaJohorKomuniti
9AmanjayaKedahKumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 Mac 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR464105,844
SABAH6453,621
JOHOR 16538,286
WP KUALA LUMPUR119 (1)35,909
NEGERI SEMBILAN4516,554
PULAU PINANG14312,700
PERAK3411,973
SARAWAK 163 (1)11,511
KEDAH257,759
MELAKA06,060
KELANTAN  165,189
PAHANG 23,920
TERENGGANU363,330
WP LABUAN02,264
WP PUTRAJAYA31,092
PERLIS1257
JUMLAH KESELURUHAN1,280 (2)316,269

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 1,280 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 9 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 464 kes 
    • 130 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lorong Kilang;
    • 238 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 96 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 165 kes  
    • 80 kes daripada kluster-kluster, termasuk 75 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Nusa Mega, Kluster Jalan Setia Jaya, dan Kluster Jalan Industri A1;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 63 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 163 kes
    • 40 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 90 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 32 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 143 kes 
    • 78 kes daripada kluster-kluster, termasuk 28 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Medan Bayan Lepas;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 119 kes  
    • 55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 49 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan U-Thant dan Kluster Tapak Bina Jalan Salak;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 64 kes 
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 45 kes
    • 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 36 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 34 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 25 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Amanjaya;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 16 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Lembing; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan sembilan (9) kes kematian pada 9 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantinaUmur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1178263002SabahLelaki (WN)66Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
1179277402PerakLelaki (WN)88Hospital TaipingPenyakit strok
1180280235TerengganuLelaki (WN)73Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit kencing manis, buah pinggang kronik, dan jantung
1181306034SelangorPerempuan (WN)66Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1182309764SarawakPerempuan (WN)84Jenazah dibawa ke Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1183310920SelangorLelaki (WN)51Hospital Shah AlamPenyakit darah tinggi
1184314170SelangorLelaki (WN)66Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1185314171SelangorLelaki (WN)66Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan kanser usus
1186314429WP Kuala LumpurLelaki (BWN)38Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras-

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER LORONG KILANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Kilang, Petaling Jaya. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 419 individu telah disaring, di mana 41 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN NUSA MEGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-306813) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Mega 1, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Johor Bahru. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 182 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SETIA JAYA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-314352) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis keraian yang berlangsung di Jalan Setia Jaya Utama, Batu Pahat. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 56 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN INDUSTRI A1

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tangkak di Johor. Empat (4) kes awal bagi kluster ini (iaitu kes ke-309294, kes ke-309295, kes ke-309296 dan kes ke-309297) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak berdekatan dengan Jalan Industri A1, Muar. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MEDAN BAYAN LEPAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Medan Bayan Lepas, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 428 individu telah disaring, di mana 65 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN U-THANT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan U-Thant, Titiwangsa. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 158 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN SALAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Salak Selatan, Lembah Pantai. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER AMANJAYA

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kuala Muda, Pendang, dan Yan di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-295830) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI LEMBING

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-305866) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Sungai Lembing, Kuantan. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 135 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.