Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 18 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

18 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,503 kes (312,461 kes kumulatif, 95.1%);
  • Kes baharu : 1,213 kes (328,466 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (1 warganegara; 5 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,207 kes [866 warganegara (71.7%); 341 bukan warganegara (28.3%)];
  • Kes aktif : 14,782 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 155 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 54 kes;dan
  • Kes kematian : 3 kes (1,223 kes kumulatif, 0.37%; 3 warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 353 kes (29.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 272 kes (77.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 303 kes (25.0 peratus) dan Johor sebanyak 142 kes (11.7 peratus).

Sebanyak 142 kes (11.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Depot Imigresen Semuja (99 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (32 kes), Kluster Tembok Mempaga (4 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), Kluster Jalan Awang (2 kes), dan Kluster Tembok Tapah (1 kes). 

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing satu (1) kes di Sabah, Sarawak, dan Kelantan. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 18 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,276 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 848 kluster (termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kampung Jawek, Kluster Jalan Usaha Satu, Kluster Jalan Seelong, Kluster Jalan Gemilang Lima, Kluster Kampung Tandak, Kluster Gong Nering, Kluster Taman Mahkota Impian, Kluster Matambai, Kluster Kejuruteraan Subang Baru, dan Kluster Tapak Bina Jalan Valdor);
  • Jumlah kluster aktif : 428 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 66 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Depot Imigresen Semuja (99 kes), Kluster Jalan Wawasan Sembilan (47 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (32 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lima (5) kluster tempat kerja, tiga (3) kluster komuniti, dan satu (1) kluster yang melibatkan pusat tahanan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Tapak Bina Persiaran SetiaSelangorTempat Kerja
2Tapak Bina Persiaran SunsuriaSelangorTempat Kerja
3Jalan Wawasan SembilanJohorTempat Kerja
4MelamamSabahTempat Kerja
5Jalan AsuhanPerakTempat Kerja
6Sungai AtapSarawakKomuniti
7Kampung Padang TembakSabahKomuniti
8Bunga Tanjung BendaharaKedahKomuniti
9Depot Imigresen SemujaSarawakPusat Tahanan

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 Mac 2021 @ 5.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 18 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR353 (2)110,550
SABAH7354,074
JOHOR 14239,606
WP KUALA LUMPUR79 (4)36,699
NEGERI SEMBILAN2316,868
PULAU PINANG10413,922
SARAWAK 30313,413
PERAK3912,478
KEDAH387,989
MELAKA86,204
KELANTAN  205,476
PAHANG 143,981
TERENGGANU153,501
WP LABUAN22,274
WP PUTRAJAYA01,110
PERLIS0321
JUMLAH KESELURUHAN1,213 (6)328,466

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,213 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 18 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 353 kes 
    • 83 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Persiaran Sunsuria, dan Kluster Tapak Bina Persiaran Setia;
    • 189 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 79 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 303 kes
    • 123 kes daripada kluster-kluster, termasuk 108 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sungai Atap dan Kluster Depot Imigresen Semuja;
    • 153 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 27 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 142 kes  
    • 64 kes daripada kluster-kluster, termasuk 47 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Wawasan Sembilan;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 104 kes 
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 79 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 79 kes  
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 23 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 39 kes
    • 31 kes daripada kluster-kluster; termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Asuhan;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 73 kes 
    • 25 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kampung Padang Tembak dan Kluster Melamam;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 38 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bunga Tanjung Bendahara;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 8 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 20 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 15 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 14 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan tiga (3) kes kematian pada 18 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1221285647SarawakPerempuan (WN)59Hospital Sibu-
1222288898SabahLelaki (WN)82Hospital KudatPenyakit darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1223323697KelantanLelaki (WN)60Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit darah tinggi, jantung, dan gout

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN SETIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Persiaran Setia Alam, Shah Alam. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN SUNSURIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan yang terletak di Persiaran Sunsuria, Sepang. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 410 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN WAWASAN SEMBILAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat dan Kluang di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 9, Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 568 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MELAMAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sipitang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-323017) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Mac 2021 hasil saringan sebelum masuk wad. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kampung Melamam, Sipitang. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 164 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN ASUHAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kerian di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-325907) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak berhampiran Jalan Asuhan, Parit Buntar, Kerian. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI ATAP

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-311661) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Mac 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Sungai Atap, Bintangor, Meradong. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 148 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG PADANG TEMBAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-314256) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Mac 2021 hasil saringan sebelum merentas negeri. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Padang Tembak, Keningau. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 216 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUNGA TANJUNG BENDAHARA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Setar dan Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-324886) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DEPOT IMIGRESEN SEMUJA

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Serian di Sarawak. Kluster ini melibatkan tahanan-tahanan yang dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan bersasar di Depot Imigresen Semuja, Serian. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 584  individu telah disaring, di mana 99 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.