Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 20 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

20 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,585 kes (316,042 kes kumulatif, 95.3%);
  • Kes baharu : 1,671 kes (331,713 kes kumulatif);
  • Kes import : 2 kes (1 warganegara; 1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,669 kes [1038 warganegara (62.2%); 631 bukan warganegara (37.8%)];
  • Kes aktif : 14,442 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 151 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 64 kes;dan
  • Kes kematian : 4 kes (1,229 kes kumulatif, 0.37%; 4 warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 652 kes (39.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 496 kes (76.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 328 kes (19.6 peratus) dan Sarawak sebanyak 154 kes (9.2 peratus).

Sebanyak 236 kes (14.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Juru (206 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (24 kes), Kluster Tembok Tapah (3 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua (2) kes di Selangor dan masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Kedah. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 20 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,292 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 871 kluster (termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Pasar, Kluster Jalan Bakawali Ramun, Kluster Kampung Hala, Kluster Jalan Tanjung Enam, Kluster Jalan Wawasan 14, Kluster Jalan Perusahaan Satu, Kluster Jalan Kuchai, Kluster Tapak Bina Seksyen Satu, Kluster Tapak Bina Persiaran Sepang, dan Kluster Jalan Kewajipan);
  • Jumlah kluster aktif : 421 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 53 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster DTI Juru (206), Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (134 kes), dan Kluster Perindustrian Pekan Nanas (39 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan dua (2) kluster tempat kerja dan dua (2) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Teluk Air TawarPulau PinangTempat Kerja
2Perindustrian Pekan NanasJohorTempat Kerja
3Tanjung GentingSarawakKomuniti
4Pulau PisangPerakKomuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 Mac 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 20 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR652111,550
SABAH10254,209
JOHOR 13039,873
WP KUALA LUMPUR78 (2)36,952
NEGERI SEMBILAN2516,934
PULAU PINANG32814,432
SARAWAK 15413,974
PERAK3712,615
KEDAH468,060
MELAKA186,276
KELANTAN  635,591
PAHANG 33,997
TERENGGANU323,539
WP LABUAN32,279
WP PUTRAJAYA01,111
PERLIS0321
JUMLAH KESELURUHAN1,671 (2)331,713

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,671 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 20 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 652 kes 
    • 213 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 283 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 156 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 328 kes 
    • 215 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teluk Air Tawar;
    • 70 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 154 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tanjung Genting;
    • 84 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 42 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 130 kes  
    • 55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 39 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Perindustrian Pekan Nanas;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 32 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 102 kes 
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 58 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 78 kes  
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 63 kes
    • 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 46 kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; an
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 37 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pulau Pisang;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 32 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 25 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 18 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 3 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan empat (4) kes kematian pada 20 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1226330796SabahPerempuan (WN)47Hospital Queen Elizabeth 1, Kota KinabaluGlioblastoma Multiforme  
1227240314SelangorLelaki (WN)83Hospital SerdangPenyakit darah tinggi, dan paru-paru obstruktif kronik
1228307998SelangorLelaki (WN)  74Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, jantung, kencing manis, dan jantung
1229327184KedahLelaki (WN)  68Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit darah tinggi, jantung, kencing manis, kolestrol, dan strok

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 4 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER TELUK AIR TAWAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang . Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-320536) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Teluk Air Tawar, Butterworth, Seberang Perai Utara. Sehingga 20 Mac 2021, sejumlah 335 individu telah disaring, di mana 33 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERINDUSTRIAN PEKAN NANAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Pekan Nanas, Pontian. Sehingga 20 Mac 2021, sejumlah 212 individu telah disaring, di mana 39 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TANJUNG GENTING

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-322242) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana  penularan kes – kes dilaporkan berlaku iaitu di Tanjung Genting, Meradong. Sehingga 20 Mac 2021, sejumlah 66 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PULAU PISANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Perak Tengah di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-313168) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana  penularan kes – kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Pulau Pisang, Bota, Perak Tengah. Sehingga 20 Mac 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.