Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 31 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT 

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

31 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,070 kes (329,624 kes kumulatif, 95.4%); 
  • Kes baharu : 1,482 kes (345,500 kes kumulatif); 
  • Kes import : 2 kes (2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,480 kes [896 warganegara (60.5%); 584 bukan warganegara (39.5%)];
  • Kes aktif : 14,604 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 164 kes
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 81 kes; dan
  • Kes kematian : 7 kes (1,272 kes kumulatif, 0.37%; 5 warganegara; 2 bukan warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 661 kes (44.6peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 565 kes (85.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 200 kes (13.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 176 kes (11.9 peratus).

Sebanyak 39 kes (2.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Telok Mas (19 kes), Kluster Tembok Tapah (7 kes), Kluster Tembok Muhasabah (5 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (3 kes), Kluster Pagar Bukit Chagar (2 kes), Kluster Depot Imigresen Semuja (2 kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes).

Terdapat tujuh (7) kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes di Selangor, serta masing-masing satu (1) kes di Johor, Sarawak, dan Sabah. Sebanyak lima (5) kes kematian melibatkan warganegara dan dua (2) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER 

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 31 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,372 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,002 kluster (termasuk 12 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Utarid, Kluster Jalan Ulu Choh, Kluster Jalan Wawasan 16, Kluster Jalan PKNK 3/3, Kluster Parit Haji Khamis, Kluster Taman Mawar, Kluster Pulau Rusa, Kluster Ria Jaya, Kluster Perdana, Kluster Industri Mahkota, Kluster Jalan DPB Lima, dan Kluster Jalan Perubatan);
  • Jumlah kluster aktif : 370 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 66 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalahKluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth (196 kes), Kluster Jalan Jelawat (88 kes), dan Kluster Subang Dua (46 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tujuh (7) kluster tempat kerja, lima (5) kluster komuniti, dan satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan RasmiSelangorTempat Kerja 
2Hevea ScrucianaSelangorTempat Kerja 
3Jalan KingswaySarawakTempat Kerja 
4Bulatan AmanSarawakTempat Kerja 
5Jalan JelawatPulau PinangTempat Kerja 
6Delima BaiduriKedahTempat Kerja 
7Pulau EnoeWP LabuanTempat Kerja 
8Kampung Baru Pasir PutihSabahKomuniti
9RimbayanSabahKomuniti
10LayarKedahKomuniti
11Emas BembanKedahKomuniti
12Jalan BajiSarawakKomuniti
13Lorong Mulia JohorKumpulan Berisiko Tinggi

INDIVIDU YANG TELAH MENERIMA DOS LENGKAP VAKSIN COVID-19 MASIH PERLU MEMATUHI SOP SEPENUHNYA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak dan individu yang terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun telah menerima dos vaksin lengkap. Ini selaras dengan pendirian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan agar vaksin COVID-19 tidak dijadikan sebagai ‘pasport imuniti’ memandangkan program imunisasi masih di peringkat awal. Berdasarkan maklumat terkini, pengambilan vaksin COVID-19 yang lengkap boleh mengurangkan komplikasi penyakit COVID-19 di samping membantu mengurangkan penularan COVID-19 di kalangan masyarakat.

KKM sentiasa memantau dan meneliti perkembangan penyelidikan vaksin yang dijalankan di seluruh dunia serta Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan demi menjamin kesejahteraan awam. Perkara ini akan disemak dari semasa ke semasa mengikut perkembangan data dan pandangan terkini pihak WHO. 

Mutakhir ini, perkembangan semasa menunjukkan kemunculan varian-varian baharu virus SARS-CoV-2 di luar negara dan dikhuatiri akan menganggu keberkesanan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang dijalankan di dalam negara. Pengembara dari luar negara terutamanya dari negara dengan kadar jangkitan COVID-19 yang tinggi berisiko meningkatkan penularan jangkitan penyakit ini ke dalam negara. Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah menetapkan langkah-langkah pencegahan misalnya kawalan sempadan negara, saringan COVID-19 di semua pintu masuk antarabangsa, serta pelaksanaan perintah kuarantin wajib di tempat kediaman atau stesen kuarantin bagi semua pengembara. Ini terus dijalankan walaupun individu tersebut telah mendapat vaksin COVID-19 yang lengkap di negara asal sebelum berlepas. Di samping itu, individu tersebut juga dinasihatkan agar terus mematuhi kesemua SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

KKM akan sentiasa memperkukuhkan tindakan kesihatan awam serta menjalankan penilaian risiko dari semasa ke semasa, dengan turut mengambil kira segala perkembangan jangkitan COVID-19 dalam dan luar negara. Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan nasihat-nasihat KKM seperti mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, dan mencuci tangan sebagai usaha memerangi pandemik COVID-19 ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; 

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

31 Mac 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 31 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR661116,078
SABAH6954,767
JOHOR 8641,255
WP KUALA LUMPUR42 (2)37,820
NEGERI SEMBILAN3217,268
SARAWAK 17616,390
PULAU PINANG 20016,069
PERAK3112,966
KEDAH378,435
MELAKA416,542
KELANTAN   576,250
PAHANG 364,266
TERENGGANU23,593
WP LABUAN 82,328
WP PUTRAJAYA31,143
PERLIS1330
JUMLAH KESELURUHAN1,482 (2)345,500

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,482 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 31 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 661 kes 
    • 400 kes daripada kluster-kluster; termasuk 52 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Rasmi dan Kluster Hevea Scruciana;
    • 165 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 96 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 200 kes  
    • 104 kes daripada kluster-kluster; termasuk 87 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Jelawat;
    • 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 40 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 176 kes
    • 47 kes daripada kluster-kluster; termasuk 19 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Baji, Kluster Jalan Kingsway, dan Kluster Bulatan Aman;
    • 82 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 86 kes  
    • 13 kes daripada kluster-kluster; termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lorong Mulia;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 69 kes 
    • 19 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kampung Baru Pasir Putih dan Kluster Rimbayan;
    • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 57 kes 
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 42 kes  
    • Empat (4) kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; 
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 41 kes 
    • 33 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 37 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Delima Baiduri, Kluster Emas Bemban, dan Kluster Layar;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 36 kes 
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 32 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 31 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Jelawat;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pulau Enoe.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes 
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Dua (2) kes 
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan tujuh (7) kes kematian pada 31 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo.  KesNegeriJantina(warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1266169900SelangorPerempuan(WN)65KPJ KajangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1267306019SelangorLelaki(WN)78Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, gout, dan buah pinggang kronik 
1268311538SarawakLelaki(WN)58Hospital SibuPenyakit gout
1269331988SelangorPerempuan(WN)96Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
1270342319JohorLelaki(WN)87Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit darah tinggi
1271278812SelangorLelaki(BWN)53Jenazah dibawa ke Hospital Serdang
1272343318SabahLelaki(BWN)67Hospital TawauPenyakit darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER HEVEA SCRUCIANA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344298) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti pusat pendidikan di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu Jalan Hevea Scruciana, Shah Alam, Petaling. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 336 individu telah disaring, di mana 55 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN RASMI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Petaling, dan Sepang di Selangor serta daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343107) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.Kluster ini melibatkan dua (2) buah pusat pendidikan dan nama kluster merujuk kepada lokaliti salah sebuah pusat pendidikan tersebut yang terletak di Jalan Rasmi 14, Taman Bukit Indah, Ampang. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 119 individu telah disaring, di mana 58 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KINGSWAY

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-328177) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan kontak rapat sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Kingsway, Miri. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 384 individu telah disaring, di mana 51 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BULATAN AMAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-332826) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak berhampiran dengan bulatan Jalan Aman, Sibu. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 43 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN JELAWAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, dan Timur Laut di Pulau Pinang, serta daerah Kerian di Perak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Jelawat 1, Seberang Jaya Industrial Estate, Perai, Seberang Perai Tengah. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 1,916 individu telah disaring, di mana145 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DELIMA BAIDURI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-335371) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infection(SARI) yang dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Mac 2021. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Lorong Baiduri 3/2, Taman Delima, Sungai Petani. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PULAU ENOE

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345489) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja  sebuah syarikat perlombongan yang terletak di Pulau Enoe, Wilayah Persekutuan Labuan. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 75 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BAJI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sarikei  di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340066) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Baji, Sarikei. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG BARU PASIR PUTIH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kalabakan dan Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340927) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan rentas negeri. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Baru Pasir Putih, Sri Tanjung, Tawau. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  1. KLUSTER RIMBAYAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-327679) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan rentas negeri. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian yang berlangsung di sebuah kampung yang terletak di Keningau, Sabah. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  1. KLUSTER EMAS BEMBAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Baling dan Sik di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-336651) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Sungai Bemban, Mukim Teloi Kanan, Baling. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LAYAR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Setar dan Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 334041) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung pada 12 Mac 2021 di Jalan Sungai Layar, Sungai Petani. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 16 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LORONG MULIA

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-336186) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Mac 2021 hasil saringan masuk wad. Kluster ini melibatkan pesakit serta ahli keluarga pesakit di sebuah pusat dialisis yang terletak di Kota Tinggi. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Lorong Mulia 6, Sungai Tiram, Ulu Tiram. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 71 individu telah disaring, di manasembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.