Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 3 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

3 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 3 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,449 kes (333,892 kes kumulatif, 95.5%);
  • Kes baharu : 1,638 kes (349,610 kes kumulatif);
  • Kes import : 7 kes (3 warganegara, 4 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,631 kes [950 warganegara (58.2%); 681 bukan warganegara (41.8%)];
  • Kes aktif : 14,432 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 167 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 81 kes;dan
  • Kes kematian : 3 kes (1,286 kes kumulatif, 0.37%; 3 warganegara).

Pada hari ini, Perak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 494 kes (30.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 486 kes (98.4 peratus) adalah daripada Kluster Jalan Pelabuhan. Kluster tempat kerja ini telah diumumkan pada 20 Februari 2021. Kes indeks telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja yang terletak di Jalan Pelabuhan Utama, Manjung yang didiami oleh pekerja-pekerja dari beberapa buah kilang. Pada 30 Mac 2021, sembilan (9) kes positif baharu dilaporkan melibatkan pekerja-pekerja kilang dan kontak rapat mereka. Susulan itu, saringan bersasar telah dijalankan ke atas 1,028 pekerja-pekerja kilang di kawasan asrama di mana 486 kes didapati positif, 70 sampel “inconclusive”, dan 472 sampel negatif. Sehingga 3 April 2021, sebanyak 1,312 kes positif dilaporkan daripada 1,689 yang disaring (kadar positif 77.7%).

Sehingga kini, kawasan asrama pekerja tersebut masih di bawah  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Pengesanan kes secara aktif termasuk pengesanan kontak rapat masih giat dijalankan di lapangan dan kes-kes yang terlibat telah diasingkan dan diberikan rawatan yang sewajarnya.

Selain daripada Perak, dua (2) buah negeri lain yang turut melaporkan kes harian baharu yang tinggi adalah Selangor iaitu sebanyak352 kes (21.5 peratus) dan diikuti oleh Sarawak sebanyak290 kes (17.7 peratus).

Sebanyak 15 kes (0.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (6 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (5 kes), Kluster Tembok Mempaga (3 kes), dan Kluster Telok Mas (1 kes).

Terdapat tiga (3) kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan, dan Sarawak. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 3 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,395 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,038 kluster (termasuk 13 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Merotai Besar, Kluster Jengka Tujuh, Kluster Jalan Perindustrian Elektronik, Kluster Perindustrian Pelepas, Kluster Jalan Bukit Sentosa, Kluster Jalan Aman, Kluster Persiaran Kuala, Kluster Tapak Bina Muda, Kluster Jalan Mutiara Barat, Kluster Jalan Tanjung Empat, Kluster Industri 19, Kluster Lagoon Selatan, dan Kluster Tapak Bina Pantai Dalam);
  • Jumlah kluster aktif : 357 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 58 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Pelabuhan (486 kes), Kluster Kampung Binyu (61 kes), dan Kluster Bukit Serdang (19 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat (4) kluster komuniti dan tiga (3) kluster tempat kerja.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Kampung BinyuSarawakKomuniti
2Jalan MerdekaJohorKomuniti
3Simpang Tiga MerotaiSabahKomuniti
4Jalan KenangaMelakaKomuniti
5Jalan Bandar SembilanNegeri SembilanTempat Kerja
6Teknologi Peramu JayaPahangTempat Kerja
7Jalan Kubota SentralSabahTempat Kerja

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

3 April 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 3 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR352 (2)117,122
SABAH73 (1)54,989
JOHOR 8341,606
WP KUALA LUMPUR67 (2)38,076
NEGERI SEMBILAN2517,358
SARAWAK 290 (1)17,135
PULAU PINANG 9216,490
PERAK49413,505
KEDAH208,508
MELAKA206,593
KELANTAN  646,407
PAHANG 354,372
TERENGGANU43,611
WP LABUAN12 (1)2,351
WP PUTRAJAYA71,156
PERLIS0331
JUMLAH KESELURUHAN1,638 (7)349,610

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,638 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 3 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Perak: 494 kes
    • 487 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 352 kes 
    • 42 kes daripada kluster-kluster; termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bandar Sembilan;
    • 196 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 112 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 290 kes
    • 104 kes daripada kluster-kluster; termasuk 61 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Binyu;
    • 156 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 92 kes 
    • 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 83 kes  
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster; termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Merdeka;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 73 kes 
    • 30 kes daripada kluster-kluster; termasuk empat (4) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kubota Sentral dan Kluster Simpang Tiga Merotai;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 67 kes  
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 64 kes 
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 35 kes
    • 33 kes daripada kluster-kluster; termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teknologi Peramu Jaya;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 25 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 20 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 20 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster; termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kenanga;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 12 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tujuh (7) kes
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan tiga (3) kes kematian pada 3 April 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo.   KesNegeriJantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1284325475WP Kuala LumpurLelaki (WN)68Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1285339376KelantanPerempuan (WN)87Hospital TumpatPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1286346181SarawakLelaki (WN)50Jenazah dibawa ke Hospital Bintulu

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER KAMPUNG BINYU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching, Bintulu, Samarahan, dan Simunjan di Sarawak. Tiga (3) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343644, kes ke-343646 dan kes ke-343648) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung pada 21 Mac 2021 di Kampung Binyu, Kuching. Sehingga 3 April 2021, sejumlah 231 individu telah disaring, di mana68 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MERDEKA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-339857) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Merdeka, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Sehingga 3 April 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SIMPANG TIGA MEROTAI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kalabakan dan Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340922) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan penduduk-penduduk di Kampung Simpang Tiga Merotai, Kalabakan. Sehingga 3 April 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KENANGA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342825) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Kenanga, Taman Paya Rumput, Masjid Tanah, Alor Gajah. Sehingga 3 April 2021, sejumlah 176 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BANDAR SEMBILAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Puchong, Petaling. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja kilang tersebut yang terletak Jalan Bandar 9, Puchong. Sehingga 3 April 2021, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEKNOLOGI PERAMU JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan dan Pekan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344012) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Peramu Jaya, Pekan. Sehingga 3 April 2021, sejumlah 94 individu telah disaring, di mana 36  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KUBOTA SENTRAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah.Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343322) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di sebuah pusat perniagaan yang terletak di Jalan Kubota Sentral, Tawau. Sehingga 3 April 2021, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.