SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
4 APRIL 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 1,270 kes (335,162 kes kumulatif, 95.5%);
- Kes baharu : 1,349 kes (350,959 kes kumulatif);
- Kes import : 7 kes (5 warganegara, 2 bukan warganegara)
- Kes tempatan : 1,342 kes [988 warganegara (73.6%); 354 bukan warganegara (26.4%)];
- Kes aktif : 14,509 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 186 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 94 kes;dan
- Kes kematian : 2 kes (1,288 kes kumulatif, 0.37%; 2 warganegara).
Pada hari ini, Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 419 kes (31.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 382 kes (91.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 343 kes (25.4 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 185 kes (13.7 peratus).
Sebanyak 191 kes (14.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di depot tahanan imigresen (DTI) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sri Aman (159 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (26 kes), Kluster Tembok Mempaga (2 kes), Kluster DTI Sepang 2 (2 kes), Kluster DTI Juru (1 kes), dan Kluster Tembok Tapah (1 kes).
Terdapat dua (2) kes kematian pada hari ini melibatkan Sabah dan Sarawak. Kedua-dua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 4 April 2021:
- Jumlah kluster : 1,405 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 1,046 kluster (termasuk 8 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Persiaran Cemerlang, Kluster Jalan Perindustrian Estate, Kluster Mayang, Kluster Jalan Senai Utama, Kluster Jalan Persiaran Teknologi Kulai, Kluster Tapak Bina Jalil Utama, Kluster Jalan Lombong, dan Kluster Jalan Ho Pin;
- Jumlah kluster aktif : 359 kluster;
- Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 66 kluster; dan
- Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tembok Sri Aman (159 kes), Kluster Jalan Jelawat (70 kes), dan Kluster Jalan Western (30 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lima (5) kluster kluster tempat kerja, empat (4) komuniti dan satu (1) kluster pusat tahanan.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No. | Nama Kluster | Negeri | Kategori Kluster |
1 | Jalan Maju Cemerlang | Johor | Tempat Kerja |
2 | Jalan Murni Satu | Johor | Tempat Kerja |
3 | Jalan Suasana | Selangor | Tempat Kerja |
4 | Danan | Kelantan | Tempat Kerja |
5 | Jalan Alamanda | WP Putrajaya | Tempat Kerja |
6 | Sungai Mupong | Sarawak | Komuniti |
7 | Sungai Rassau | Sarawak | Komuniti |
8 | Rich Park | Sabah | Komuniti |
9 | Kampung Batu Lapan Lekir | Perak | Komuniti |
10 | Tembok Sri Aman | Sarawak | Pusat Tahanan |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 April 2021 @ 6.00 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 4 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 343 (1) | 117,465 |
SABAH | 68 | 55,057 |
JOHOR | 95 | 41,701 |
WP KUALA LUMPUR | 73 (5) | 38,149 |
SARAWAK | 419 | 17,554 |
NEGERI SEMBILAN | 20 | 17,378 |
PULAU PINANG | 185 | 16,675 |
PERAK | 24 | 13,529 |
KEDAH | 32 | 8,540 |
MELAKA | 15 | 6,608 |
KELANTAN | 18 | 6,425 |
PAHANG | 11 | 4,383 |
TERENGGANU | 6 | 3,617 |
WP LABUAN | 22 (1) | 2,373 |
WP PUTRAJAYA | 17 | 1,173 |
PERLIS | 1 | 332 |
JUMLAH KESELURUHAN | 1,349 (7) | 350,959 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 1,349 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 4 April 2021 adalah seperti berikut:
- Sarawak: 419 kes
- 236 kes daripada kluster-kluster; termasuk 170 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tembok Sri Aman, Kluster Sungai Mupong, dan Kluster Sungai Rassau;
- 146 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 343 kes
- 92 kes daripada kluster-kluster; termasuk tiga (3) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Suasana dan Kluster Jalan Alamanda;
- 203 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 185 kes
- 85 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 63 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 95 kes
- 50 kes daripada kluster-kluster; termasuk 17 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Maju Cemerlang dan Kluster Murni Satu;
- 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 73 kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada ;
- 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Lima (5) kes import dari luar negara; dan
- 27 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 68 kes
- 33 kes daripada kluster-kluster; termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rich Park;
- 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 32 kes
- 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 24 kes
- Empat (4) kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Batu Lapan Lekir;
- 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: 22 kes
- 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 20 kes
- Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 18 kes
- Tiga (3) kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Danan;
- 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: 17 kes
- 14 kes daripada kluster-kluster; termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Alamanda;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 15 kes
- 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 11 kes
- Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: Enam (6) kes
- Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan dua (2) kes kematian pada 4 April 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | No. Kes | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang |
1287 | 320762 | Sarawak | Lelaki (WN) | 76 | Hospital Bintulu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan paru-paru kronik |
1288 | 333478 | Sabah | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Tawau | Penyakit darah tinggi dan jantung |
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER JALAN MAJU CEMERLANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 4 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Maju 1, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 134 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN MURNI SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat, Kluang dan Mersing di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344817) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Murni Satu, Paloh, Kluang. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 94 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN SUASANA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-328809) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti pusat Pendidikan di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Suasana, Tun Hussein Onn, Cheras. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 187 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER DANAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pasir Puteh di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-336746) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti pusat pendidikan di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Danan dan di Kampung Alor Hijau, Selising, Pasir Puteh. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 236 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN ALAMANDA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Putrajaya di WP Putrajaya dan daerah Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-349608) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan tiga (3) buah pusat perniagaan yang terletak di Putrajaya dan Sepang. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER SUNGAI MUPONG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sibu dan Meradong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-338973) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan komuniti di Sungai Mupong, Loba Stabar, Meradong. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER SUNGAI RASSAU
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Matu dan Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-339123) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan komuniti di Sungai Rassau, Matu. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 338 individu telah disaring, di mana11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER RICH PARK
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tawau dan Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345810) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung di Taman Rich Park, Tawau pada 26 dan 27 Mac 2021. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER KAMPUNG BATU LAPAN LEKIR
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343896) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan komuniti di Kampung Batu Lapan Lekir, Sitiawan, Manjung. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TEMBOK SRI AMAN
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Sri Aman di Sarawak. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Mac 2021 hasil saringan bersasar tahanan-tahanan Penjara Pusat Sri Aman yang terletak di Jalan Brayun, Sri Aman. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 467 individu telah disaring, di mana 160 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press