Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 5 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

5 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 5 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,294 kes (336,456 kes kumulatif, 95.6%);
  • Kes baharu : 1,070 kes (352,029 kes kumulatif);
  • Kes import : 9 kes (4 warganegara, 5 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,061 kes [904 warganegara (85.2%); 157 bukan warganegara (14.8%)];
  • Kes aktif : 14,278 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 180 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 89 kes;dan
  • Kes kematian : 7 kes (1,295 kes kumulatif, 0.37%; 7 warganegara).

Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 327 kes (30.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 248 kes (75.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 225 kes (21.0 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 133 kes (12.4 peratus).

Sebanyak 14 kes (1.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan penjara yang membabitkan Kluster DTI Jalan Duta (5 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (5 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (2 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (1 kes).

Terdapat tujuh (7) kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes di Selangor, dua (2) kes di Sabah, dan satu (1) kes di Johor. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 5 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,411 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,056 kluster (termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Cempedak, Kluster Jalan Haji Malek, Kluster Tapak Bina Nilam Sari, Kluster Jalan Wawasan 12, Kluster Jalan Tampoi Besi, Kluster Jalan Murni 12, Kluster Jalan Apas Empat, Kluster Jalan Telawi, Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok, dan Kluster Kampung Telekong);
  • Jumlah kluster aktif : 355 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 48 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Jelawat (34 kes), Kluster Kampung Binyu (34 kes), dan Kluster Pulau Enoe (14 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lima (5) kluster kluster tempat kerja dan satu (1) komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Lorong DuaSelangorTempat Kerja
2Taman KomersialSelangorTempat Kerja
3Jalan InovasiWP Kuala Lumpur dan WP PutrajayaTempat Kerja
4Jalan Mata KuchingMelakaTempat Kerja
5Persiaran UtamaNegeri SembilanTempat Kerja
6Bukit SeraKedahKomuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 April 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 5 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR327 (2)117,792
SABAH6555,122
JOHOR 55 (1)41,756
WP KUALA LUMPUR88 (5)38,237
SARAWAK 22517,779
NEGERI SEMBILAN1217,390
PULAU PINANG 13316,808
PERAK813,537
KEDAH348,574
MELAKA256,633
KELANTAN  316,456
PAHANG 37 (1)4,420
TERENGGANU33,620
WP LABUAN172,390
WP PUTRAJAYA81,181
PERLIS2334
JUMLAH KESELURUHAN1,070 (9)352,029

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,070 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 5 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 327 kes 
    • 24 kes daripada kluster-kluster; termasuk enam (6) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Komersial dan Kluster Lorong Dua;
    • 224 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 77 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 225 kes
    • 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 126 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 38 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 133 kes 
    • 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 53 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 88 kes  
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 65 kes 
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 55 kes  
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 37 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negeri; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 34 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Sera;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 31 kes 
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 25 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mata Kuching.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 17 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 12 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Utama;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: Lapan (8) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lapan (8) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Inovasi; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
    •  
  • Terengganu: Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perlis: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan tujuh (7) kes kematian pada 5 April 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian No.    Kes Negeri Jantina  (warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang 
1289302724SelangorLelaki (WN)86Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
1290337190SabahLelaki (WN)58Hospital TawauPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan kanser lidah
1291339774SabahLelaki (WN)68Hospital TawauPenyakit darah tinggi
1292343044SelangorLelaki (WN)64Hospital Shah AlamPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1293343241SelangorPerempuan (WN)85Hospital SerdangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1294343375JohorLelaki (WN)46Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis
1295347103SelangorLelaki (WN)84Hospital SerdangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER TAMAN KOMERSIAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan 6/5 Pandan Indah Commercial Centre, Taman Komersial, Hulu Langat. Sehingga 5 April 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana 14  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LORONG DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong 2B, Jalan TUDM, Kampung Subang Baru, Shah Alam. Sehingga 5 April 2021, sejumlah 332 individu telah disaring, di mana 41  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN INOVASI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Putrajaya di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342377) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kafetaria yang terletak berhampiran dengan Jalan Inovasi, Kuala Lumpur. Sehingga 5 April 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MATA KUCHING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-331612) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Taming Sari, Mata Kuching Dalam, Melaka Tengah. Sehingga 5 April 2021, sejumlah 67 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Persiaran Utama S2, Garden Homes, Seremban. Sehingga 5 April 2021, sejumlah 90 individu telah disaring, di mana18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT SERA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-347804) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Kampung Bukit Sera, Batu 2, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 5 April 2021, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.