Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 6 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

6 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,412 kes (337,868 kes kumulatif, 95.6%);
  • Kes baharu : 1,300 kes (353,329 kes kumulatif);
  • Kes import : 24 kes (12 warganegara, 12 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,276 kes [918 warganegara (71.9%); 358 bukan warganegara (28.1%)];
  • Kes aktif : 14,161 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 189 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 88 kes;dan
  • Kes kematian : 5 kes (1,300 kes kumulatif, 0.37%; 5 warganegara).

Pada hari ini, Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 385 kes (29.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 352 kes (91.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 242 kes (18.6 peratus) dan Kelantan sebanyak 126 kes (9.7 peratus).

Sebanyak 144 kes (11.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sri Aman (128 kes), Kluster Padang Hijau (12 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (1 kes), dan Kluster DTI Juru (1 kes).

Terdapat lima (5) kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes di Sabah dan masing-masing satu (1) kes di Selangor dan Kelantan. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 6 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,421 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,067 kluster (termasuk 11 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Amanjaya, Kluster Jalan Industri A1, Kluster Jalan Sungai, Kluster Jalan Dato Sellathevan, Kluster Persiaran Bayam Indah, Kluster Jalan Timah Tiga, Kluster Jalan Jenjarom, Kluster Perusahaan Baru, Kluster Jalan Sementa, Kluster Jalan Subang, dan Kluster Simpang Tiga );
  • Jumlah kluster aktif : 354 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 62 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tembok Sri Aman (128 kes), Kluster Jalan Pelabuhan (50 kes), dan Kluster Jalan Mega Industri (20 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lima (5) kluster tempat kerja, tiga (3) kluster komuniti, serta masing-masing satu (1) kluster pusat tahanan dan kluster keagamaan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Integrasi Rawang TigaSelangorTempat Kerja
2Jalan Badli ShahSelangorTempat Kerja
3Jalan MajuSarawakTempat Kerja
4Jalan Kota Kubang LabuKelantanTempat Kerja
5Jalan Mega IndustriJohorTempat Kerja
6Kampung PalekbangKelantanKomuniti
7Taman PerudaKedahKomuniti
8Kampung BelaohTerengganuKomuniti
9Padang HijauJohorPusat Tahanan
10BelaconSabahKeagamaan


NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 April 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 6 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR242 (5)118,034
SABAH11255,234
JOHOR 98 (1)41,854
WP KUALA LUMPUR87 (10)38,324
SARAWAK 385 (4)18,164
NEGERI SEMBILAN1417,404
PULAU PINANG 11016,918
PERAK6113,598
KEDAH278,601
MELAKA7 (1)6,640
KELANTAN  1266,582
PAHANG 114,431
TERENGGANU93,629
WP LABUAN8 (3)2,398
WP PUTRAJAYA31,184
PERLIS0334
JUMLAH KESELURUHAN1,300 (24)353,329

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,300 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 6 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Sarawak: 385 kes
    • 168 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Maju;
    • 184 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 242 kes 
    • 28 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Integrasi Rawang Tiga dan Kluster Jalan Badli Shah;
    • 104 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 105 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 126 kes 
    • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk 21 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kota Kubang Labu dan Kluster Kampung Palekbang;
    • 68 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 112 kes 
    • 49 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Belacon;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 110 kes 
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 67 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 98 kes  
    • 49 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mega Industri dan Kluster Padang Hijau;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 87 kes  
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 10 kes import dari luar negara; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 61 kes
    • 50 kes daripada kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 27 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Peruda;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 14 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 11 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Sembilan (9) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Belaoh;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lapan (8) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Tujuh (7) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes import dari luar negara.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan lima (5) kes kematian pada 6 April 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian No.    Kes Negeri Jantina  (warganegara)  Umur (tahun)  Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang 
1296327651SabahPerempuan (WN)66Hospital KeningauPenyakit darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
1297330786SabahLelaki (WN)36Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit darah tinggi, obesiti, dan Obstructive Sleep Apnoea (OSA)
1298338298SelangorLelaki (WN)80Hospital AmpangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1299347182SabahLelaki (WN)54Hospital Tawau-
1300350902KelantanPerempuan (WN)65Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER INTEGRASI RAWANG TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembinaan yang terletak di Jalan Industri 3/6, Rawang Intergrated Industrial Park, Rawang. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana 13  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BADLI SHAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, dan Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-339697) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Tengku Badli Shah 9/21, Seksyen 9, Shah Alam. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 244 individu telah disaring, di mana 21  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MAJU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340202) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes indeks yang terletak di Jalan Maju, Sibu. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 34  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KOTA KUBANG LABU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343992) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Kota Kubang Labu, Tumpat. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 318 individu telah disaring, di mana  26  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MEGA INDUSTRI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Mega 1/8, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana  21  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG PALEKBANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345436) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Palekbang, Tumpat. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana  28  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN PERUDA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-347803) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Peruda, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana  16  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG BELAOH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-350917) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Belaoh, Besut. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 81 individu telah disaring, di mana  enam (6)  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PADANG HIJAU

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 April 2021 hasil saringan bersasar tahanan-tahanan di pusat transit penerimaan yang terletak di Padang Hijau,  Kluang. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 17 individu telah disaring, di mana 12  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BELACON

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Lahad Datu dan Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-351333) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bukit Belacon, Lahad Datu. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana  17  kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.