SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
7 APRIL 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 1,199 kes (339,067 kes kumulatif, 95.7%);
- Kes baharu : 1,139 kes (354,468 kes kumulatif);
- Kes import : 13 kes (7 warganegara, 6 bukan warganegara)
- Kes tempatan : 1,126 kes [1,001 warganegara (88.9%); 125 bukan warganegara (11.1%)];
- Kes aktif : 14,097 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 194 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 86 kes;dan
- Kes kematian : 4 kes (1,304 kes kumulatif, 0.37%; 4 warganegara).
Pada hari ini, Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 332 kes (29.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 276 kes (83.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 294 kes (25.8 peratus) dan Johor sebanyak 102 kes (9.0 peratus).
Sebanyak 27 kes (2.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (19 kes), Kluster Tembok Tapah (4 kes), Kluster Tembok Sri Aman (3 kes), dan Kluster Tembok Choh Dua (1 kes).
Terdapat empat (4) kes kematian pada hari ini yang melibatkan dua (2) kes di Sarawak dan masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 7 April 2021:
- Jumlah kluster : 1,431 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 1,077 kluster (termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Loke Yew, Kluster Jalan Limau Manis, Kluster Jalan Cyber Satu, Kluster Vista Hilir, Kluster Batu Sebelas, Kluster Tembok Bendera, Kluster Pona, Kluster Jalan Maju Satu, Kluster Tapak Bina Jalan MP, dan Kluster Kampung Sungai Burung);
- Jumlah kluster aktif : 354 kluster;
- Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 64 kluster; dan
- Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Sungai Kawi (119 kes), Kluster Jalan Padang Benggali (20 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (19 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan enam (6) kluster tempat kerja, dua (2) kluster komuniti, serta masing-masing satu (1) kluster pusat tahanan dan kluster import.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No. | Nama Kluster | Negeri | Kategori Kluster |
1 | Jalan Simpang Balak | Selangor | Tempat Kerja |
2 | Jalan Keretapi | Selangor | Tempat Kerja |
3 | Sungai Kluang Empat | Pulau Pinang | Tempat Kerja |
4 | Jalan Padang Benggali | Pulau Pinang | Tempat Kerja |
5 | Jalan Bangunan Kerajaan | Sarawak | Tempat Kerja |
6 | Persiaran Indahpura Utama | Johor | Tempat Kerja |
7 | Sungai Kawi | Sarawak | Komuniti |
8 | Jalan Persiaran Putri | Johor | Komuniti |
9 | Tembok Choh Dua | Johor | Pusat Tahanan |
10 | Highline | Johor | Import |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
7 April 2021 @ 6.00 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 7 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 294 | 118,328 |
SABAH | 60 (1) | 55,294 |
JOHOR | 102 (4) | 41,956 |
WP KUALA LUMPUR | 84 (7) | 38,408 |
SARAWAK | 332 (1) | 18,496 |
NEGERI SEMBILAN | 30 | 17,434 |
PULAU PINANG | 93 | 17,011 |
PERAK | 24 | 13,622 |
KEDAH | 35 | 8,636 |
MELAKA | 13 | 6,653 |
KELANTAN | 38 | 6,620 |
PAHANG | 23 | 4,454 |
TERENGGANU | 10 | 3,639 |
WP LABUAN | 1 | 2,399 |
WP PUTRAJAYA | 0 | 1,184 |
PERLIS | 0 | 334 |
JUMLAH KESELURUHAN | 1,139 (13) | 354,468 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 1,139 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 7 April 2021 adalah seperti berikut:
- Sarawak: 332 kes
- 161 kes daripada kluster-kluster, termasuk 125 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bangunan Kerajaan dan Kluster Sungai Kawi;
- 115 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 55 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 294 kes
- 71 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Simpang Balak dan Kluster Jalan Keretapi;
- 168 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 55 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 102 kes
- 47 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Persiaran Putri, Kluster Persiaran Indahpura Utama, Kluster Tembok Choh Dua, dan Kluster Highline [Kluster ini melibatkan empat (4) kes import dari luar negara];
- 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 93 kes
- 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk 22 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Padang Benggali dan Kluster Sungai Kluang Empat;
- 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 84 kes
- Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Tujuh (7) kes import dari luar negara; dan
- 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 60 kes
- 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 38 kes
- Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 35 kes
- Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 30 kes
- Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada; dan
- 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 24 kes
- Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 23 kes
- 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 13 kes
- Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: 10 kes
- Empat (4) kes daripada kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan empat (4) kes kematian pada 7 April 2021 adalah seperti berikut:
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER JALAN SIMPANG BALAK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat yang terletak di Jalan Simpang Balak, Kampung Sungai Balak, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 90 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN KERETAPI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Keretapi Lama, Kampung Perepat, Kapar, Klang. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 192 individu telah disaring, di mana 81 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER SUNGAI KLUANG EMPAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Hilir Sungai Kluang 4, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 444 individu telah disaring, di mana 33 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN PADANG BENGGALI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Padang Benggali, Teluk Air Tawar, Butterworth, Seberang Perai Utara. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana 42 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN BANGUNAN KERAJAAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Beluru dan Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342623) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Bangunan Kerajaan, Beluru. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER PERSIARAN INDAHPURA UTAMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345968) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Persiaran Indahpura Utama, Kulai. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER SUNGAI KAWI
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong dan Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344992) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Sungai Kawi, Meradong. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 224 individu telah disaring, di mana 127 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN PERSIARAN PUTRI
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kulai, Kota Tinggi, Muar, dan Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-352469) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang telah berlangsung pada 28 Mac 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Persiaran Sri Putri, Taman Putri Kulai, Kulai. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TEMBOK CHOH DUA
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345986) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 April 2021 hasil saringan sebelum masuk wad. Nama kluster merujuk kepada lokaliti pusat tahanan yang terletak di Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 155 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER HIGHLINE
Kluster import ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-351406) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 April 2021 hasil saringan sign off. Kluster ini melibatkan krew-krew sebuah kapal yang berlabuh di Perairan Pengerang, Kota Tinggi. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 14 individu telah disaring, di mana lima (5) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press