SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
8 APRIL 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 8 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 1,175 kes (340,242 kes kumulatif, 95.6%);
- Kes baharu : 1,285 kes (355,753 kes kumulatif);
- Kes import : 17 kes (8 warganegara, 9 bukan warganegara)
- Kes tempatan : 1,268 kes [999 warganegara (78.8%); 269 bukan warganegara (21.2%)];
- Kes aktif : 14,203 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 186 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 81 kes;dan
- Kes kematian : 4 kes (1,308 kes kumulatif, 0.37%; 4 warganegara).
Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 374 kes (29.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 292 kes (78.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 211 kes (16.4 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 162 kes (12.6 peratus).
Sebanyak 105 kes (8.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (89 kes), Kluster Tembok Sri Aman (6 kes), Kluster Pagar Bukit Chagar (4 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), Kluster Tembok Mempaga (1 kes), dan Kluster Tembok Tapah (1 kes).
Terdapat empat (4) kes kematian pada hari ini yang melibatkan dua (2) kes di Selangor dan masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Sarawak. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 8 April 2021:
- Jumlah kluster : 1,435 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 1,087 kluster (termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Sungai Lembing, Kluster Kampung Gedang, Kluster Jalan Bukit Blossoms, Kluster Singgahmata, Kluster Mayang Pasir, Kluster Ladang Sungai Pin, Kluster Jalan Pahang, Kluster Jalan Mawar, Kluster Lorong Bakau, dan Kluster Tapak Bina Sungai Batu);
- Jumlah kluster aktif : 348 kluster;
- Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 47 kluster; dan
- Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (89 kes), Kluster Perusahaan Perai Tiga (60 kes), dan Kluster Industri Parit Raja (38 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tiga (3) kluster tempat kerja dan satu (1) kluster komuniti.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No. | Nama Kluster | Negeri | Kategori Kluster |
1 | Jalan Taming | Selangor | Tempat Kerja |
2 | Industri Parit Raja | Johor | Tempat Kerja |
3 | Perusahaan Perai Tiga | Pulau Pinang | Tempat Kerja |
4 | Padang Manggis | Pahang | Komuniti |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
8 April 2021 @ 5.30 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 8 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 374 (3) | 118,702 |
SABAH | 106 | 55,400 |
JOHOR | 101 | 42,057 |
WP KUALA LUMPUR | 120 (13) | 38,528 |
SARAWAK | 211 (1) | 18,707 |
NEGERI SEMBILAN | 12 | 17,446 |
PULAU PINANG | 162 | 17,173 |
PERAK | 24 | 13,646 |
KEDAH | 31 | 8,667 |
KELANTAN | 87 | 6,707 |
MELAKA | 11 | 6,664 |
PAHANG | 12 | 4,466 |
TERENGGANU | 11 | 3,650 |
WP LABUAN | 3 | 2,402 |
WP PUTRAJAYA | 19 | 1,203 |
PERLIS | 1 | 335 |
JUMLAH KESELURUHAN | 1,285 (17) | 355,753 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 1,285 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 8 April 2021 adalah seperti berikut:
- Selangor: 374 kes
- 97 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Taming;
- 195 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
- 79 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: 211 kes
- 46 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 131 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 162 kes
- 90 kes daripada kluster-kluster, termasuk 60 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan Perai Tiga;
- 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 120 kes
- 61 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- 13 kes import dari luar negara; dan
- 46 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 106 kes
- 31 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 27 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 101 kes
- 50 kes daripada kluster-kluster, termasuk 38 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Parit Raja;
- 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 87 kes
- 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 40 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 31 kes
- 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 24 kes
- Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: 19 kes
- 10 kes daripada kluster sedia ada;
- Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 12 kes
- Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 12 kes
- Lima (5) kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Padang Manggis;
- Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 11 kes
- Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: 11 kes
- Lima (5) kes daripada kluster sedia ada;
- Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada.
- Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan empat (4) kes kematian pada 8 April 2021 adalah seperti berikut:
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER JALAN TAMING
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Taming 11, Taman Taming Jaya, Seri Kembangan, Petaling. Sehingga 8 April 2021, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER INDUSTRI PARIT RAJA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Parit Raja, Batu Pahat. Sehingga 8 April 2021, sejumlah 456 individu telah disaring, di mana 38 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER PERUSAHAAN PERAI TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, dan Timur Laut di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perusahaan Baru, Kawasan Perusahaan Perai 3, Seberang Perai Tengah. Sehingga 8 April 2021, sejumlah 205 individu telah disaring, di mana 66 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER PADANG MANGGIS
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pekan dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-347953) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Padang Manggis, Pekan. Sehingga 8 April 2021, sejumlah 67 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press