Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 9 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

9 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 9 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,247 kes (341,489 kes kumulatif, 95.5%);
  • Kes baharu : 1,854 kes (357,607 kes kumulatif);
  • Kes import : 20 kes (5 warganegara, 15 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,834 kes [1,618 warganegara (88.2%); 216 bukan warganegara (11.8%)];
  • Kes aktif : 14,805 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 169 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 79 kes;dan
  • Kes kematian : 5 kes (1,313 kes kumulatif, 0.37%; 3 warganegara; 2 bukan warganegara).

Pada hari ini, Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 555 kes (29.9 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 417 kes (75.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Peningkatan kes di Sarawak adalah disebabkan oleh pertambahan kluster-kluster di kalangan komuniti termasuklah rumah-rumah panjang. Faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes adalah acara-acara keramaian dan aktiviti-aktiviti sosial seperti upacara pengebumian, perkahwinan, dan lain-lain acara keraian. Pada hari ini sahaja, Sarawak melaporkan dua (2) kluster komuniti yang baharu iaitu Kluster Sungai Gemuan dan Kluster Disso.

Dua (2) negeri lain dengan pelaporan kes harian baharu tertinggi pada hari ini adalah Selangor iaitu sebanyak 403 kes (21.7 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 176 kes (9.5 peratus).

Sebanyak 58 kes (3.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (25 kes), Kluster Tembok Muhasabah (13 kes), Kluster Telok Mas (11 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (4 kes), Kluster Tembok Sri Aman (3 kes), Kluster Tembok Tapah (1 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (1 kes).

Terdapat lima (5) kes kematian pada hari ini yang melibatkan tiga (3) kes di Sarawak dan masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak tiga (3) kes melibatkan warganegara dan dua (2) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 9 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,442 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,100 kluster (termasuk 13 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Tempua, Kluster Jalan Pelepas Dua, Kluster Teknologi Tenggara, Kluster Parit Penyengat Darat, Kluster Sri Jelutung, Kluster Kampung Columbia, Kluster Jalan Payamanis, Kluster Jalan Cheras, Kluster Jalan Duyong, Kluster Lorong Kilang, Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud, Kluster Jalan Bukit Kemuning, dan Kluster Tapak Bina Jalan Pantai);
  • Jumlah kluster aktif : 342 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 67 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (63 kes), Kluster Sungai Gemuan (26 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (25 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat (4) kluster tempat kerja dan tiga (3) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Sungai Kluang SatuPulau PinangTempat Kerja
2Jalan Ismail SultanJohorTempat Kerja
3Batu Lima Jalan SibugaSabahTempat Kerja
4Taman Bukit PantaiWP Kuala Lumpur dan SelangorTempat Kerja
5Sungai GemuanSarawakKomuniti
6DissoSarawakKomuniti
7Sim-SimSabahKomuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 April 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR403 (2)119,105
SABAH13955,539
JOHOR 103 (1)42,160
WP KUALA LUMPUR135 (15)38,663
SARAWAK 555 (1)19,262
NEGERI SEMBILAN4017,486
PULAU PINANG 17617,349
PERAK2913,675
KEDAH408,707
KELANTAN   1436,850
MELAKA34 (1)6,698
PAHANG 194,485
TERENGGANU293,679
WP LABUAN32,405
WP PUTRAJAYA61,209
PERLIS0335
JUMLAH KESELURUHAN1,854 (20)357,607

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,854 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 9 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Sarawak: 555 kes
    • 124 kes daripada kluster-kluster, termasuk 29 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sungai Gemuan dan Kluster Disso;
    • 293 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 137 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 403 kes 
    • 101 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 228 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 72 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 176 kes 
    • 53 kes daripada kluster-kluster, termasuk 24 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Kluang Satu;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 94 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 143 kes 
    • 42 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 78 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 139 kes 
    • 71 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sim-Sim dan Kluster Batu Lima Jalan Sibuga;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 135 kes  
    • 19 kes dari kluster baharu iaitu Kluster Taman Bukit Pantai;
    • 65 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 15 kes import dari luar negara; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 103 kes  
    • 45 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ismail Sultan;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 40 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 40 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 34 kes
    • 17  kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes import dari luar negara;
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 29 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Kluang Satu;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 29 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 19 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan lima (5) kes kematian pada 9 April 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1309SabahPerempuan (WN)35Hospital TawauPenyakit asma dan obesiti
1310SarawakLelaki (WN)42Hospital SibuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1311SarawakPerempuan (WN)69Jenazah dibawa ke Hospital BintuluPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1312WP Kuala LumpurLelaki (BWN)32Hospital AmpangPenyakit imuniti rendah
1313SarawakLelaki (BWN)43Jenazah dibawa ke Hospital Bintulu

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER SUNGAI KLUANG SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 April hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Hilir Sungai Kluang 1, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 9 April 2021, sejumlah 1,769 individu telah disaring, di mana 79 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN ISMAIL SULTAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342354) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasaraya yang terletak di Jalan Ismail Sultan, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 9 April 2021, sejumlah 138 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU LIMA JALAN SIBUGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sandakan, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344746) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar dan kakitangan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Batu 5, Jalan Sibuga, Sandakan. Sehingga 9 April 2021, sejumlah 144 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN BUKIT PANTAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur dan daerah Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-353602) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar di sebuah pusat pendidikan yang terletak di Taman Bukit Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 9 April 2021, sejumlah 74 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI GEMUAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-341572) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah komuniti di Sungai Gemuan, Meradong. Sehingga 9 April 2021, sejumlah 260 individu telah disaring, di mana 39 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DISSO

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Saratok di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345065) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Disso, Saratok. Sehingga 9 April 2021, sejumlah 208 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SIM-SIM

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-351343) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah komuniti di Jalan Buli Sim Sim, Sandakan. Sehingga 9 April 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.