Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 11 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT 

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

11 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,216 kes (343,953 kes kumulatif, 95.3%); 
  • Kes baharu : 1,739 kes (360,856 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (3 warganegara, 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 1,731 kes [1,343 warganegara (77.6%); 388 bukan warganegara (22.4%)];
  • Kes aktif : 15,574 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 183 kes
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 81 kes; dan
  • Kes kematian : 8 kes (1,329 kes kumulatif, 0.37%; 8 warganegara).

Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 535kes (30.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 441 kes (82.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 443 kes (25.5 peratus)dan Sabah sebanyak 127 kes (7.3 peratus).

Sebanyak 56 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Telok Mas (44 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), dan Kluster Tembok Tapah (3 kes).

Terdapat lapan (8) kes kematian pada hari ini yang melibatkan empat (4) kes di Selangor, dua (2) kes di WP Kuala Lumpur, dan masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Johor. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER 

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 11 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,459 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,116 kluster (termasuk 8 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Melor, Kluster Jalan i-Park Tiga, Kluster Industri Waja, Kluster Bukit Putra, Kluster Kampung Sungai Maong, Kluster Jalan Kabel Gemilang, Kluster Jalan Sungai Baong, dan Kluster Jalan Industri Tiga);
  • Jumlah kluster aktif : 343 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 50 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalahKluster Tapak Bina Cybersouth (180 kes), Kluster Jalan Kasawari (49 kes), dan Kluster Telok Mas (44 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lima (5) kluster tempat kerja dan tiga (3) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan KasawariSelangorTempat Kerja
2Jalan DesariaSelangorTempat Kerja
3Jalan BambanganSarawakTempat Kerja
4Jalan BadarudinSarawakTempat Kerja
5Jalan ZainabKelantanTempat Kerja
6Nanga KelangasSarawakKomuniti
7Abak BonSarawakKomuniti
8MeruntumSabahKomuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; 

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 April 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 11 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR535 (1)120,055
SABAH12755,797
JOHOR 6742,307
WP KUALA LUMPUR96 (6)38,865
SARAWAK 443 (1)20,001
PULAU PINANG 11317,563
NEGERI SEMBILAN4017,554
PERAK5013,771
KEDAH408,806
KELANTAN   987,119
MELAKA596,763
PAHANG 224,520
TERENGGANU343,757
WP LABUAN 42,411
WP PUTRAJAYA111,230
PERLIS0337
JUMLAH KESELURUHAN1,739 (8)360,856

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,739 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 11 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 535 kes 
    • 251 kes daripada kluster-kluster, termasuk 51 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kasawari dan Kluster Jalan Desaria;
    • 190 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; 
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 93 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 443 kes
    • 101 kes daripada kluster-kluster, termasuk 57 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Nanga Kelangas, Kluster Jalan Bambangan, Kluster Abak Bon, dan Kluster Jalan Badarudin;
    • 244 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; 
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 97 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 127 kes 
    • 43 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Meruntum;
    • 57 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 27 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 113 kes  
    • 40 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 98 kes 
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Zainab;
    • 68 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 96 kes  
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; 
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 67 kes  
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 59 kes
    • 49  kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perak: 50 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; 
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 40 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; 
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 40  kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 
    • Lapan (8)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 34 kes 
    • 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 22 kes 
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 11 kes
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Empat (4) kes daripada kluster sedia ada.

LAMPIRAN 3

Ringkasan lapan (8) kes kematian pada 11 April 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina(warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1322SelangorLelaki(WN)76Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan paru-paru kronik
1323WP Kuala LumpurPerempuan(WN)70Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1324SelangorLelaki(WN) 77Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, paru-paru kronik, dislipidemia, dan strok
1325SelangorLelaki(WN)67Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik dan gout
1326SabahLelaki(WN)67Hospital Lahad DatuPenyakit darah tinggi dan asma
1327SelangorPerempuan(WN)78Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1328WP Kuala LumpurPerempuan(WN)69Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan penyakit bawaan darah
1329JohorLelaki(WN)57Jenazah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru-

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN KASAWARI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kasawari, Kawasan Perusahaan Kebun Baru, Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Sehingga 11 April 2021, sejumlah 198 individu telah disaring, di mana 49 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DESARIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang, Gombak, dan Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354763) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Jalan Desaria, Kampung Pulau Meranti, Puchong. Sehingga 11 April 2021, sejumlah 193 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BAMBANGAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Mukah dan Dalat di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354166) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Jalan Bambangan, Mukah. Sehingga 11 April 2021, sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BADARUDIN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354160) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan  Badarudin, Kuching. Sehingga 11 April 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN ZAINAB

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-353286) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat yang terletak di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu. Sehingga 11 April 2021, sejumlah 286 individu telah disaring, di mana 51 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER NANGA KELANGAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Julau di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-350572) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes berlaku iaitu di Nanga Kelangas, Sungai Merurun, Julau. Sehingga 11 April 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER ABAK BON

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Miri dan Subis di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340251) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan pra pembedahan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu rumah-rumah panjang yang didiami oleh kes-kes dalam kluster ini di Miri. Sehingga 11 April 2021, sejumlah 175 individu telah disaring, di mana 34 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MERUNTUM

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Putatan dan Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-358071) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti majlis sosial di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Meruntum Fasa 3, Putatan. Sehingga 11 April 2021, sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 8 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.