Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 13 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

13 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,290 kes (346,295 kes kumulatif, 95.2%);
  • Kes baharu : 1,767 kes (363,940 kes kumulatif);
  • Kes import : 9 kes (2 warganegara, 7 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 1,758 kes [1,508 warganegara (85.8%); 250 bukan warganegara (14.2%)];
  • Kes aktif : 16,300 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 199 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 82 kes;dan
  • Kes kematian : 12 kes (1,345 kes kumulatif, 0.37%; 12 warganegara).

Pada hari ini, Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 607 kes (34.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 319 kes (52.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 483 kes (27.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 133 kes (7.5 peratus).

Sebanyak 21 kes (1.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Jalan Salleh (11 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (7 kes), dan Kluster Telok Mas (3 kes).

Terdapat 12 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing empat (4) kes di Sabah dan Sarawak, tiga (3) kes di Selangor, dan satu (1) kes di Terengganu. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 13 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,478 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,134 kluster (termasuk10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Sekerat, Kluster Jalan Taiping, Kluster Tapak Bina Meha, Kluster Jalan Nusa Mega, Kluster Cyber 72, Kluster Jalan Industri Tiga Pontian, Kluster Taman Alam, Kluster Tapak Bina Bukit Kiara, Kluster Buloh, dan Kluster Pasai);
  • Jumlah kluster aktif : 344 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 62 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth (137 kes), Kluster Jalan Puncak Borneo (60 kes), dan Kluster Jalan Bambangan (47 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 9 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat (4) kluster tempat kerja, tiga (3) kluster komuniti, masing-masing satu (1) kluster keagamaan dan kluster pusat tahanan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Puncak BorneoSarawakTempat Kerja
2Jalan Raja LautWP Kuala LumpurTempat Kerja
3Jalan HishamuddinWP Kuala LumpurTempat Kerja
4Lebuh WawasanWP PutrajayaTempat Kerja
5TabanakSabahKomuniti
6Kampung GayangSabahKomuniti
7Taman Malim JayaMelakaKomuniti
8Jalan Bukit BelidaNegeri SembilanKeagamaan
9Jalan SallehJohorPusat tahanan

 NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

13 April 2021 @ 5.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 13 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR483 (3)120,841
SABAH11756,023
JOHOR 7442,442
WP KUALA LUMPUR133 (6)39,114
SARAWAK 60720,959
PULAU PINANG9217,767
NEGERI SEMBILAN2917,646
PERAK3613,828
KEDAH398,892
KELANTAN   1037,280
MELAKA176,791
PAHANG 144,566
TERENGGANU133,792
WP LABUAN32,414
WP PUTRAJAYA71,246
PERLIS0339
JUMLAH KESELURUHAN1,767 (9)363,940

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,767 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 13 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Sarawak: 607 kes
    • 174 kes daripada kluster-kluster, termasuk 60 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Puncak Borneo;
    • 145 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 288 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 483 kes 
    • 168 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 217 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 95 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 133 kes  
    • 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Raja Laut dan Kluster Jalan Hishamuddin;
    • 58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 117 kes 
    • 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tabanak dan Kluster Kampung Gayang;
    • 64 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19
  • Pulau Pinang: 92 kes 
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 74 kes  
    • 32 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Salleh;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 103 kes 
    • 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 39  kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 36 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 29 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bukit Belida dan Kluster Lebuh Wawasan;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 17 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Malim Jaya; dan
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang: 14 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tujuh (7) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lebuh Wawasan; dan
    • Lima (5) kesdaripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 12 kes kematian pada 13 April 2021 adalah seperti berikut:

No.   KematianNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1334SelangorPerempuan (WN)74Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1335SarawakLelaki (WN)66Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
1336Selangor  Perempuan (WN)85Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
1337Selangor  Lelaki (WN)49 Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1338Sarawak  Perempuan (WN)67Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1339  Sarawak  Lelaki (WN)42Hospital SibuPenyakit darah tinggi, strok, dan deep vein thrombosis
1340SabahPerempuan (WN)75Jenazah dibawa ke Hospital TawauPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1341Sarawak  Perempuan (WN)37Hospital MiriSystemic Lupus Erythematosus
1342  Sabah  Perempuan (WN)88Jenazah dibawa ke Hospital Tawau  Penyakit asma
1343  Sabah  Perempuan (WN)81Jenazah dibawa ke Hospital KeningauPenyakit darah tinggi
1344  Sabah  Lelaki (WN)76Jenazah dibawa ke Hospital Tawau
1345TerengganuPerempuan (WN)89Jenazah dibawa ke Hospital Hulu TerengganuDementia

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN PUNCAK BORNEO

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 April 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Kluster ini melibatkan pelatih-pelatih sebuah pusat latihan yang terletak di Jalan Puncak Borneo, Kuching. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 61 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN RAJA LAUT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Kepong, dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-356489) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Raja Laut, Lembah Pantai. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN HISHAMUDDIN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361396) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat pengangkutan yang terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, Tasik Perdana, Lembah Pantai. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 79 individu telah disaring, di manasembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LEBUH WAWASAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya, daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355751) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya.   Sehingga 13 April 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TABANAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359696) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala.  Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu Kampung Tabanak, Lahad Datu. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG GAYANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tuaran di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-352360) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan pada 28 Mac 2021 di Kampung Gayang, Tuaran. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 548 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN MALIM JAYA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-362108) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Malim Jaya, Melaka. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SALLEH

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 April 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Salleh, Muar. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BUKIT BELIDA

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357128) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat keagamaan yang terletak di Jalan Bukit Belida 1, Seremban. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.