Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 18 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

18 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,427 kes (353,822 kes kumulatif, 94.3%);
  • Kes baharu : 2,195 kes (375,054 kes kumulatif);
  • Kes import : 10 kes (2 warganegara, 8 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,185 kes [1,837 warganegara (84.1%); 348 bukan warganegara (15.9%)];
  • Kes aktif : 19,854 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 219 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 90 kes;dan
  • Kes kematian : 8 kes (1,378 kes kumulatif, 0.37%; 8 warganegara).

Pada hari ini, Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 508 kes (23.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 372 kes (73.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 431 kes (19.6 peratus) dan Johor sebanyak 387 kes (17.6 peratus).

Sebanyak 18 kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Jalan Salleh (11 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5 kes), Kluster Tembok Sri Aman (1 kes), dan Kluster DTI Lenggeng (1 kes).

Terdapat lapan (8) kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing dua (2) kes di Selangor dan Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 18 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,520 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,182 kluster (termasuk14 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster D Gana, Kluster Jalan Permas Baru, Kluster Buloh Pasi, Kluster Sena, Kluster Industri Inanam, Kluster Perusahaan 10, Kluster Tapak Bina Queens Waterfront, Kluster Sungai Bakong, Kluster Jalan Kayu Manis, Kluster Dataran Utas, Kluster Bukit Tambun, Kluster Jalan Lapan Belas, Kluster Jalan Sutera, dan Kluster Jalan Green);
  • Jumlah kluster aktif : 338 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 64 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Perindustrian Satu (249 kes), Kluster Kok Lanas (74 kes), dan Kluster Kampung Bunut Sarang Burung (43 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tiga (3) kluster tempat kerja, dan masing-masing satu (1) kluster komuniti dan kluster sekolah/ institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Selat KlangSelangorTempat Kerja
2Tapak Bina Cahaya AlamSelangorTempat Kerja
3Jalan Perindustrian SatuJohorTempat Kerja
4Tarat TaniSarawakKomuniti
5Jalan Bintulu SibuSarawakSekolah / Institusi Pendidikan KPM

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 April 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 18 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR431 (3)123,589
SABAH11256,785
JOHOR 387 (2)43,316
WP KUALA LUMPUR176 (5)40,092
SARAWAK 50823,940
PULAU PINANG8418,284
NEGERI SEMBILAN4217,915
PERAK3514,061
KEDAH309,081
KELANTAN   3328,448
MELAKA156,902
PAHANG 154,695
TERENGGANU163,895
WP LABUAN62,427
WP PUTRAJAYA31,275
PERLIS3349
JUMLAH KESELURUHAN2,195 (10)375,054

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,195 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 18 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Sarawak: 508 kes
    • 57 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tarat Tani dan Kluster Jalan Bintulu Sibu;
    • 315 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 136 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 431 kes 
    • 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Selat Klang dan Kluster Tapak Bina Cahaya Alam;
    • 294 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 116 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 387 kes  
    • 285 kes daripada kluster-kluster, termasuk 249 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Perindustrian Satu;
    • 68 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 32 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 332 kes 
    • 177 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 120 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 176 kes  
    • Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada;
    • 91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 72 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 112 kes 
    • 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 84 kes 
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 49 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 42 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 35 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 30  kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 16 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 15 kes
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 15 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes   
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan lapan (8) kes kematian pada 18 April 2021 adalah seperti berikut:

No.      Kematian   Negeri   Jantina    (warganegara) Umur (tahun)   Hospital / Tempat Kematian   Latar Belakang   
1371SarawakLelaki (WN)59Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, buah pinggang kronik, jantung, dan gout
1372SabahLelaki (WN)69Hospital Lahad DatuPenyakit darah tinggi, dislipidemia, gout, dan penyakit paru-paru obstruktif kronik
1373KelantanLelaki (WN)77Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit darah tinggi dan jantung
1374SelangorLelaki (WN)90Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit strok
1375KelantanPerempuan (WN)72Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1376SelangorLelaki (WN)37Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan dislipidemia
1377WP Kuala LumpurPerempuan (WN)79Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1378Pulau PinangLelaki (WN)65Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER SELAT KLANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-364349) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat yang terletak di Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor. Sehingga 18 April 2021, sejumlah 101 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA CAHAYA ALAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak bina yang terletak di Cahaya Alam, Shah Alam. Sehingga 18 April 2021, sejumlah 203 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja beberapa buah kilang yang tinggal di Jalan Perindustrian 1, Batu 8, Kawasan Perindustrian Bukit Bakri, Muar. Sehingga 18 April 2021, sejumlah 980 individu telah disaring, di mana 254 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TARAT TANI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Serian di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-360369) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Tarat, Serian. Sehingga 18 April 2021, sejumlah 320 individu telah disaring, di mana21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BINTULU SIBU

Kluster sekolah/ institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Tatau dan Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-356866) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar dan kakitangan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Bintulu Sibu, Tatau. Sehingga 18 April 2021, sejumlah 546 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.