Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 21 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

21 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,910 kes (358,726 kes kumulatif, 94.0%);
  • Kes baharu : 2,340 kes (381,813 kes kumulatif);
  • Kes import : 12 kes (1 warganegara, 11 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,328 kes [2,136 warganegara (91.8%); 192 bukan warganegara (8.2%)];
  • Kes aktif : 21,687 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 248 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 101 kes;dan
  • Kes kematian : 11 kes (1,400 kes kumulatif, 0.37%; 9 warganegara; 2 bukan warganegara).

Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 526 kes (22.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 382 kes (72.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak  sebanyak 429 kes (18.3 peratus) dan Kelantan sebanyak 370 kes (15.8 peratus).

Sebanyak 40 kes (1.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, penjara, dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Pagar Siput Dua (36 kes), Kluster DTI Lenggeng (3 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).

Terdapat 11 kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam (6) kes di Sabah, empat (4) kes di Sarawak, dan satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak sembilan (9) kes melibatkan warganegara dan dua (2) bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 21 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,552 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 11 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,209 kluster [termasuk lapan (8) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Sungai Berumbung, Kluster Jalan Asuhan, Kluster Jalan Wawasan Sembilan, Kluster Jalan Tun Mutalib Tiga, Kluster Tapak Bina Lembah Selatan,  Kluster Solar Ria, Kluster Tapak Bina Persiaran Setia, dan Kluster Kayu Gading];
  • Jumlah kluster aktif : 343 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 67 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Kok Lanas (78 kes), Kluster Jalan Khidmat (72 kes), dan Kluster Sungai Lemayong (65 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat (4) kluster pendidikan termasuk tiga (3) kluster sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tiga (3) kluster komuniti, dua (2) kluster tempat kerja,  serta masing-masing satu (1) kluster keagamaan dan kluster pusat tahanan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Anggerik 21JohorSekolah / Institusi Pendidikan KPM
2Pengkalan BatikMelakaSekolah / Institusi Pendidikan KPM
3Anggerik CempakaKedahSekolah / Institusi Pendidikan KPM
4Jalan Langat CeriaSelangorPendidikan
5Sungai LemayongSarawakKomuniti
6Duranda EmasSarawakKomuniti
7Taman Mesra BakoSarawakKomuniti
8Pintasan Kampung JawaPulau PinangTempat Kerja
9Putra TigaWP PutrajayaTempat Kerja
10Pagar Siput DuaJohorPusat Tahanan
11Jalan Perai JayaPulau PinangKeagamaan

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

21 April 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 21 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR526 (6)125,111
SABAH17257,164
JOHOR 17043,703
WP KUALA LUMPUR291 (5)40,880
SARAWAK 42925,558
PULAU PINANG11118,578
NEGERI SEMBILAN2418,047
PERAK3814,176
KELANTAN   3709,537
KEDAH559,228
MELAKA637,011
PAHANG 814,825
TERENGGANU13,919
WP LABUAN2 (1)2,436
WP PUTRAJAYA61,286
PERLIS1354
JUMLAH KESELURUHAN2,340 (12)381,813

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,340 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 526 kes 
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Putra Tiga dan Kluster Jalan Langat Ceria;
    • 328 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 138 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 429 kes
    • 96 kes daripada kluster-kluster, termasuk 67 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Duranda Emas, Kluster Sungai Lemayong, dan Kluster Taman Mesra Bako;
    • 273 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 370 kes 
    • 132 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 167 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 71 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 291 kes  
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • 183 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 100 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 172 kes 
    • 94 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 170 kes  
    • 85 kes daripada kluster-kluster, termasuk 49 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Pagar Siput Dua dan Kluster Jalan Anggerik 21;
    • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 111 kes 
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster-kluster baharu iairu Kluster Jalan Perai Jaya dan Kluster Pintasan Kampung Jawa;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 81 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 63 kes
    • 36 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pengkalan Batik;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 55 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Anggerik Cempaka;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 38 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 24 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
    • Dua (2) kesdaripada kluster baharu iaitu Kluster Putra Tiga; dan
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Saru (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.  
  • Perlis: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 11 kes kematian pada 21 April 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1390WP Kuala LumpurPerempuan (WN)81Hospital SerdangPenyakit darah tinggi, jantung, dan hati kronik
1391SarawakLelaki (WN)61Hospital SibuPenyakit kencing manis, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1392SarawakLelaki (WN)82Hospital SibuPenyakit darah tinggi, tuberkulosis, gout, buah pinggang kronik, dan paru-paru kronik
1393SarawakLelaki (WN)73Hospital SibuPenyakit jantung, paru-paru obstruktif kronik, dan hati kronik
1394SabahLelaki (WN)68Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1395SabahLelaki (WN)64Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1396SabahPerempuan (WN)80Jenazah dibawa ke Hospital Tawau
1397SabahLelaki (WN)79Jenazah dibawa ke Hospital TawauPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1398SarawakLelaki (WN)72Hospital SibuPenyakit darah tinggi
1399SabahPerempuan (BWN)68Hospital Tawau
1400SabahPerempuan (BWN)75Jenazah dibawa ke Hospital TawauPenyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN ANGGERIK 21

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 April 2021 hasil saringan bersasar melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Anggerik 21, Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 651 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PENGKALAN BATIK

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-372827) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Pengkalan Batik, Alor Gajah. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER ANGGERIK CEMPAKA

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Baling di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-376762) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Kulim-Baling, Baling. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN LANGAT CERIA

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Klang, Kuala Langat, Gombak, dan Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-373114) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan  Langat Ceria 4, Taman Langat Ceria, Hulu Langat. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 144 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI LEMAYONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong  di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti yang menetap di Sungai Lemayong, Sarikei. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 69 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PINTASAN KAMPUNG JAWA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Pintasan Kampung Jawa 1, Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 982 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PUTRA TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Putrajaya di WP Putrajaya, daerah Petaling dan Sepang di Selangor serta daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-379526) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan di sebuah pusat pentadbiran yang terletak di Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya.Sehingga 21 April 2021, sejumlah 33 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DURANDA EMAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Serian di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-363232) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan rentas daerah. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Taman Duranda Emas, Siburan, Serian. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 75 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN MESRA BAKO

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357058) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Taman Mesra Bako, Jalan Bako, Kuching. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 721 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PAGAR SIPUT DUA

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 April 2021 hasil saringan bersasar tahanan melibatkan sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Sungai Siput, Pekan Kota Tinggi, Kota Tinggi. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 169 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PERAI JAYA

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-365378) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti sosial yang diadakan pada 8 April 2021 di Jalan Perai Jaya, Bandar Perai Jaya, Seberang Perai Tengah. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 14 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.