Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 25 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

25 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,853 kes (367,753 kes kumulatif, 93.6%);
  • Kes baharu : 2,690 kes (392,942 kes kumulatif);
  • Kes import : 10 kes (2 warganegara, 8 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,680 kes [2,397 warganegara (89.4%); 283  bukan warganegara (10.6%)];
  • Kes aktif : 23,753 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 283 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 121 kes;dan
  • Kes kematian : 10 kes (1,436 kes kumulatif, 0.37%; 10 warganegara).

Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 751 kes (27.9 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 613 kes (81.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 595 kes (22.1 peratus) dan Kelantan sebanyak 424 kes (15.8 peratus).

Sebanyak 18 kes (0.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan lokap yang membabitkan Kluster Pagar Sri Lalang (15 kes) dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (3 kes).

Terdapat 10 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak, dua (2) kes di Sabah, serta masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang dan Selangor. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 25 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,591 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : Lapan (8) kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,240 kluster [termasuk sembilan (9) kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Paya Bemban, Kluster Jalan Indah Gemilang Satu, Kluster Industri Permata, Kluster Jalan Tenteram, Kluster Jalan Gemilang Tiga, Kluster Teluk Air Tawar, Kluster Jalan Hang Tuah, Kluster Jalan Perdana, dan Kluster Persiaran Jaya];
  • Jumlah kluster aktif : 351 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 66 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Putai (199 kes), Kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth (48 kes), dan Kluster Jalan Hospital (36 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tiga (3) kluster tempat kerja, tiga (3) kluster sektor pendidikan termasuk dua (2) kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta masing-masing satu (1) kluster pusat tahanan dan kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1PutaiSarawakTempat Kerja
2Ladang Paris DuaSabahTempat Kerja
3Jalan Melaka RayaMelakaTempat Kerja
4Jalan Bukit NagaSelangorInstitusi Pendidikan KPM
5Jalan Kuala GaringSelangorInstitusi Pendidikan KPM
6Halban DuaKelantan Pendidikan
7Pagar Sri LalangJohorPusat Tahanan
8RayangSarawakKomuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

25 April 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 25 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR751 (1)128,011
SABAH12157,659
JOHOR 15944,287
WP KUALA LUMPUR217 (8)41,971
SARAWAK 595 (1)27,914
PULAU PINANG11719,062
NEGERI SEMBILAN5718,291
PERAK6414,388
KELANTAN   42411,617
KEDAH769,473
MELAKA427,167
PAHANG 334,948
TERENGGANU254,027
WP LABUAN32,445
WP PUTRAJAYA51,326
PERLIS1356
JUMLAH KESELURUHAN2,690 (10)392,942

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,690 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 751 kes 
    • 71 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bukit Naga dan Kluster Jalan Kuala Garing;
    • 542 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 137 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 595 kes
    • 267 kes daripada kluster-kluster, termasuk 209 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Putai dan Kluster Rayang;
    • 231 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 96 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 424 kes 
    • 148 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Halban Dua;
    • 207 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 69 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 217 kes  
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 136 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lapan (8) kes import dari luar negara; dan
    • 69 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 159 kes  
    • 41 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pagar Sri Lalang;
    • 67 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 121 kes 
    • 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ladang Paris Dua;
    • 62 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 117 kes 
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 50 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 64 kes
    • 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 76 kes
    • 37 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 57 kes
    • 22 kes daripada kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 42 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Melaka Raya;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 33 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 25 kes
    • 14 kes daripada kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lima (5) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 10 kes kematian pada 25 April 2021 adalah seperti berikut:

No.   Kematian  Negeri  Jantina  (warganegara)  Umur (tahun)  Hospital / Tempat Kematian  Latar Belakang  
1427WP Kuala LumpurPerempuan (WN)75Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1428SabahLelaki (WN)67Hospital TawauPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1429SarawakPerempuan (WN)76Hospital BintuluPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1430SarawakLelaki (WN)86Hospital BintuluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1431SelangorLelaki (WN)60Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
1432WP Kuala LumpurPerempuan (WN)91Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit darah tinggi dan buah pinggang
1433SabahPerempuan (WN)68Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1434SarawakLelaki (WN)66Hospital SarikeiPenyakit darah tinggi dan paru-paru
1435WP Kuala LumpurPerempuan (WN)67Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, asma, buah pinggang, dan strok
1436Pulau PinangLelaki (WN)81 Hospital Kepala Batas, Seberang Perai UtaraPenyakit darah tinggi dan strok

*WN merujuk kepada warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER PUTAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kapit dan Bukit Mabong di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 19 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah empangan yang terletak di Putai, Kapit. Sehingga 25 April 2021, sejumlah 358 individu telah disaring, di mana 243 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LADANG PARIS DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-382584) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang yang terletak di Kampung Paris 2, Kinabatangan. Sehingga 25 April 2021, sejumlah 103 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MELAKA RAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381719) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Melaka Raya 8, Taman Melaka Raya, Melaka Tengah. Sehingga 25 April 2021, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BUKIT NAGA

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-375243) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Bukit Naga, Shah Alam, Petaling. Sehingga 25 April 2021, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KUALA GARING

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-388181) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Kuala Garing, Rawang, Gombak. Sehingga 25 April 2021, sejumlah 230 individu telah disaring, di mana lima (5) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER HALBAN DUA

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Kota Bharu di Kelantan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 April 2021 hasil saringan bersasar kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Mukim Padang Halban, Melor, Kota Bharu. Sehingga 25 April 2021, sejumlah 81 individu telah disaring, di mana 63 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PAGAR SRI LALANG

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-385647) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan sebelum masuk ke pusat tahanan. Kluster ini melibatkan kakitangan dan tahanan-tahanan sebuah pusat tahanan yang terletak di Sri Lalang, Kluang. Sehingga 25 April 2021, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER RAYANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Serian di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti di Kampung Rayang, Serian. Sehingga 25 April 2021, sejumlah 1,305 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.