Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 26 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

26 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,803 kes (369,556 kes kumulatif, 93.4%);
  • Kes baharu : 2,776 kes (395,718 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (2 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,773 kes [2,383 warganegara (85.9%); 390 bukan warganegara (14.1%)];
  • Kes aktif : 24,713 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 300 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 133 kes;dan
  • Kes kematian : 13 kes (1,449 kes kumulatif, 0.37%; 12 warganegara; 1 bukan warganegara).

Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 762 kes (27.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 577 kes (75.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 615 kes (22.2 peratus) dan Kelantan sebanyak 343 kes (12.4 peratus).

Sebanyak 17 kes (0.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di pusat tahanan dan lokap yang membabitkan Kluster Kampung Selamat (16 kes) dan Kluster Pagar Sri Lalang (1 kes).

Terdapat 13 kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam (6) kes di Sarawak, tiga (3) kes di Selangor, dua (2) kes di Sabah, dan masing-masing satu (1) kes di Kelantan dan Johor. Sebanyak 12 kes melibatkan warganegara dan satu (1) bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 26 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,603 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,245 kluster [termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Wawasan Dua, Kluster Jalan Bukit Tiga, Kluster Jalan Bachok, Kluster Seksyen 16, dan Kluster Jalan Setia Jaya];
  • Jumlah kluster aktif : 358 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 64 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Raja Bukit Pasir (148 kes), Kluster Kampung Batu Sembilan (52 kes), dan Kluster Tapak Bina Tanjung Kupang (41 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan masing-masing empat (4) kluster tempat kerja dan kluster komuniti, dua (2) kluster sektor pendidikan termasuk satu (1) kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta masing-masing satu (1) kluster keagamaan dan kluster pusat tahanan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Pondok BelagaSarawakTempat Kerja
2Kampung Batu SembilanSelangorTempat Kerja
3Tapak Bina Tanjung KupangJohorTempat Kerja
4Jalan Raja Bukit PasirJohorTempat Kerja
5Jalan Sebauh-BintuluSarawakKomuniti
6Jalan Arumugam PillaiPulau PinangKomuniti
7Kota SyahbandarMelakaKomuniti
8Jalan KesidangMelakaKomuniti
9Sungai SenibungSarawakInstitusi Pendidikan KPM
10Kampung Pangkal ChuitKelantanPendidikan Lain
11Jalan Impian Emas 17JohorKeagamaan
12Kampung SelamatPulau PinangPusat Tahanan

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

26 April 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 26 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR762 (1)128,773
SABAH88 (1)57,747
JOHOR 30944,596
WP KUALA LUMPUR254 (1)42,225
SARAWAK 61528,529
PULAU PINANG12319,185
NEGERI SEMBILAN11218,403
PERAK4514,433
KELANTAN   34311,960
KEDAH399,512
MELAKA347,201
PAHANG 344,982
TERENGGANU94,036
WP LABUAN22,447
WP PUTRAJAYA71,333
PERLIS0356
JUMLAH KESELURUHAN2,776 (3)395,718

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,776 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 762 kes 
    • 67 kes daripada kluster-kluster, termasuk 52 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Batu Sembilan;
    • 510 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 184 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 615 kes
    • 91 kes daripada kluster-kluster, termasuk 22 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sebauh-Bintulu, Kluster Pondok Belaga, dan Kluster Sungai Senibung;
    • 427 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 97 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 343 kes 
    • 67 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Pangkal Chuit;
    • 213 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 63 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 309 kes  
    • 211 kes daripada kluster-kluster, termasuk 192 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Impian Emas 17, Kluster Jalan Raja Bukit Pasir, dan Kluster Tapak Bina Tanjung Kupang;
    • 65 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 254 kes  
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 149 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 98 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 123 kes 
    • 30 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Arumugam Pillai dan Kluster Kampung Selamat;
    • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 112 kes
    • 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 88 kes 
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 61 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 45 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 39 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Selamat;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 34 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kesidang dan Kluster Kota Syahbandar;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 34 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Sembilan (9) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tujuh (7) kes
    • Dua (2) kesdaripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 13 kes kematian pada 26 April 2021 adalah seperti berikut:

No.  Kematian Negeri Jantina  (warganegara)  Umur (tahun)  Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang 
1437SelangorLelaki (WN)70Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
1438SelangorLelaki (WN)40Hospital AmpangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
1439SelangorPerempuan (WN)71Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, obesiti, dan buah pinggang kronik
1440SarawakPerempuan (WN)49Hospital SarikeiPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1441JohorPerempuan (WN)82Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1442SarawakLelaki (WN)75Hospital BintuluPenyakit darah tinggi
1443SarawakPerempuan (WN)73Hospital KapitPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1444SarawakPerempuan (WN)34Jenazah dibawa ke Hospital KapitPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
1445SabahLelaki (WN)61Jenazah dibawa ke Hospital TawauPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1446SarawakPerempuan (WN)59Hospital KapitPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1447SarawakPerempuan (WN)32Hospital KapitObesiti dan Obstructive Sleep Apnoea (OSA)
1448KelantanPerempuan (WN)84Hospital TumpatPenyakit darah tinggi dan jantung
1449SabahLelaki (BWN)38Hospital TawauPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan gout

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER PONDOK BELAGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Belaga di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381009) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Pekan Belaga. Sehingga 26 April 2021, sejumlah 255 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG BATU SEMBILAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kampung Batu 9, Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Sehingga 26 April 2021, sejumlah 166 individu telah disaring, di mana 52 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA TANJUNG KUPANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-385630) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Tanjung Kupang, Johor Bahru. Sehingga 26 April 2021, sejumlah 145 individu telah disaring, di mana 44 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN RAJA BUKIT PASIR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Raja, Bukit Pasir, Muar. Sehingga 26 April 2021, sejumlah 306 individu telah disaring, di mana 151 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SEBAUH - BINTULU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sebauh dan Bintulu di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana  penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Sebauh - Bintulu, Sebauh. Sehingga 26 April 2021, sejumlah 318 individu telah disaring, di mana 67 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN ARUMUGAM PILLAI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-389453 dan kes ke-389468) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan pada 17 April 2021 di Jalan Arumugam Pillai, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Sehingga 26 April 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KOTA SYAHBANDAR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-375000) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kota Syahbandar, Melaka Tengah. Sehingga 26 April 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KESIDANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 377080) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Kesidang 2/9, Taman Kesidang Seksyen 2, Melaka Tengah. Sehingga 26 April 2021, sejumlah 68 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI SENIBUNG

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Julau di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381022) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Sungai Senibung, Julau. Sehingga 26 April 2021, sejumlah 290 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG PANGKAL CHUIT

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-387368) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Kampung Pangkal Chuit, Machang. Sehingga 26 April 2021, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN IMPIAN EMAS 17

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-385608) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Jalan Impian Emas, Skudai, Johor Bahru. Sehingga 26 April 2021, sejumlah 125 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG SELAMAT

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang dan daerah Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-376569) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan tahanan-tahanan di sebuah pusat pemulihan yang terletak di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. Sehingga 26 April 2021, sejumlah 365 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.