Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 29 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

29 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,943 kes (375,340 kes kumulatif, 92.7%);
  • Kes baharu : 3,332 kes (404,925 kes kumulatif);
  • Kes import : 9 kes (1 warganegara, 8 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,323 kes [3,099 warganegara (93.3%); 224 bukan warganegara (6.7%)];
  • Kes aktif : 28,093 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 309 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 147 kes;dan
  • Kes kematian : 15 kes (1,492 kes kumulatif, 0.37%; 14 warganegara, 1 bukan warganegara).

Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,083 kes (32.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 741 kes (68.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 522 kes (15.7 peratus) dan Kelantan sebanyak 401 kes (12.0 peratus).

Sebanyak 45 kes (1.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan  Kluster DTI Lenggeng (43 kes) dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes).

Terdapat 15 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing empat (4) kes di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiga (3) kes di Selangor, dua (2) kes di Sarawak, dan masing-masing satu (1) kes di Johor, dan Sabah. Sebanyak 14 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 29 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,638 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,260 kluster [termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Usahawan, Kluster Jalan Azlan, Kluster Banggol Chicha, dan Kluster Jalan Sebelas];
  • Jumlah kluster aktif : 378 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 83 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster DTI Lenggeng (43 kes), Kluster Raub Jaya (38 kes), dan Kluster Jalan Adika Raja (33 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat (4) kluster komuniti, masing-masing tiga (3) kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kluster tempat kerja, serta dua (2) kluster keagamaan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Bukit RotanSelangorKomuniti
2Sileng DayakSarawakKomuniti
3Kampung PemanokKelantanKomuniti
4Raub JayaPahangKomuniti
5Tabuan JayaSarawakInstitut Pendidikan KPM
6Kluster Batu LadaKelantanInstitut Pendidikan KPM
7Jalan Abdul Rahman AndakJohorInstitut Pendidikan KPM
8Jalan RP TigaSelangorTempat Kerja
9Jalan Tiga Belas – TigaSelangorTempat Kerja
10Jalan Adika RajaPerakTempat Kerja
11Kampung Parit BungaJohorKeagamaan
12Jalan Pokok AssamPerakKeagamaan

SENARAI NEGARA YANG MELAPORKAN PENULARAN DALAM KOMUNITI VARIANT OF CONCERN (VOC) SARS-COV-2 SEHINGGA 29 APRIL 2021

Sehingga 29 April 2021, sebanyak tiga (3) Variant of Concern (VOC) SARS-CoV-2 yang telah dikenal pasti iaitu varian B.1.351, B.1.1.7, dan B.1.1.28 (P1). Jadual dibawah menunjukkan negara-negara yang dikesan dengan kewujudan Variant of Concern (VOC) SARS-CoV-2.  

Bil.NEGARAB.1.351B.1.1.7B.1.1.28 (P1)
 BENUA AMERIKA
1 Amerika Syarikat 
2Argentina  
3Brazil 
4Colombia  
5Chile  
6Mexico  
7Kanada 
8Peru  
 BENUA EROPAH
9Austria 
10Belgium
11Denmark  
12Greece  
13Ireland 
14Israel 
15Itali  
16Jerman 
17Lithuania  
18Netherland 
19Norway  
20Perancis  
21Republik Czech  
22Sepanyol 
23Sweden 
24Switzerland  
25Turki  
26United Kingdom 
 BENUA TIMUR TENGAH
27Emiriah Arab Bersatu √* 
28Iraq  
29Qatar 
30Rwanda  
 BENUA AFRIKA
31Afrika Selatan 
32Mozambique  
33Nigeria 
34Tanzania  
 BENUA ASIA
35Bangladesh  
36India 
37Cambodia  
38China  
39Filipina √** 
40Jepun  

 NOTA:

Senarai ini akan disemak dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber berikut:        

i.          https://cov-lineages.org/global_report.html.

 ii.        https://www.who.int/westernpacific/emergencies/covid-19/situation-reports

*     Kes adalah pengembara dari UAE yang datang ke Malaysia.

**   Hong Kong melaporkan kes warga Filipina yang datang ke negara itu

Berikut merupakan tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi pengembara-pengembara yang tiba dari negara-negara dengan kewujudan Variant of Concern (VOC) SARS-CoV-2:

  1. Memuat turun, mendaftar, dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera dalam telefon bimbit sebelum tiba di Malaysia;
  2. Menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mendaftar kod QR semasa ketibaan pengembara di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA);
  3. Melalui saringan demam dan gejala di PMA;   
  4. Menjalani swab sampel bagi ujian pengesanan jangkitan COVID-19 tiga (3) hari sebelum tarikh berlepas dengan laporan ujian tersebut negatif COVID-19; 
  5. Dikehendaki menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian (kuarantin) selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh Kerajaan;
  • Memantau status kesihatan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera selama 14 hari semasa dalam tempoh kuarantin. Sekiranya bergejala, maklumkan kepada pasukan perubatan yang bertugas untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan selanjutnya;
  • Kekal tinggal dalam stesen kuarantin dan tidak keluar bilik;
  • Mematuhi SOP, perundangan dan peraturan berkaitan dengan pengurusan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia pada setiap masa;
  • Menjalani ujian saringan COVID-19 pada hari ke-10 dari tarikh ketibaan di Malaysia; dan
  • Pengembara akan dilepaskan dari kuarantin pada hari ke 14 sekiranya ujian pengesanan COVID-19 adalah negatif.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Institut Kesihatan Negara (NIH) akan sentiasa mengemaskini senarai negara dengan kewujudan Variant of Concern (VOC) SARS-CoV-2 dan akan memaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 April 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,083131,625
SABAH13158,047
JOHOR 20745,217
WP KUALA LUMPUR359 (9)43,401
SARAWAK 52229,899
PULAU PINANG15819,556
NEGERI SEMBILAN11118,614
PERAK9114,631
KELANTAN   40113,368
KEDAH1059,788
MELAKA437,319
PAHANG 925,124
TERENGGANU194,156
WP LABUAN02,451
WP PUTRAJAYA91,370
PERLIS1359
JUMLAH KESELURUHAN3,332 (9)404,925

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,332 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,083 kes
    • 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bukit Rotan, Kluster Jalan RP Tiga, dan Kluster Jalan TIga Belas – Tiga;
    • 705 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 342 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 522 kes
    • 48 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sileng Dayak dan Kluster Tabuan Jaya;
    • 404 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 70 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 401 kes 
    • 99 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Lada dan Kluster Kampung Pemanok
    • 233 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 69 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 359 kes  
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 205 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Sembilan (9) kes import dari luar negara; dan
    • 141 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 207 kes
    • 40 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Abdul Rahman Andak dan Kluster Kampung Parit Bunga;
    • 132 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 158 kes 
    • 30 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 68 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 131 kes 
    • 42 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 71 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 111 kes
    • 63 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 105 kes
    • 48 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 92 kes
    • 43 kes daripada kluster-kluster, termasuk 38 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Raub Jaya;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 91 kes
    • 37 kes daripada kluster-kluster, termasuk 34 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Adika Raja dan Kluster Jalan Pokok Assam ;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 43 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 19 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Sembilan (9) kes
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 15 kes kematian pada 29 April 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1478JohorPerempuan (WN)75Hospital Gleneagles Medini, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, obesiti, dan jantung
1479KelantanLelaki (WN)56Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala KraiPenyakit kencing manis dan dislipidemia
1480SelangorPerempuan (WN)46Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1481SelangorPerempuan (WN)71Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan strok
1482KelantanPerempuan (WN)70Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang KerianPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1483KelantanLelaki (WN)72Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan kanser paru-paru
1484SarawakPerempuan (WN)47Hospital BintuluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1485SelangorLelaki (WN)91Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit darah tinggi dan jantung
1486WP Kuala LumpurLelaki (WN)75Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1487WP Kuala LumpurLelaki (WN)73Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan paru-paru obstruktif kronik
1488WP Kuala LumpurLelaki (WN)49Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur
1489WP Kuala LumpurPerempuan (WN)47Jenazah dibawa ke Hospital Selayang
1490SarawakPerempuan (WN)91Jenazah dibawa ke Hospital KapitPenyakit darah tinggi dan strok
1491KelantanPerempuan (WN)82Universiti Sains Malaysia, Kubang KerianPenyakit darah tinggi
1492SabahPerempuan (BWN)26Hospital Tawau

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER BUKIT ROTAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam, Petaling, dan  Klang di Selangor serta daerah  Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-387591) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian yang diadakan di Bukit Rotan, Kuala Selangor pada 16 April 2021. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SILENG DAYAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Lundu dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-383527) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Sileng Dayak, Lundu. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 1,740 individu telah disaring, di mana 72 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG PEMANOK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-384454) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Pemanok, Machang. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER RAUB JAYA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Raub, Lipis, dan Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 387502) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Raub Jaya, Raub. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 270 individu telah disaring, di mana 54 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TABUAN JAYA

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kuching, Serian, dan Samarahan di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-372265) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Tabuan Jaya, Kuching. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 252 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU LADA

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kuala Krai dan Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-384144) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Batu Lada, Kuala Krai. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 191 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN ABDUL RAHMAN ANDAK

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394000) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Bahru. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 279 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN RP TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak dan Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan RP 3, Kawasan Industri Rawang Perdana, Gombak. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 128 individu telah disaring, di mana 46 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TIGA BELAS – TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan 13/3, Seksyen 13, Petaling Jaya. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 164 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN ADIKA RAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Perak di Perak dan daerah Baling di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-398301) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelatih-pelatih sebuah pusat latihan yang terletak di Jalan Adika Raja, Pengkalan Hulu, Hulu Perak. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 88 individu telah disaring, di mana 34 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG PARIT BUNGA

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Tangkak di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-396745) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Parit Bunga Raya Hujung, Bukit Gambir, Tangkak. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN POKOK ASSAM

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 376714) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Pokok Assam, Taiping. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.