Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 30 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

30 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 30 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,640 kes (377,980 kes kumulatif, 92.5%);
  • Kes baharu : 3,788 kes (408,713 kes kumulatif);
  • Kes import : 2 kes (2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,786 kes [3,476 warganegara (91.8%); 310 bukan warganegara (8.2%)];
  • Kes aktif : 29,227 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 328 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 161 kes;dan
  • Kes kematian : 14 kes (1,506 kes kumulatif, 0.37%; 13 warganegara, 1 bukan warganegara).

Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,265 kes (33.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,030 kes (81.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 760 kes (20.1 peratus) dan Kelantan sebanyak 464 kes (12.3 peratus).

Sebanyak 42 kes (1.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan  Kluster Pagar Sri Lalang (16 kes), Kluster Pagar Rimba (12 kes), Kluster Pagar Siput Dua (9 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5 kes).

Terdapat 14 kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam (6) kes di Selangor, lima (5) kes di Sarawak, dua (2) kes di Johor, dan satu (1) kes di Negeri Sembilan. Sebanyak 13 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 30 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,655 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,265 kluster [termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Merak, Kluster Bandar Sri, Kluster Lorong Nibong, Kluster Industri Gunung Mas, dan Kluster Ladang Bukit];
  • Jumlah kluster aktif : 390 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 84 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Dataran (88 kes), Kluster Perusahaan Baru Dua (81 kes), dan Kluster Pintu Air Relau (65 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan masing-masing lima (5) kluster komuniti dan kluster tempat kerja, empat (4) kluster sektor pendidikan termasuk dua (2) kluster institusi pendidikan KPM, serta masing-masing satu (1) kluster kumpulan berisiko tinggi, kluster keagamaan, dan kluster pusat tahanan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Nanga TajamSarawakKomuniti
2Sungai RananSarawakKomuniti
3Sungai NgungunSarawakKomuniti
4Kampung BergosongSabahKomuniti
5Kampung Hilir Alor GajahMelakaKomuniti
6KemayangKelantanTempat Kerja
7Jalan Taming DuaSelangorTempat Kerja
8Air PadangSarawakTempat Kerja
9Perusahaan Baru DuaPulau PinangTempat Kerja
10Tapak Bina Jalan Todak SatuPulau PinangTempat Kerja
11Jalan WauSelangorInstitusi Pendidikan KPM
12ChersonesePerakInstitusi Pendidikan KPM
13Jalan AgamaSarawakPendidikan Lain
14Jalan DataranNegeri SembilanPendidikan Lain
15Taman Bukit HijauWP Kuala LumpurKumpulan Berisiko Tinggi
16Pagar RimbaJohorPusat Tahanan
17Jalan SultanahJohorKeagamaan

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 April 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,265132,890
SABAH8958,136
JOHOR 16045,377
WP KUALA LUMPUR255 (2)43,656
SARAWAK 76030,659
PULAU PINANG25019,806
NEGERI SEMBILAN13618,750
PERAK11814,749
KELANTAN   46413,832
KEDAH1369,924
MELAKA557,374
PAHANG 545,178
TERENGGANU374,193
WP LABUAN22,453
WP PUTRAJAYA21,372
PERLIS5364
JUMLAH KESELURUHAN3,788 (2)408,713

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,788 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 30 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,265 kes
    • 50 kes daripada kluster-kluster, termasuk 39 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Wau dan Kluster Jalan Taming Dua;
    • 980 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 235 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 760 kes
    • 107 kes daripada kluster-kluster, termasuk 60 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Air Padang, Kluster Jalan Agama, Kluster Nanga Tajam, Kluster Sungai Ngungun, dan Kluster Sungai Ranan;
    • 574 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 79 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 464 kes 
    • 132 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kemayang
    • 261 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 71 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 255 kes  
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Bukit Hijau;
    • 141 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 96 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 250 kes 
    • 99 kes daripada kluster-kluster, termasuk 95 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan Baru Dua dan Kluster Tapak Bina Jalan Todak Satu;
    • 76 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 160 kes  
    • 63 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sultanah dan Kluster Pagar Rimba;
    • 64 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 136 kes
    • 104 kes daripada kluster-kluster, termasuk 88 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Dataran;
    • 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 136 kes
    • 99 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 118 kes
    • 41 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Chersonese;
    • 52 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 89 kes 
    • 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Bergosong;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 55 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Hilir Alor Gajah;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 54 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 37 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan 14 kes kematian pada 30 April 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantinaUmur (Tahun)HospitalLatar Belakang
1493SarawakLelaki (WN)69Hospital MiriPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, gout, dan buah pinggang kronik
1494SarawakPerempuan (WN)54Hospital SarikeiPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1495JohorPerempuan (WN)97Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatPenyakit darah tinggi
1496SelangorLelaki (WN)63Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
1497SelangorPerempuan (WN)86Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras-
1498SelangorPerempuan (WN)40Hospital Sungai BulohHypothyroidism
1499SelangorPerempuan (WN)63Hospital Sungai BulohPenyakit dislipidemia, hati, dan kanser
1500SarawakPerempuan (WN)33Hospital SarikeiPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
1501SelangorLelaki (WN)77Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit jantung
1502SarawakPerempuan (WN)84Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1503SarawakLelaki (WN)61Jenazah dibawa ke Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1504Negeri SembilanPerempuan (WN)83Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit darah tinggi, kencing manis, dan strok
1505JohorLelaki (WN)48Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1506SelangorPerempuan (BWN)66Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER NANGA TAJAM

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Selangau dan Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394954) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Nanga Tajam, Batang Oya, Selangau. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 34 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI RANAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kanowit di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-358607) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Sungai Ranan, Kanowit. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 191 individu telah disaring, di mana 31 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI NGUNGUN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kanowit di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361484) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan pra rawatan. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu berhampiran Sungai Ngungun, Kanowit. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG BERGOSONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-385507) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan pada 8 April 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Bergosong, Pulau Sebatik, Tawau. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG HILIR ALOR GAJAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-379417) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Hilir, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 528 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KEMAYANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bachok, Tumpat, dan Kota Bharu di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-398224) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah premis perniagaan yang terletak di Kota Bharu. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Kemayang, Bachok. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TAMING DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Taming 2, Taman Taming Jaya, Balakong, Hulu Langat. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 264 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER AIR PADANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Miri dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-358626) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Padang, Miri. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 203 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERUSAHAAN BARU DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, dan Timur Laut di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Perusahaan Baru 2, Kawasan Perusahaan Perai, Seberang Perai Tengah. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 3,453 individu telah disaring, di mana 113 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN TODAK SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-370111 dan kes ke-370112) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 April 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Todak 1, Pusat Bandar Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN WAU

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Petaling dan Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-362568) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Wau 11/1, Seksyen 11, Shah Alam. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 356 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER CHERSONESE

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kerian di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-389583) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Ladang Chersonese, Kuala Krau.  Sehingga 30 April 2021, sejumlah 212 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN AGAMA

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-372249) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Agama, Lutong, Miri. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 38 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DATARAN

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Seremban, Port Dickson, Jempol, Jelebu, dan Tampin di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-400758) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Dataran Sentral 3, Dataran Sentral, Seremban. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 96 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN BUKIT HIJAU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-388685) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dan penghuni-penghuni sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Taman Bukit Hijau, Cheras. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PAGAR RIMBA

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021 hasil saringan sebelum masuk penjara. Kluster ini melibatkan tahanan-tahanan sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Rimba, Bandar Seri Alam, Johor Bahru. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SULTANAH

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-385626) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Sultanah, Kluang. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 106 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.