Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 2 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

2 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,698 kes (383,140 kes kumulatif, 92.3%);
  • Kes baharu :3,418 kes (415,012 kes kumulatif);
  • Kes import : 10 kes (1 warganegara dan 9 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,408 kes [3,134 warganegara (92.0%); 274 bukan warganegara (8.0%)];
  • Kes aktif : 30,339 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 345 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 175 kes;dan
  • Kes kematian : 12 kes (1,533 kes kumulatif, 0.37%; 12 warganegara).

Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,200 kes (35.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 908 kes (75.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 587 kes (17.2 peratus) dan Kelantan sebanyak 400 kes (11.7 peratus).

Sebanyak enam (6) kes (0.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di pusat tahanan yang membabitkan Kluster Pagar Sri Lalang.

Terdapat 12 kes kematian pada hari ini yang melibatkan tiga (3) kes di Kelantan, masing-masing dua (2) kes di Negeri Sembilan, Johor, dan Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Perak, Selangor, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 2 Mei 2021:

  1. Jumlah kluster : 1,680 kluster;
  2. Jumlah kluster baharu : 11 kluster;
  3. Jumlah kluster yang telah tamat :1,284 kluster (termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Lorong Mulia, Kluster Jalan Alamanda, Kluster Jalan Padang, Kluster Taman Brick, Kluster Jalan Kemajuan, Kluster Jalan Suasana, Kluster Wakaf Chagak, Kluster Jalan Teluk Kumbar, Kluster Kampung Batu Lapan Lekir, dan Kluster Sungai Mupong);
  4. Jumlah kluster aktif : 396 kluster;
  5. Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 85 kluster; dan
  6. Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Saujana (153 kes), Kluster Sungai Duan  (102 kes), dan Kluster Sungai Ranan (33 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lima (5) kluster komuniti, empat (4) kluster sektor pendidikan termasuk dua (2) kluster institusi pendidikan KPM, serta dua (2) kluster tempat kerja.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Sungai TengahSarawakKomuniti
2Sungai SebembanSarawakKomuniti
3SebujokSarawakKomuniti
4Jalan Sri Putri 12JohorKomuniti
5Jalan EmasMelakaKomuniti
6Sains BakamSarawakInstitusi Pendidikan KPM
7Kiara JayaKedahInstitusi Pendidikan KPM
8Jalan JunjongKedahPendidikan Tinggi
9Limau KaranganKedahPendidikan Lain
10Kasawari SembilanSelangorTempat Kerja
11Persiaran RajaSelangorTempat Kerja

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI “PROTEIN SPIKE” COVID-19 DI MALAYSIA

Susulan daripada penemuan 21 kes varian South African B.1.351 yang telah dilaporkan KKM dari bulan Januari sehingga Mac 2021, survelan genomik COVID-19 terus dijalankan dan telah melibatkan lebih banyak sampel dari kebanyakan negeri di seluruh negara.

Terkini, melalui survelan genomik yang dijalankan ke atas 59 sampel COVID-19 dari 24 April 2021 sehingga 2 Mei 2021, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenalpasti dan mengesahkan 30 lagi kes Variant of Concern (VOC) dan satu (1) kes Variant of Interest (VOI). Ini merangkumi;

  • 27 kes baharu tempatanCOVID-19 yang dijangkiti varian South African B.1.351;
  • Tiga (3) kes baharu tempatan COVID-19 yang dijangkiti varian UK B.1.1.7; dan
  • Satu (1) kes import baharu yang dijangkiti varian Indian B.1.617.1.

Pengesanan Variant of Interest (VOI)

i.      Variant Indian B.1.617.1

Malaysia merekodkan kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari India, dengan mutasi berganda iaitu B.1.617.1. Kes ini melibatkan dan mempunyai sejarah perjalanan ke Mumbai, India. Beliau telah masuk ke Malaysia menggunakan pas pekerjaan pada 10 April 2021 dan dikesan positif COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) pada hari yang sama. Kes dikenalpasti dijangkiti varian Indian B.1.617.1 hasil analisis jujukan genom penuh (WGS). Kes telah diasingkan dan sedang menerima rawatan.

Malaysia telah mengadakan sekatan kemasukan pengembara bukan warganegara dari India, dan melanjutkan tempoh kuarantin 14 hari kepada pengembara warganegara dari India sejak 28 April 2021 berikutan penularan varian B.1.617.1 yang semakin membimbangkan.

Pengesanan Variant of Concern (VOC)

i. Varian South African B.1.351

Sehingga 2 Mei 2021, varian South African B.1.351 untuk pertama kalinya mula dikesan di Perak dan Kelantan melibatkan  dua (2) kluster. Selain daripada itu, terdapat tujuh (7) kes lain dikesan di Selangor. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes tempatan COVID-19 varian South African B.1.351 adalah sebanyak 48 kes.

Jadual 1: Ringkasan kes-kes COVID-19 dengan Varian South African B.1.351

 KES COVID-19SARINGANVARIAN SOUTH AFRICAN B.1.351
Kluster Jalan Lima574474
Kluster Jalan Kebun Baru1,1161,5859
Kluster Teknologi Emas2593263
Kluster Jalan Canning Estate25169310 kes baharu
Kluster Kampung Bunut Sarang Burung19033210 kes baharu
Saringan Kontak Rapat11 (7 kes baharu)
Punca masih dalam siasatan (Baru)1
Jumlah48 (27 kes baharu)

ii. Varian UK B. 1.1.7.

Terdapat pertambahan tiga (3) kes baharu tempatan COVID-19 yang dijangkiti varian UK B.1.1.7 yang telah dikesan di Selangor dan Sabah. Ini menjadikan jumlah kes yang dijangkiti varian UK B.1.1.7 sehingga kini adalah sebanyak lapan (8) kes.

Jadual 2: Ringkasan kes-kes COVID-19 dengan Varian UK B.1.1.7

 KES COVID-19SARINGANVARIAN UK B.1.1.7
Kluster Lorong Megah Jaya27 1041 kes baharu
Saringan kontak rapat2 kes baharu
Import (UAE,Poland, United Kingdom)5
Jumlah8 (3 kes baharu)

KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan CPRC Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi varian SARS-CoV-2 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 Mei 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 2 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,200 (1)134,849
SABAH11558,315
JOHOR 21345,900
WP KUALA LUMPUR198 (2)44,169
SARAWAK 58731,691
PULAU PINANG14520,084
NEGERI SEMBILAN7318,912
PERAK7714,890
KELANTAN   40014,674
KEDAH10110,136
MELAKA617,489
PAHANG 455,270
TERENGGANU1844,419
WP LABUAN7 (7)2,463
WP PUTRAJAYA81,383
PERLIS4368
JUMLAH KESELURUHAN3,418 (10)415,012

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,418 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Mei 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,200 kes
    • 65 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kasawari Sembilan dan Kluster Persiaran Raja;
    • 843 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 291 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 587 kes
    • 213 kes daripada kluster-kluster, termasuk 35 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sains Bakam, Kluster Sungai Tengah, Kluster Sungai Sebemban, dan Kluster Sebujok;
    • 315 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 59 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 400 kes 
    • 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 299 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 213 kes  
    • 72 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sri Putri 12;
    • 80 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 61 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 198 kes  
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 122 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 69 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 184 kes
    • 176 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 145 kes 
    • 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 68 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 115 kes 
    • 50 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 101 kes
    • 58 kes daripada kluster-kluster, termasuk 26  kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Junjong, Kluster Kiara Jaya, dan Kluster Limau Karangan;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 77 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif

COVID-19; dan

  • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 73 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 61 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Emas;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 43 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lapan (8) kes
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tujuh (7) kes import dari luar negara.
  • Perlis: Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;

LAMPIRAN 3

Ringkasan 12 kes kematian pada 2 Mei 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantinaUmur (Tahun)HospitalLatar Belakang
1522PerakLelaki (WN)63Hospital Seri ManjungPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1523KelantanPerempuan (WN)67Hospital Tanah MerahPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan dislipidemia
1524Negeri SembilanLelaki (WN)56Hospital SegamatPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1525JohorLelaki (WN)66Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1526Negeri SembilanLelaki (WN)64Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit darah tinggi, strok, dan Parkinsonism
1527KelantanPerempuan (WN)81Hospital Tanah MerahPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan tuberkulosis
1528SarawakPerempuan (WN)83Jenazah dibawa ke Hospital MukahPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1529KelantanPerempuan (WN)83Jenazah dibawa ke Hospital Pasir MasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1530SelangorLelaki (WN)61Hospital KajangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
1531JohorLelaki (WN)73Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1532WP Kuala LumpurLelaki (WN)86Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1533SarawakPerempuan (WN)89Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi rheumatoid arthritis, dan jantung

*WN merujuk kepada warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER SUNGAI TENGAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bau dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-392011) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung di Kampung Sagah, Sungai Tengah, Bau. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 175 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI SEBEMBAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394468) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan pra rawatan. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Sungai Sebemban, Bintulu. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SEBUJOK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sri Aman dan Betong  di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-389327) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes – kes dilaporkan berlaku iaitu di Sebujok, Sri Aman. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 163 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SRI PUTRI 12

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-402990) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Sri Putri 12, Taman Putri, Kulai. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN EMAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359045) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Emas 9, Taman Kerjasama, Melaka Tengah. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 115 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SAINS BAKAM

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-378768) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Bakam, Miri. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 464 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KIARA JAYA

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Kumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394128) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah sekolah yang terletak di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 67 individu telah disaring, di mana24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN JUNJONG

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-411445) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Junjong, Kulim. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LIMAU KARANGAN

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-404746) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar  sebuah pusat pendidikan yang terletak di Padang Limau, Karangan, Kulim. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 14 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KASAWARI SEMBILAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Mei 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kasawari, Batu 9 off Jalan Kampung Kebun Baru, Kuala Langat. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 232 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN RAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 April 2021 hasil saringan bersasar kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.