Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 4 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

4 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,334 kes (387,542 kes kumulatif, 92.1%);
  • Kes baharu :3,120 kes (420,632 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (1 warganegara dan 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,114 kes [2,918 warganegara (93.7%); 196 bukan warganegara (6.3%)];
  • Kes aktif : 31,516 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 338 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 181 kes;dan
  • Kes kematian : 23 kes (1,574 kes kumulatif, 0.37%; 23 warganegara).

Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 675 kes (21.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 493 kes (73.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 620 kes (19.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 408 kes (13.1 peratus).

Sebanyak 70 kes (2.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di pusat tahanan iaitu Kluster Pagar Sri Lalang (57 kes), Kluster Jalan Meru Utama (11 kes), dan Kluster Pagar Siput Dua (2 kes).

Terdapat 23 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing enam (6) kes di Kelantan dan Selangor, empat (4) kes di Sarawak, masing-masing dua (2) kes di Johor dan Sabah, serta masing-masing satu (1) kes di Kedah, Perak, dan Melaka. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 4 Mei 2021:

  1. Jumlah kluster : 1,706 kluster;
  2. Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
  3. Jumlah kluster yang telah tamat :1,301 kluster (termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Murni Satu, Kluster Fasa Dua Semarak, Kluster Gong Kulim, Kluster Jalan Gemilang Sukan, Kluster Batu 22, Kluster DTI Juru, Kluster Lintang Bayan Lepas, Kluster Jalan Pelabuhan, Kluster Integrasi Rawang Tiga, dan Kluster Padang Hijau);
  4. Jumlah kluster aktif : 405 kluster;
  5. Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 98 kluster; dan
  6. Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Pagar Sri Lalang (57 kes), Kluster Putai (49 kes), dan Kluster Pintu Air Relau (33 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tujuh (7) kluster komuniti, lima (5) kluster tempat kerja, empat (4) sektor pendidikan termasuk satu (1) kluster institusi pendidikan KPM, dan satu (1) kluster keagamaan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1BungeySarawakKomuniti
2Batu 25SarawakKomuniti
3Tangkis SelatanJohorKomuniti
4Jalan SurianJohorKomuniti
5Batu 30KelantanKomuniti
6Jerai MajuKedahKomuniti
7Layangan LabuanWP LabuanKomuniti
8Taming JayaSelangorTempat Kerja
9Persiaran Medini SentralJohorTempat Kerja
10Jalan Kweng HitamKelantanTempat Kerja
11Jalan Yahya 2WP Kuala LumpurTempat Kerja
12Jalan Besar Sungai JawiPulau PinangTempat Kerja
13Dah Kilometer TujuhKedahPendidikan Lain
14Lubuk KatakPerakPendidikan Lain
15D’KualaSabahPendidikan Lain
16Jalan Ungku Abdul AzizJohorInstitusi Pendidikan KPM
17Taman Sri LambakJohorKeagamaan

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 Mei 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 4 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR675136,161
SABAH8958,461
JOHOR 336 (2)46,441
WP KUALA LUMPUR408 (4)44,777
SARAWAK 62032,667
PULAU PINANG16720,445
NEGERI SEMBILAN9519,104
KELANTAN   29615,371
PERAK11715,066
KEDAH15510,394
MELAKA527,636
PAHANG 415,366
TERENGGANU534,510
WP LABUAN52,468
WP PUTRAJAYA111,397
PERLIS0368
JUMLAH KESELURUHAN3,120 (6)420,632

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,120 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 4 Mei 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 675 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taming Jaya;
    • 458 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 182 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 620 kes
    • 141 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu 25 dan Kluster Bungey;
    • 415 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 408 kes  
    • 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Yahya 2 dan Kluster Layangan Labuan;
    • 247 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 139 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 336 kes  
    • 150 kes daripada kluster-kluster, termasuk 35 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ungku Abdul Aziz, Kluster Jalan Surian, Kluster Taman Sri Lambak, Kluster Persiaran Medini Sentral, dan Kluster Tangkis Selatan;
    • 137 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 296 kes 45 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu 30 dan Kluster Jalan Kweng Hitam;191 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 167 kes 
    • 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk 21 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Besar Sungai Jawi;
    • 55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 76 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 155 kes
    • 89 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Dah Kilometer Tujuh dan Kluster Jerai Maju;
    • 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 117 kes
    • 47 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19  kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lubuk Katak;
    • 55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 95 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 52 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 89 kes 
    • 47 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster D’Kuala;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 53 kes
    • 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 41 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 11 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Layangan Labuan;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 23 kes kematian pada 4 Mei 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina / (Warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1552SabahPerempuan (WN)66Hospital TawauPenyakit darah tinggi
1553SarawakLelaki (WN)53Hospital MiriPenyakit darah tinggi
1554PerakLelaki (WN)54Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohPenyakit darah tinggi dan jantung
1555SarawakPerempuan (WN)44Hospital SibuPenyakit darah tinggi, asma, dan jantung
1556KelantanLelaki (WN)85Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, buah pinggang kronik , dan gout
1557KelantanLelaki (WN)82Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1558SarawakPerempuan (WN)79Hospital BintuluObesiti
1559KelantanPerempuan (WN)64Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1560KelantanPerempuan (WN)81Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang KerianPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1561SelangorLelaki (WN)68Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis
1562SelangorLelaki (WN)47Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan hati
1563SarawakPerempuan (WN)58Hospital BintuluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1564SelangorLelaki (WN)79Hospital SerdangPenyakit kencing manis, jantung, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1565JohorLelaki (WN)72Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1566SelangorLelaki (WN)69Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1567SelangorPerempuan (WN)41Hospital SerdangObesiti
1568SabahLelaki (WN)66Jenazah dibawa ke Hospital TawauPenyakit darah tinggi
1569JohorLelaki (WN)49Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit darah tinggi
1570KelantanLelaki (WN)76Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit gout
1571SelangorLelaki (WN)37Hospital KajangObesiti
1572KelantanLelaki (WN)80Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang KerianPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan Parkinson’s Disease
1573KedahLelaki (WN)73Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1574MelakaPerempuan (WN)85Jenazah dibawa ke Hospital MelakaPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER BUNGEY

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Betong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-403839) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bungey, Debak,  Betong. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 497 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU 25

Kluster komuniti  ini melibatkan daerah Bintulu dan Sebauh di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti di Batu 25, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 199 individu telah disaring, di mana 98 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TANGKIS SELATAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tangkak, Muar, dan Segamat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-409838) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti sosial yang berlangsung dari 21 April 2021 sehingga 24 April 2021 di Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SURIAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394100) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan pra pembedahan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Surian 3, Taman Desaru Utama, Kota Tinggi. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 152 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU 30

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-367797) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Batu 30, Machang. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 306 individu telah disaring, di mana 58 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. 

  • KLUSTER JERAI MAJU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-401467) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Jerai Maju 5, Taman Jerai Maju, Gurun, Kuala Muda. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LAYANGAN LABUAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-420617) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di mukim Layangan, Labuan. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMING JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Taming Jaya, Seri Kembangan, Hulu Langat. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 628 individu telah disaring, di mana 43 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN MEDINI SENTRAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-409826) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Persiaran Medini Sentral 1, Bandar Medini Iskandar, Johor Bahru. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KWENG HITAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-392532) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak berdekatan dengan Jalan Kweng Hitam, Machang. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN YAHYA 2

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-406680) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat latihan yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra,  Titiwangsa. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 17 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BESAR SUNGAI JAWI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-407650) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Besar, Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 156 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DAH KILOMETER TUJUH

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Baling di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-411444) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar  sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kilometer 7, Kampung Tandop, Baling. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LUBUK KATAK

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-407956) merupakan kes Severe Acute Respiratoy Infection (SARI) dan dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Kampung Lubuk Katak, Tapah, Batang Padang. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER D’KUALA

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Papar di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-409514) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Kuala, Papar. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 440 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN UNGKU ABDUL AZIZ

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Mei 2021 hasil saringan bersasar kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Ungku Abdul Aziz, Bandar Penawar, Pengerang, Kota Tinggi. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 175 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN SRI LAMBAK

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394069) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Taman Sri Lambak, Kluang. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.