SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
5 MEI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 5 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 2,304 kes (389,846 kes kumulatif, 91.9%);
- Kes baharu :3,744 kes (424,376 kes kumulatif);
- Kes import : 7 kes (1 warganegara dan 6 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 3,737 kes [3,514 warganegara (94.0%); 223 bukan warganegara (6.0%)];
- Kes aktif : 32,939 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 328 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 185 kes;dan
- Kes kematian : 17 kes (1,591 kes kumulatif, 0.37%; 17 warganegara).
Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,548 kes (41.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,051 kes (67.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 480 kes (12.8 peratus) dan Sarawak sebanyak 419 kes (11.2 peratus).
Sebanyak 34 kes (0.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di pusat tahanan dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) iaitu Kluster Pagar Sri Lalang (31 kes), Kluster Jalan Meru Utama (2 kes), dan Kluster DTI Lenggeng (1 kes).
Terdapat 17 kes kematian pada hari ini yang melibatkan sembilan (9) kes di Selangor, masing-masing dua (2) kes di Johor, Perak, dan Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan dan Negeri Sembilan. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 5 Mei 2021:
- Jumlah kluster : 1,726 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 20 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :1,315 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Persiaran Indahpura Utama, Kluster Jalan Permas Cetak, Kluster Taman Emas, Kluster Jalan Rasmi, Kluster Taman Vistagro, Kluster Jalan Putra Square, Kluster Jalan Kastam Baru, Kluster Jalan Kampung Hilir, Kluster Jalan Muhibbah, Kluster Jalan Anak Gasing, Kluster Jalan Faizal, Kluster Kebun Baru, Kluster Highline, dan Kluster Tapak Bina Jalan You City);
- Jumlah kluster aktif : 411 kluster;
- Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 99 kluster; dan
- Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tok Has (53 kes), Kluster Jalan Padang Tembak (43 kes), dan Kluster Jalan Wau (34 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 20 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lapan (8) kluster tempat kerja, enam (6) kluster komuniti, empat (4) sektor pendidikan termasuk tiga (3) kluster institusi pendidikan KPM, dan dua (2) kluster keagamaan.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No. | Nama Kluster | Negeri | Kategori Kluster |
1 | Kampung Padang Lalang | Kelantan | Tempat Kerja |
2 | Jalan Sawit | Sarawak | Tempat Kerja |
3 | Tanjung Kibong | Sarawak | Tempat Kerja |
4 | Sri Manjalara | WP Kuala Lumpur | Tempat Kerja |
5 | Persiaran Layar Perak | Johor | Tempat Kerja |
6 | Taman Pertama | Perak | Tempat Kerja |
7 | Kopitiam Machap Baru | Melaka | Tempat Kerja |
8 | Mutiara Bentong | Pahang | Tempat Kerja |
9 | Kampung Paya Ular | Kelantan | Komuniti |
10 | Sungai Mas | Sarawak | Komuniti |
11 | Mongkos | Sarawak | Komuniti |
12 | Jalan Dato Onn | Johor | Komuniti |
13 | Tanah Putih Baru | Pahang | Komuniti |
14 | Mahkota Height | Pahang | Komuniti |
15 | Taman Medan | Selangor | Institusi Pendidikan KPM |
16 | Persiaran Setia Prima | Selangor | Institusi Pendidikan KPM |
17 | Jalan Yaacob Latif | WP Kuala Lumpur | Institusi Pendidikan KPM |
18 | Jalan Kukup | Johor | Pendidikan Lain |
19 | Seruling Dua Belas | Selangor | Keagamaan |
20 | Jalan Damai Bakti | WP Kuala Lumpur | Keagamaan |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
5 Mei 2021 @ 6.00 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 5 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 1,548 (2) | 137,709 |
SABAH | 50 | 58,511 |
JOHOR | 292 | 46,733 |
WP KUALA LUMPUR | 313 (1) | 45,090 |
SARAWAK | 419 (1) | 33,086 |
PULAU PINANG | 195 | 20,640 |
NEGERI SEMBILAN | 76 | 19,180 |
KELANTAN | 480 | 15,851 |
PERAK | 65 | 15,131 |
KEDAH | 124 | 10,518 |
MELAKA | 43 (1) | 7,679 |
PAHANG | 49 | 5,415 |
TERENGGANU | 73 | 4,583 |
WP LABUAN | 5 (2) | 2,473 |
WP PUTRAJAYA | 11 | 1,408 |
PERLIS | 1 | 369 |
JUMLAH KESELURUHAN | 3,744 (7) | 424,376 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 3,744 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 5 Mei 2021 adalah seperti berikut:
- Selangor: 1,548 kes
- 83 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Setia Prima, Kluster Seruling Dua Belas, dan Kluster Taman Medan;
- 968 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Dua (2) kes import dari luar negara; dan
- 495 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 480 kes 70 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kampung Padang Lalang dan Kluster Kampung Paya Ular;329 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan81 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: 419 kes
- 81 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sawit, Kluster Sungai Mas, Kluster Tanjong Kibong, dan Kluster Mongkos;
- 227 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 110 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 313 kes
- 23 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Damai Bakti, Kluster Jalan Yaacob Latif, dan Kluster Sri Manjalara;
- 185 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 104 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 292 kes
- 74 kes daripada kluster-kluster, termasuk 18 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Dato Onn, Kluster Jalan Kukup, dan Kluster Persiaran Layar Perak;
- 145 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 73 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 195 kes
- Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 80 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 109 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 124 kes
- 42 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 32 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 76 kes
- 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: 73 kes
- 65 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 65 kes
- 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Pertama;
- 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 50 kes
- Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 49 kes
- 38 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Mahkota Height, Kluster Mutiara Bentong, dan Kluster Tanah Putih Baru;
- Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 43 kes
- 23 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kopitiam Machap Baru;
- 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- Tujuh (7) daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: 11 kes
- Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes
- Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes import dari luar negara.
- Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan 17 kes kematian pada 5 Mei 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | Negeri | Jantina / (Warganegara) | Umur (Tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang |
1575 | Selangor | Perempuan (WN) | 68 | Jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
1576 | Selangor | Perempuan (WN) | 66 | Hospital Columbia Asia, Cheras | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik |
1577 | Kelantan | Lelaki (WN) | 42 | Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian | Penyakit darah tinggi dan obesiti |
1578 | Johor | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Penyakit hati |
1579 | Sarawak | Perempuan (WN) | 48 | Hospital Sarikei | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
1580 | Selangor | Perempuan (WN) | 62 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik |
1581 | Perak | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Teluk Intan | Penyakit darah tinggi |
1582 | Selangor | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik |
1583 | Sarawak | Lelaki (WN) | 58 | Hospital Miri | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan tuberkulosis |
1584 | Selangor | Perempuan (WN) | 68 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, obesiti, dan buah pinggang kronik |
1585 | Selangor | Lelaki (WN) | 71 | Hospital Serdang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
1586 | Perak | Lelaki (WN) | 64 | Hospital Taiping | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik |
1587 | Selangor | Perempuan (WN) | 82 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung |
1588 | Selangor | Perempuan (WN) | 69 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit kencing manis |
1589 | Selangor | Perempuan (WN) | 46 | Hospital Selayang | Penyakit jantung dan strok |
1590 | Johor | Lelaki (WN) | 84 | Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru | Penyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik |
1591 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 82 | Jenazah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 20 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER KAMPUNG PADANG LALANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pasir Mas di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-414296) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mei 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kampung Padang Lalang, Pasir Mas. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN SAWIT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sarikei di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-400404) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat pembinaan yang terletak di Jalan Sawit, Sarikei. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TANJONG KIBONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-369989) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Tanjung Kibong, Sibu. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER SRI MANJALARA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mei 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pusat perkhidmatan yang terletak di Bandar Sri Manjalara, Kepong. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 11 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER PERSIARAN LAYAR PERAK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-422262) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Persiaran Layar Perak, Nusajaya, Johor Bahru. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 257 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TAMAN PERTAMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Manjung, Kinta, dan Perak Tengah di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-420271) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Taman Pertama, Kinta. Kes-kes mempunyai sejarah menghadiri sebuah majlis sosial pada 23 April 2021. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 34 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER KOPITIAM MACHAP BARU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Alor Gajah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-414756) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggan sebuah restoran yang terletak di Machap Baru, Alor Gajah. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 230 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER MUTIARA BENTONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bentong dan Temerloh di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-398367) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah premis perniagaan yang terletak di Bentong. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER KAMPUNG PAYA ULAR
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pasir Mas di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-365770) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Paya Ular, Pasir Mas. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 41 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER SUNGAI MAS
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti di Sungai Mas, Jalan Tatau, Bintulu. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 230 individu telah disaring, di mana 53 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER MONGKOS
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching dan Tebedu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-374393) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Mongkos, Jalan Mongkos, Serian. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN DATO ONN
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-406367) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Dato Onn, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TANAH PUTIH BARU
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-398361) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 233 individu telah disaring, di mana 26 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER MAHKOTA HEIGHT
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-401523) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Mahkota Height, Jalan Istana Abdul Aziz, Kuantan. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 136 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TAMAN MEDAN
Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 April 2021 hasil saringan bersasar kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Taman Medan, Petaling Jaya. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 320 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN YAACOB LATIF
Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-418794) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Yaacob Latif, Cheras. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER PERSIARAN SETIA PRIMA
Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 April 2021 hasil saringan bersasar yang melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar dua (2) buah sekolah yang terletak di Persiaran Setia Prima, Shah Alam, Petaling. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 271 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN KUKUP
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 409827 dan kes ke- 409829) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Kukup, Pontian. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana lima (5) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER SERULING DUA BELAS
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-412763) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Seruling 12, Taman Seruling, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN DAMAI BAKTI
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Cheras, Titiwangsa, dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-413140) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mei 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Damai Bakti 7, Cheras. Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press