Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 6 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

6 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,709 kes (392,555 kes kumulatif, 91.7%);
  • Kes baharu :3,551 kes (427,927 kes kumulatif);
  • Kes import : 16 kes (10 warganegara dan 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,535 kes [3,242 warganegara (91.7%); 293 bukan warganegara (8.3%)];
  • Kes aktif : 33,762 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 354 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 199 kes;dan
  • Kes kematian : 19 kes (1,610 kes kumulatif, 0.38%; 18 warganegara, 1 bukan warganegara).

Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,137 kes (32.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 842 kes (74.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 477 kes (13.4 peratus) dan Sarawak sebanyak 391 kes (11.0 peratus).

Sebanyak tiga (3) kes (0.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di pusat tahanan yang melibatkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes) dan Kluster Pagar Sri Lalang (1 kes).

Terdapat 19 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lima (5) kes di Sarawak, masing-masing tiga (3) kes di Johor dan Selangor, masing-masing dua (2) kes di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu (1) kes di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, dan Terengganu. Sebanyak 18 kes melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 6 Mei 2021:

  1. Jumlah kluster : 1,740 kluster;
  2. Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
  3. Jumlah kluster yang telah tamat :1,322 kluster [termasuk tujuh (7) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Sera, Kluster Danan, Kluster Jalan Kubota Sentral, Kluster Jalan Kenanga, Kluster Pagar Bukit Chagar, Kluster Tembok Taiping, dan Kluster Jalan Taming];
  4. Jumlah kluster aktif : 418 kluster;
  5. Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 96 kluster; dan
  6. Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Besar Sungai Jawi (94 kes), Kluster Jalan Padang Tembak (75 kes), dan Kluster Industri Lengkuk Teknologi (59 kes).


KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lapan (8) kluster tempat kerja, masing-masing dua (2) kluster komuniti dan kluster sektor pendidikan termasuk satu (1) kluster institusi pendidikan KPM, serta masing-masing satu (1) kluster  kumpulan berisiko tinggi dan kluster keagamaan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Batu ArangSelangorTempat Kerja
2Industri PlatinumSelangorTempat Kerja
3Persiaran Meru RayaPerakTempat Kerja
4Persiaran Greentown TujuhPerakTempat Kerja
5Jalan TemanganKelantanTempat Kerja
6Jalan Pertama EmpatJohorTempat Kerja
7Industri Lengkuk TeknologiNegeri SembilanTempat Kerja
8Jalan TunkuSabahTempat Kerja
9Kampung ChatKelantanKomuniti
10Indera Mahkota LimaPahangKomuniti
11Jalan Sungai MerabSelangorInstitusi Pendidikan KPM
12Jalan Teknologi Kota DamansaraSelangorPendidikan Lain
13Jalan KormaJohorKumpulan Berisiko Tinggi
14Dah Lubuk EmasKedahKeagamaan


NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 Mei 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 6 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,137 (9)138,846
SABAH6958,580
JOHOR 258 (1)46,991
WP KUALA LUMPUR477 (6)45,567
SARAWAK 39133,477
PULAU PINANG30520,945
NEGERI SEMBILAN8519,265
KELANTAN   32616,177
PERAK13715,268
KEDAH11210,630
MELAKA827,761
PAHANG 975,512
TERENGGANU584,641
WP LABUAN22,475
WP PUTRAJAYA121,420
PERLIS3372
JUMLAH KESELURUHAN3,551 (16)427,927

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,551 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 6 Mei 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,137 kes
    • 104 kes daripada kluster-kluster, termasuk 79 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Industri Platinum, Kluster Jalan Batu Arang, Kluster Jalan Sungai Merab, dan Kluster Jalan Teknologi Kota Damansara;
    • 738 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Sembilan (9) kes import dari luar negara; dan
    • 286 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 477 kes  
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 268 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 200 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 391 kes
    • 51 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 255 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 85 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 326 kes 93 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Temangan dan Kluster Kampung Chat;177 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan56 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 305  kes 
    • 88 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 85 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 132 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 258 kes  
    • 117 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Korma dan Kluster Jalan Pertama Empat;
    • 88 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 52 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 137 kes
    • 41 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6)  kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Greentown Tujuh dan Kluster Persiaran Meru Raya;
    • 65 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 112 kes
    • 50 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Dah Lubuk Emas;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 97 kes
    • 41 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Indera Mahkota Lima;
    • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 85 kes
    • 61 kes daripada kluster-kluster, termasuk 59 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Lengkuk Teknologi
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 82 kes
    • 38 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 69 kes 
    • 22 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tunku
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 58 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 12 kes
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.


LAMPIRAN 3

Ringkasan 19 kes kematian pada 6 Mei 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina / (Warganegara) Umur (Tahun) Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1592JohorLelaki (WN)62Jenazah dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan meningioma
1593SarawakPerempuan (WN)79Hospital Umum Sarawak, KuchingPenyakit lymphoma
1594TerengganuLelaki (WN)62Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit darah tinggi
1595SelangorLelaki (WN)63Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, buah pinggang kronik, dan jantung
1596KedahLelaki (WN)73Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit darah tinggi dan jantung
1597SarawakLelaki (WN)79Hospital SibuPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan paru-paru obstruktif kronik
1598PahangLelaki (WN)31Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanObesiti
1599SarawakLelaki (WN)44Jenazah dibawa ke Hospital SarikeiPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan tuberkulosis
1600KelantanPerempuan (WN)78Hospital Tanah Merah
1601JohorLelaki (WN)57Hospital Sultan Ismail, Johor BahruObesiti
1602SarawakLelaki (WN)76Hospital SarikeiPenyakit darah tinggi, paru-paru obstruktif kronik, dan buah pinggang kronik
1603SelangorLelaki (WN)57Hospital KajangPenyakit darah tinggi
1604WP Kuala LumpurPerempuan (WN)92Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit buah pinggang kronik
1605KelantanPerempuan (WN)79Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang KerianPenyakit darah tinggi dan strok
1606SelangorLelaki (WN)79Hospital Shah AlamPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan psoriatic arthritis
1607JohorLelaki (WN)74Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit darah tinggi
1608WP Kuala LumpurPerempuan (WN)62Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurPenyakit darah tinggi
1609SarawakLelaki (WN)71Hospital BintuluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1610Negeri SembilanLelaki (BWN)51Jenazah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN BATU ARANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Mei 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Batu Arang, Rawang, Gombak. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI PLATINUM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Mei 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Platinum, Kawasan Perindustrian Batu 22, Kuala Selangor.  Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN MERU RAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta dan Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-420312) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat penginapan yang terletak berdekatan Persiaran Meru Raya, Ipoh, Kinta. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN GREENTOWN TUJUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta serta Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 410880) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Persiaran Greentown 7, Ipoh, Kinta. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TEMANGAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-411322) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Temangan, Kampung Pemanok, Machang. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER  JALAN PERTAMA EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-415798) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak Jalan Pertama 4, Johor Bahru.  Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI LENGKUK TEKNOLOGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Mei 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lengkuk Teknologi 2, Bandar Baru Enstek, Seremban.  Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 335 individu telah disaring, di mana 64 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TUNKU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Papar, Putatan, dan Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-396538) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Karamunsing, Kota Kinabalu. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 129 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG CHAT

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pasir Mas di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-401321) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Chat, Pasir Mas. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 79 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDERA MAHKOTA LIMA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-401532) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Lorong Indera Mahkota 5/7, Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 301 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SUNGAI MERAB

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Hulu Langat dan Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 408962) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah  yang terletak di Jalan Sungai Merab, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 295 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TEKNOLOGI KOTA DAMANSARA

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan bersasar kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara, Petaling. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 229 individu telah disaring, di mana 58 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KORMA

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-406421) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat perubatan yang terletak di Jalan Korma, Taman Soga, Batu Pahat. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 477 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DAH LUBUK EMAS

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Bandar Baharu di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-420458) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Kelisa Emas, Lubuk Buntar, Bandar Baharu. Sehingga 6 Mei 2021, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.