SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
7 MEI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 3,449 kes (396,004 kes kumulatif, 91.6%);
- Kes baharu :4,498 kes (432,425 kes kumulatif);
- Kes import : 5 kes (1 warganegara dan 4 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 4,493 kes [4,179 warganegara (93.0%); 314 bukan warganegara (7.0%)];
- Kes aktif : 34,789 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 372 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 211 kes;dan
- Kes kematian : 22 kes (1,632 kes kumulatif, 0.38%; 20 warganegara, 2 bukan warganegara).
Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,424 kes (31.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,165 kes (81.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 750 kes (16.7 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 436 kes (9.7 peratus).
Sebanyak empat (4) kes (0.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang melibatkan Kluster DTI Lenggeng.
Terdapat 22 kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam (6) kes di Sarawak, masing-masing tiga (3) kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Kelantan, masing-masing dua (2) kes di Johor dan Perak, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Kedah, dan Perlis. Sebanyak 20 kes melibatkan warganegara dan dua (2) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 7 Mei 2021:
- Jumlah kluster : 1,759 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 19 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :1,334 kluster (termasuk 12 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu Lima Jalan Sibuga, Kluster Permatang Pasir, Kluster Kait Gading, Kluster Jalan Sungai Ramal, Kluster Rimbayan, Kluster Batu Enam Setengah, Kluster Ladang Sungai Pelek, Kluster Persiaran Maktab, Kluster Tembok Muhasabah, Kluster Gelong, Kluster Bukit Rahman, dan Kluster Jalan Asam);
- Jumlah kluster aktif : 425 kluster;
- Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 102 kluster; dan
- Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Kempas Pagoh (70 kes), Kluster Jalan Besar Sungai Jawi (47 kes), dan Kluster Beladin (45 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 19 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 10 kluster tempat kerja, empat (4) kluster komuniti, tiga (3) kluster keagamaan, dan dua (2) kluster sektor pendidikan termasuk satu (1) kluster institusi pendidikan KPM.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No. | Nama Kluster | Negeri | Kategori Kluster |
1 | Persiaran Perpaduan USJ | Selangor | Tempat Kerja |
2 | Jalan Nouvelle | Selangor | Tempat Kerja |
3 | Jalan Manjalara Idaman | WP Kuala Lumpur | Tempat Kerja |
4 | Jalan Udang Harimau | WP Kuala Lumpur | Tempat Kerja |
5 | Jalan Besar Pasir Mas | Kelantan | Tempat Kerja |
6 | Blok D Jalan Pending | Sarawak | Tempat Kerja |
7 | Jalan Kempas Pagoh | Johor | Tempat Kerja |
8 | Ladang LSP | Sabah | Tempat Kerja |
9 | Jalan Perusahaan Empat | Perak | Tempat Kerja |
10 | Jalan PKAK Ayer Keroh | Melaka | Tempat Kerja |
11 | Pulau Ketam | Selangor | Komuniti |
12 | Penurin | Sarawak | Komuniti |
13 | Kampung Kochang | Kelantan | Komuniti |
14 | Dah Lengkuas | Kedah | Komuniti |
15 | Jalan Limbang | Sarawak | Keagamaan |
16 | Beladin | Sarawak | Keagamaan |
17 | Dah Utama | Kedah | Keagamaan |
18 | Jalan Pahlawan Empat | Johor | Institusi Pendidikan KPM |
19 | Jalan Midah Besar | WP Kuala Lumpur | Pendidikan Lain |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
7 Mei 2021 @ 6.30 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 7 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 1,424 | 140,270 |
SABAH | 153 | 58,733 |
JOHOR | 327 | 47,318 |
WP KUALA LUMPUR | 436 (3) | 46,003 |
SARAWAK | 750 (2) | 34,227 |
PULAU PINANG | 313 | 21,258 |
NEGERI SEMBILAN | 188 | 19,453 |
KELANTAN | 297 | 16,474 |
PERAK | 148 | 15,416 |
KEDAH | 209 | 10,839 |
MELAKA | 74 | 7,835 |
PAHANG | 78 | 5,590 |
TERENGGANU | 87 | 4,728 |
WP LABUAN | 2 | 2,477 |
WP PUTRAJAYA | 8 | 1,428 |
PERLIS | 4 | 376 |
JUMLAH KESELURUHAN | 4,498 (5) | 432,425 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 4,498 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 7 Mei 2021 adalah seperti berikut:
- Selangor: 1,424 kes
- 91 kes daripada kluster-kluster, termasuk 22 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Nouvelle, Kluster Persiaran Perpaduan USJ, dan Kluster Pulau Ketam;
- 1,074 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 259 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: 750 kes
- 134 kes daripada kluster-kluster, termasuk 72 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Beladin, Kluster Blok D Jalan Pending, Kluster Jalan Limbang, dan Kluster Penurin;
- 544 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Dua (2) kes import dari luar negara; dan
- 70 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 436 kes
- 25 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Manjalara Idaman, Kluster Jalan Midah Besar, dan Kluster Jalan Udang Harimau;
- 246 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
- 162 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 327 kes
- 107 kes daripada kluster-kluster, termasuk 74 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kempas Pagoh dan Kluster Jalan Pahlawan Empat;
- 133 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 87 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 313 kes
- 60 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 116 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 137 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 297 kes
- 48 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Besar Pasir Mas dan Kluster Kampung Kochang;
- 168 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 81 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 209 kes
- 88 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Dah Lengkuas dan Kluster Dah Utama;
- 78 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 188 kes
- 46 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 90 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 52 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 153 kes
- 101 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ladang LSP;
- 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 148 kes
- 62 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Perusahaan Empat;
- 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 46 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: 87 kes
- 44 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 31 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 78 kes
- 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 74 kes
- 42 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan PKAK Ayer Keroh;
- 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 11 daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lapan (8) kes
- Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perlis: Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
- Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes
- Satu (1) kesdaripada kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan 22 kes kematian pada 7 Mei 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | Negeri | Jantina / (Warganegara) | Umur (Tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang |
1611 | Sarawak | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Sibu | Penyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik |
1612 | Sarawak | Lelaki (WN) | 75 | Hospital Miri | Penyakit darah tinggi |
1613 | Kelantan | Perempuan (WN) | 63 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | Penyakit darah tinggi dan dislipidemia |
1614 | Selangor | Lelaki (WN) | 62 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit darah tinggi dan asma |
1615 | Perak | Lelaki (WN) | 69 | Hospital Teluk Intan | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
1616 | Sarawak | Lelaki (WN) | 59 | Hospital Sibu | – |
1617 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 71 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan gout |
1618 | Kelantan | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian | Penyakit darah tinggi, paru-paru obstruktif kronik, dan tuberkulosis |
1619 | Sarawak | Lelaki (WN) | 80 | Hospital Bintulu | Penyakit darah tinggi, dislipidemia, dan gout |
1620 | Johor | Perempuan (WN) | 68 | Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
1621 | Sarawak | Perempuan (WN) | 60 | Hospital Sarikei | Penyakit darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan asma |
1622 | Kelantan | Lelaki (WN) | 82 | Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai | – |
1623 | Sarawak | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Sibu | – |
1624 | Selangor | Lelaki (WN) | 56 | Jenazah dibawa ke Hospital Serdang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti |
1625 | Selangor | Lelaki (WN) | 53 | Jenazah dibawa ke Hospital Serdang | Penyakit darah tinggi |
1626 | Johor | Perempuan (WN) | 38 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Penyakit darah tinggi dan obesiti |
1627 | Perlis | Perempuan (WN) | 60 | Hospital Tuanku Fauziah, Kangar | Penyakit kencing manis, darah tinggi, asma, dan obesiti |
1628 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 71 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
1629 | Perak | Perempuan (WN) | 50 | Hospital Seri Manjung | Penyakit kencing manis |
1630 | Kedah | Lelaki (WN) | 37 | Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani | Penyakit kencing manis, buah pinggang kronik, dan tuberkulosis |
1631 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (BWN) | 67 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit darah tinggi dan strok |
1632 | Sabah | Lelaki (BWN) | 87 | Jenazah dibawa ke Hospital Tawau | Penyakit asma |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 19 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER PERSIARAN PERPADUAN USJ
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, Kuala Selangor, dan Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 April 2021 hasil saringan bersasar kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Persiaran Perpaduan, USJ 5, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 137 individu telah disaring, di mana 43 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN NOUVELLE
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat dan Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 Mei 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Nouvelle, Nouvelle Industrial Park, Balakong, Seri Kembangan. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN MANJALARA IDAMAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mei 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Manjalara Idaman, Bandar Manjalara, Kepong. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER UDANG HARIMAU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mei 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Udang Harimau 2, Medan Niaga Kepong. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 14 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN BESAR PASIR MAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pasir Mas di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-414591) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Besar, Pasir Mas. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 75 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER BLOK D JALAN PENDING
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuching, Bau, Sibu, dan Samarahan di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 19 April 2021 hasil saringan bersasar kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Blok D, Jalan Pending, Kuching. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 579 individu telah disaring, di mana 54 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN KEMPAS PAGOH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kempas, Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 972 individu telah disaring, di mana 77 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER LADANG LSP
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan dan Sandakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 385518) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan tempat kerja. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang yang terletak di Kinabatangan. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 129 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN PERUSAHAAN EMPAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kerian serta Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-400824) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perusahaan 4, Kamunting, Larut, Matang, dan Selama. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 85 individu telah disaring, di mana 26 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN PKAK AYER KEROH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-417389) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat penginapan yang terletak di Jalan PKAK dan Jalan PKAK 2, Pusat Komersial Ayer Keroh, Melaka Tengah. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 243 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER PULAU KETAM
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Klang, Petaling, dan Sabak Bernam di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-411696) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti sosial yang diadakan daripada 23 April 2021 sehingga 25 April 2021 oleh komuniti Pulau Ketam, Klang. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER PENURIN
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Betong dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-413884) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mei 2021 hasil saringan pra pembedahan. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Penurin, Betong. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 185 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER KAMPUNG KOCHANG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pasir Mas di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-353276) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Kochang, Bunut Susu, Pasir Mas. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 64 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER DAH LENGKUAS
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Setar di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-408555) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021 hasil saringan kendiri. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Taman Lengkuas, Simpang Empat, Alor Setar. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN LIMBANG
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Miri, Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-416407) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Limbang, Taman Tunku, Miri. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 108 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER BELADIN
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Pusa di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-416403) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Hilir Beladin, Pusa. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 435 individu telah disaring, di mana 46 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER DAH UTAMA
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-411430) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Utama Alor Setar-Sungai Petani, Gurun, Kuala Muda. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN PAHLAWAN EMPAT
Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-418588) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Pahlawan 4, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 336 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN MIDAH BESAR
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-410077) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Midah Besar, Taman Midah, Cheras. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press