SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
8 MEI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 8 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 2,719 kes (398,723 kes kumulatif, 91.3%);
- Kes baharu : 4,519 kes (436,944 kes kumulatif);
- Kes import : 5 kes (5 warganegara);
- Kes tempatan : 4,514 kes [3,964 warganegara (87.8%); 550 bukan warganegara (12.2%)];
- Kes aktif : 36,564 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 393 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 210 kes;dan
- Kes kematian : 25 kes (1,657 kes kumulatif, 0.38%; 24 warganegara, 1 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 1,775 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 16 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :1,346 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 429 kluster.
Terdapat 25 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak, masing-masing empat (4) kes di Selangor dan Johor, masing-masing dua (2) kes di Kelantan dan Kedah, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Perak dan Pulau Pinang.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
KEADAAN DAN SITUASI SEMASA PENULARAN COVID-19
Mutakhir ini, penularan COVID-19 di dunia dan juga di Malaysia adalah semakin serius. Jumlah terkini kes kumulatif COVID-19 di dunia adalah 155.7 juta dan 3.3 juta kematian. Negara yang didapati paling terkesan adalah India di mana kes harian COVID-19 meningkat setiap hari yang melumpuhkan sistem kesihatan di negara tersebut. Oleh itu kita perlu mengambil iktibar daripada situasi di India dan beberapa negara lain yang menghadapi situasi yang hampir sama supaya keadaan sedemikian tidak berlaku di Malaysia.
Namun begitu, tren kenaikan mendadak kes COVID-19 di Malaysia adalah membimbangkan. KKM khuatir situasi seperti di India juga boleh berlaku di Malaysia sekiranya tindakan drastik tidak dilaksanakan segera di Malaysia.
Sehingga 8 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari), jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 436,944 kes. Mengikut unjuran nilai Rt semasa iaitu 1.10, dianggarkan kes akan mencapai 5,000 kes sehari dalam masa dua (2) hingga tiga (3) minggu akan datang. Walau bagaimanapun, jumlah kes harian yang dilaporkan untuk dua (2) hari berturut-turut kini menghampiri 5,000 kes (4,519 kes COVID-19 pada hari ini).
Oleh itu, KKM sentiasa dan akan terus menjalankan tindakan kesiapsagaan di lapangan termasuk tindakan kesihatan awam. Selain daripada itu, KKM juga sentiasa berusaha meningkatkan kapasiti di hospital agar kes-kes positif yang memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), hospital dan juga Unit Rawatan Rapi (ICU) dapat dilaksanakan sewajarnya.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
8 Mei 2021 @ 5.00 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 8 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 1,722 | 141,992 |
SABAH | 63 | 58,796 |
JOHOR | 288 | 47,606 |
WP KUALA LUMPUR | 557 (4) | 46,560 |
SARAWAK | 479 (1) | 34,706 |
PULAU PINANG | 363 | 21,621 |
NEGERI SEMBILAN | 98 | 19,551 |
KELANTAN | 373 | 16,847 |
PERAK | 108 | 15,524 |
KEDAH | 183 | 11,022 |
MELAKA | 100 | 7,935 |
PAHANG | 99 | 5,689 |
TERENGGANU | 71 | 4,799 |
WP LABUAN | 2 | 2,479 |
WP PUTRAJAYA | 12 | 1,440 |
PERLIS | 1 | 377 |
JUMLAH KESELURUHAN | 4,519 (5) | 436,944 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 25 kes kematian pada 8 Mei 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | Negeri | Jantina / (Warganegara) | Umur (Tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang |
1633 | Sarawak | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Sibu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, gout, dan buah pinggang kronik |
1634 | Sarawak | Lelaki (WN) | 71 | Hospital Bintulu | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
1635 | Pulau Pinang | Perempuan (WN) | 80 | Hospital Pulau Pinang | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
1636 | Perak | Lelaki (WN) | 88 | Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
1637 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Serdang | Penyakit kencing manis |
1638 | Kelantan | Lelaki (WN) | 64 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | Penyakit kencing manis |
1639 | Selangor | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Kuala Lumpur | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
1640 | Kedah | Perempuan (WN) | 75 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
1641 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Ampang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung |
1642 | Sarawak | Lelaki (WN) | 58 | Hospital Sibu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan gout |
1643 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 86 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit darah tinggi dan dislipidemia |
1644 | Johor | Lelaki (WN) | 71 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Penyakit asma dan melanoma |
1645 | Selangor | Lelaki (WN) | 74 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit buah pinggang kronik |
1646 | Johor | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
1647 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 51 | Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | – |
1648 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 81 | Hospital Serdang | – |
1649 | Kelantan | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan kanser otak |
1650 | Kedah | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Penyakit darah tinggi |
1651 | Selangor | Lelaki (WN) | 65 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik |
1652 | Selangor | Perempuan (WN) | 54 | Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, asma, dan tiroid |
1653 | Johor | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Kota Tinggi | Penyakit darah tinggi, asma, dan buah pinggang kronik |
1654 | Johor | Lelaki (WN) | 55 | Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
1655 | Sarawak | Perempuan (WN) | 87 | Hospital Sibu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik |
1656 | Sarawak | Lelaki (WN) | 60 | Jenazah dibawa ke Hospital Kapit | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok |
1657 | Sabah | Lelaki (BWN) | 79 | Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan | – |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 3
Perincian 4,519 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 8 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN |
SELANGOR | 1,722 | 163 | 1,165 | – | 394 |
WP KUALA LUMPUR | 557 | 24 | 320 | 4 | 209 |
SARAWAK | 479 | 43 | 367 | 1 | 68 |
KELANTAN | 373 | 35 | 232 | – | 106 |
PULAU PINANG | 363 | 130 | 115 | – | 118 |
JOHOR | 288 | 85 | 142 | – | 61 |
KEDAH | 183 | 64 | 58 | – | 61 |
PERAK | 108 | 19 | 69 | – | 20 |
MELAKA | 100 | 50 | 33 | – | 17 |
PAHANG | 99 | 50 | 30 | – | 19 |
NEGERI SEMBILAN | 98 | 29 | 46 | – | 23 |
TERENGGANU | 71 | 24 | 42 | – | 5 |
SABAH | 63 | 13 | 27 | – | 23 |
WP PUTRAJAYA | 12 | – | 9 | – | 3 |
WP LABUAN | 2 | 1 | – | – | 1 |
PERLIS | 1 | – | 1 | – | – |
JUMLAH KESELURUHAN | 4,519 | 704 | 2,665 | 5 | 1,145 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 8 MEI 2021
No. | Nama Kluster | Kategori Kluster | Negeri | Daerah | Jumlah Kes | Jumlah Disaring |
1 | Kampung Kebun Sayur | Tempat Kerja | Johor | Muar | 29 | 152 |
2 | Jalan Desaru | Tempat Kerja | Johor | Kota Tinggi | 19 | 122 |
3 | Jalan Lima Puluh Satu | Tempat Kerja | Selangor | Petaling | 19 | 52 |
4 | Jalan Padang Golf | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Selangor | 11 | 60 |
5 | Jalan Stadium 2 | Tempat Kerja | WP Kuala Lumpur, Selangor | Lembah Pantai, Cheras, Titiwangsa, Kepong, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, dan Kuala Selangor | 18 | 85 |
6 | Pasar Borong KL 3 | Tempat Kerja | WP Kuala Lumpur | Kepong dan Titiwangsa | 17 | 398 |
7 | Jalan Era | Tempat Kerja | Negeri Sembilan | Seremban | 79 | 247 |
8 | Jalan Limbungan Jaya | Tempat Kerja | Melaka | Melaka Tengah | 10 | 53 |
9 | Bechah Palas | Komuniti | Kelantan | Pasir Mas | 51 | 81 |
10 | Lorong Kubor | Komuniti | Kelantan | Pasir Mas | 16 | 59 |
11 | Jelalong | Komuniti | Sarawak | Bintulu dan Sebauh | 22 | 198 |
12 | Dah Putih | Komuniti | Kedah | Kota Setar, Kuala Muda, dan Kubang Pasu | 42 | 56 |
13 | Rantau Siantan | Komuniti | Pahang | Temerloh, Maran, Kuantan, dan Jerantut | 15 | 101 |
14 | Keramat | Komuniti | Sabah | Semporna | 9 | 87 |
15 | Jalan Mawar 20 | Keagamaan | Johor | Johor Bahru | 7 | 119 |
16 | Jalan Batu Maung | Institusi Pendidikan KPM | Pulau Pinang | Barat Daya | 12 | 125 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press