Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 9 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

9 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 9 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,211 kes (401,934 kes kumulatif, 91.2%);
  • Kes baharu : 3,733 kes (440,677 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (1 warganegara, 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,727 kes [3,301 warganegara (88.6%); 426 bukan warganegara (11.4%)];
  • Kes aktif : 37,060 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 416 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 216 kes;
  • Kes kematian : 26 kes (1,683 kes kumulatif, 0.38%; 25 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 1,788 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,352 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 436 kluster.

Terdapat 26 kes kematian pada hari ini yang melibatkan tujuh (7) kes di Selangor, enam (6) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, empat (4) kes di Johor, masing-masing tiga (3) kes di Kelantan dan Pahang, dua (2) kes di Pulau Pinang dan satu (1) kes di Sarawak.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 Mei 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1278 (3)143,270
SABAH6158,857
JOHOR 36547,971
WP KUALA LUMPUR338 (1)46,898
SARAWAK 45435,160
PULAU PINANG28021,901
NEGERI SEMBILAN20519,756
KELANTAN  25417,101
PERAK8015,604
KEDAH17611,198
MELAKA668,001
PAHANG 1005,789
TERENGGANU494,848
WP LABUAN6 (2)2,485
WP PUTRAJAYA201,460
PERLIS1378
JUMLAH KESELURUHAN 3,733 (6)440,677

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 26 kes kematian pada 9 Mei 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian  Negeri  Jantina / (Warganegara)  Umur (Tahun)  Hospital / Tempat Kematian  Latar Belakang  
1658SelangorLelaki (WN)49Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1659KelantanLelaki (WN)85Hospital JeliPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1660KelantanPerempuan (WN)60Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1661KelantanPerempuan (WN)62Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1662SelangorPerempuan (WN)69Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia,
1663PahangLelaki (WN)69Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit kencing manis, dan darah tinggi
1664Pulau PinangLelaki (WN)69Hospital Pulau PinangPenyakit kanser
1665Pulau PinangPerempuan (WN)78Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1666JohorLelaki (WN)60Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis
1667JohorPerempuan (WN)55Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung dan thyroid
1668JohorPerempuan (WN)36Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
1669WP Kuala LumpurLelaki (WN)56Hospital Serdang
1670PahangLelaki (WN)82Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1671SelangorPerempuan (WN)83Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
1672SelangorPerempuan (WN)75Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis, dan darah tinggi
1673JohorLelaki (WN)71Hospital Kota Tinggi
1674WP Kuala LumpurPerempuan (WN)78Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit darah tinggi, dan dislipidemia
1675WP Kuala LumpurPerempuan (WN)64Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipedemia, buah pinggang kronik, dan strok
1676WP Kuala LumpurPerempuan (WN)56Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras
1677WP Kuala LumpurLelaki (WN)52Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit darah tinggi, dan jantung  
1678SarawakLelaki (WN)90Hospital SaratokPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1679SelangorLelaki (WN)79Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan gout
1680SelangorLelaki (WN)62Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1681SelangorPerempuan (WN)60Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1682WP Kuala LumpurLelaki (WN)72Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit darah tinggi, dan gout
1683PahangLelaki (BWN)46Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan gout

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 3

Perincian 3,733 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 9 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
 SELANGOR1278849683223
 SARAWAK45452329073
 JOHOR365144148073
 WP KUALA LUMPUR33892101118
 PULAU PINANG28098770105
 KELANTAN25411147096
 NEGERI SEMBILAN2058871046
 KEDAH1763256088
 PAHANG1005629015
 PERAK803131018
 MELAKA662619021
 SABAH61253006
 TERENGGANU491224013
 WP PUTRAJAYA2002000
 WP LABUAN62022
 PERLIS10001
JUMLAH KESELURUHAN3,7336702,1596898

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 9 MEI 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Jalan SatuTempat KerjaSelangorGombak1687
2Lorong TiungTempat KerjaSelangorKuala Langat, dan Klang25150
3Kawasan Industri DuaTempat KerjaJohorMuar100124
4Tapak Bina Jalan Tun Hussein OnnTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah51276
5Kopitiam Kampung SelamatTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara, dan Seberang Perai Tengah1965
6Jalan Stadium NegeriKomunitiSarawakKuching, Samarahan, dan Serian1755
7Tebedu MawangKomunitiSarawakTebedu21107
8Sri TualangKomunitiKelantanPasir Mas2790
9Jalan L Sungai BehrangKomunitiPerakMuallim1728
10Lak LokKomunitiTerengganu, dan KelantanBesut, dan Kota Bharu26115
11Jalan Haji MahmudKeagamaanJohorJohor Bahru, dan Kota Tinggi14141
12Tanah MerahKeagamaanNegeri SembilanPort Dickson, dan Seremban41151
13Desa MurniInstitusi Pendidikan Swasta yang Berdaftar di bawah KPMPulau PinangSeberang Perai Utara, dan Seberang Perai Tengah2998