SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
10 MEI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 10 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 3,454 kes (405,388 kes kumulatif, 91.2%);
- Kes baharu : 3,807 kes (444,484 kes kumulatif);
- Kes import : 5 kes (2 warganegara, 3 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 3,802 kes [3,642 warganegara (95.8%); 160 bukan warganegara (4.2%)];
- Kes aktif : 37,396 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :434 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 224 kes;
- Kes kematian : 17 kes (1,700 kes kumulatif, 0.39%; 16 warganegara, 1 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 1,807 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 19 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :1,359 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 448 kluster.
Terdapat 17 kes kematian pada hari ini yang melibatkan empat (4) kes di Selangor, masing-masing tiga (3) kes di Pulau Pinang dan Melaka, masing-masing dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Kedah, dan Kelantan.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
PENAMBAHAN SINGAPURA DALAM SENARAI NEGARA YANG MELAPORKAN PENULARAN DALAM KOMUNITI VARIANT OF CONCERN (VOC) SARS-COV-2
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Bilangan 30 Tahun 2021 pada 7 Mei 2021 telah bersetuju untuk menyenaraikan negara Singapura sebagai salah sebuah negara yang melaporkan penularan Variant of Concern (VOC) SARS-CoV-2 dalam komuniti. Ia berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura, di mana laporan kes tersebut melibatkan varian Afrika Selatan B.1.351, varian United Kingdom B.1.1.7, varian Brazil B.1.1.28 (P1), termasuklah Variant of Interest (VOI) dari India iaitu B.1.617.1.
Sejajar dengan perkembangan ini, Sidang Khas MKN telah memutuskan semua pengembara yang masuk ke Malaysia dari Singapura dan pengembara yang menggunakan kemudahan Skim Periodic Communicating Arrangement (PCA) perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang telah diwartakan oleh kerajaan bermula pada 13 Mei 2021. Para pengembara dari Singapura juga tertakluk kepada SOP kemasukan pengembara dari negara-negara dengan penularan VOC SARS-CoV-2 dalam komuniti.
Selain itu, Sidang Khas MKN juga telah bersetuju Skim Reciprocal Green Lane (RGL) Malaysia-Singapura digantung sementara waktu di peringkat Malaysia bermula pada 13 Mei 2021. Pengembara dari Singapura yang ingin memasuki Malaysia bagi tujuan perniagaan perlu menggunakan saluran One Stop Centre (OSC) yang disediakan oleh pihak Lembaga Pembangunan Malaysia (MIDA).
KKM akan sentiasa mengemaskini senarai negara dengan penularan VOC SARS-CoV-2 dalam komuniti dan akan memaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
10 Mei 2021 @ 6.00 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENG–IKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 10 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 1,149 (1) | 144,419 |
SABAH | 96 | 58,953 |
JOHOR | 257 | 48,228 |
WP KUALA LUMPUR | 320 (3) | 47,218 |
SARAWAK | 649 (1) | 35,809 |
PULAU PINANG | 245 | 22,146 |
NEGERI SEMBILAN | 144 | 19,900 |
KELANTAN | 329 | 17,430 |
PERAK | 119 | 15,723 |
KEDAH | 224 | 11,422 |
MELAKA | 88 | 8,089 |
PAHANG | 77 | 5,866 |
TERENGGANU | 93 | 4,941 |
WP LABUAN | 3 | 2,488 |
WP PUTRAJAYA | 11 | 1,471 |
PERLIS | 3 | 381 |
JUMLAH KESELURUHAN | 3,807 (5) | 444,484 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 17 kes kematian pada 10 Mei 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (Tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang |
1684 | Sarawak | Perempuan (WN) | 88 | Hospital Sibu | Penyakit darah tinggi |
1685 | Selangor | Lelaki (WN) | 48 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | – |
1686 | Selangor | Lelaki (WN) | 69 | Hospital Sungai Buloh | – |
1687 | Selangor | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Sungai Buloh | – |
1688 | Sabah | Lelaki (WN) | 51 | Hospital Lahad Datu | Penyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik |
1689 | Selangor | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit darah tinggi |
1690 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit darah tinggi |
1691 | Pulau Pinang | Lelaki (WN) | 82 | Hospital Pulau Pinang | Penyakit darah tinggi dan gout |
1692 | Pulau Pinang | Lelaki (WN) | 81 | Hospital Kepala Batas | Penyakit darah tinggi |
1693 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 82 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan dislipidemia |
1694 | Pulau Pinang | Lelaki (WN) | 80 | Hospital Island, Pulau Pinang | Penyakit jantung |
1695 | Melaka | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Melaka | Penyakit kencing manis |
1696 | Sarawak | Lelaki (WN) | 80 | Hospital Kapit | Penyakit darah tinggi, dislipidemia, dan paru-paru obstruktif kronik |
1697 | Melaka | Lelaki (WN) | 74 | Hospital Melaka | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan kanser buah pinggang |
1698 | Melaka | Lelaki (WN) | 92 | Hospital Melaka | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
1699 | Kedah | Lelaki (WN) | 82 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Penyakit darah tinggi |
1700 | Kelantan | Perempuan (BWN) | 56 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 3
Perincian 3,807 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 10 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN |
SELANGOR | 1,149 | 29 | 826 | 1 | 293 |
SARAWAK | 649 | 148 | 423 | 1 | 77 |
JOHOR | 257 | 76 | 110 | – | 71 |
WP KUALA LUMPUR | 320 | 22 | 202 | 3 | 93 |
PULAU PINANG | 245 | 32 | 89 | – | 124 |
KELANTAN | 329 | 37 | 222 | – | 70 |
NEGERI SEMBILAN | 144 | 32 | 72 | – | 40 |
KEDAH | 224 | 41 | 85 | – | 98 |
PAHANG | 77 | 27 | 29 | – | 21 |
PERAK | 119 | 59 | 45 | – | 15 |
MELAKA | 88 | 39 | 35 | – | 14 |
SABAH | 96 | 57 | 24 | – | 15 |
TERENGGANU | 93 | 38 | 42 | – | 13 |
WP PUTRAJAYA | 11 | – | 9 | – | 2 |
WP LABUAN | 3 | 3 | – | – | – |
PERLIS | 3 | – | 1 | – | 2 |
JUMLAH KESELURUHAN | 3,807 | 640 | 2,214 | 5 | 948 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 10 MEI 2021
No. | Nama Kluster | Kategori Kluster | Negeri | Daerah | Jumlah Kes | Jumlah Disaring |
1 | Balakong Jaya Tiga | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Langat | 10 | 15 |
2 | Jalan Raja Musa | Tempat Kerja | Selangor | Kuala Selangor | 6 | 138 |
3 | Jalan Maharani | Tempat Kerja | Johor | Muar dan Tangkak | 33 | 147 |
4 | Bukit Minyak Lapan | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan | 37 | 189 |
5 | Dah Empat Kota | Tempat Kerja | Kedah | Kota Setar, Kuala Muda, Pendang, dan Yan | 10 | 45 |
6 | Kompleks Empat | Tempat Kerja | Sabah | Kota Kinabalu, Kota Belud, Papar, Penampang, Putatan, Ranau, Sandakan, dan Tuaran | 26 | 97 |
7 | Gudang Genting | Tempat Kerja | Pahang | Bentong | 14 | 917 |
8 | Desa Kemuning | Keagamaan | Selangor | Klang | 10 | 35 |
9 | Jalan Haji Alias | Keagamaan | Selangor | Klang | 13 | 30 |
10 | Pekan Pasir Mas | Keagamaan | Kelantan | Pasir Mas dan Machang | 51 | 161 |
11 | Jalan Kesyukuran | Keagamaan | Johor | Kota Tinggi | 14 | 42 |
12 | Dah Lalang | Keagamaan | Kedah | Baling | 13 | 19 |
13 | Ulu Anap | Komuniti | Sarawak | Tatau dan Bintulu | 19 | 125 |
14 | Emperan | Komuniti | Sarawak | Selangau | 97 | 436 |
15 | Kampung Sawah | Komuniti | Johor | Pontian | 6 | 60 |
16 | Pelagat Tiga | Komuniti | Terengganu | Besut | 32 | 230 |
17 | Parit Lima | Komuniti | Perak | Hilir Perak | 10 | 146 |
18 | Jalan Jurutera | Pendidikan Lain | Selangor | Petaling dan Gombak | 12 | 43 |
19 | Jalan Baling | Pendidikan Lain | Perak | Hulu Perak | 41 | 547 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press