Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 15 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

15 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,432 kes (422,329 kes kumulatif, 90.6%);
  • Kes baharu : 4,140 kes (466,330 kes kumulatif);
  • Kes import : 9 kes (9 warganegara);
  • Kes tempatan : 4,131 kes [3,728 warganegara (90.2%); 403 bukan warganegara (9.8%)];
  • Kes aktif : 42,135 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :503 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 272 kes;
  • Kes kematian : 44 kes (1,866 kes kumulatif, 0.40%; 43 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 1,876 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,410 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 466 kluster.

Terdapat 44 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 26 kes di Selangor, lima (5) kes di Kelantan, empat (4) kesdi Sarawak, masing-masing tiga (3) kes di Kedah dan Johor, dua (2) kes di WP Kuala Lumpur serta satu (1) kes di Negeri Sembilan.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

PENINGKATAN UJIAN SARINGAN COVID-19 DI SELURUH NEGARA DALAM MENGHADAPI GELOMBANG KETIGA COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 8,573,873 ujian saringan COVID-19 telah dijalankan sejak 1 Januari 2021 sehingga 13 Mei 2021. Ini merangkumi sebanyak 4,747,837 ujian real-time Reverse-Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan 3,826,036 ujian Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) termasuk saringan PERKESO dan BUKAN PERKESO. Purata jumlah ujian saringan yang telah dijalankan secara harian adalah sebanyak 63,925 sampel dari 7 Mei 2021 hingga 13 Mei 2021. Manakala, purata jumlah ujian mingguan dari Minggu Epid (ME) ke-15 hingga ME ke-18 adalah sebanyak 483,518 sampel. Ini menunjukkan peningkatan jumlah saringan yang telah dijalankan berbanding bulan sebelumnya (ME ke-11 hingga ME ke-14), di mana purata jumlah ujian mingguan yang telah dijalankan adalah sebanyak 369,456 sampel (peningkatan sebanyak 23.6 peratus).

Sehingga kini, pelbagai langkah kesiapsagaan berikutan pertambahan bilangan kes COVID-19 di Malaysia telah dilaksanakan. Ini termasuklah;

  • Menambah kapasiti makmal yang boleh menjalankan ujian diagnostik RT-PCR;
  • Penyumberluaran ujian saringan COVID-19 ke makmal swasta;
  • Penggunaan ujian RTK-Ag sebagai ujian saringan COVID-19 bagi mengesan wabak COVID-19 dengan cepat dalam jumlah yang besar; dan
  • Pengujian saringan menggunakan air liur yang lebih mudah dan cepat serta boleh dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat

Masyarakat diingatkan untuk terus mengamalkan SOP yang telah digariskan khususnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. KKM ingin mengingatkan individu yang bergejala dan dari kawasan berisiko tinggi, dinasihatkan membuat pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran. Bagi mereka yang telah menjalani ujian pengesanan COVID-19, apabila telah menerima keputusan, mereka boleh memaklumkan kepada KKM melalui aplikasi MySejahtera iaitu “self-notification”. Individu yang telah diambil sampel perlu menjalankan pengasingan kendiri sehingga keputusan ujian saringan didapati negatif.

Semua makmal yang menjalankan ujian SARS-CoV-2 samada makmal kerajaan atau swasta dikehendaki memasukkan data keputusan ujian sampel (samada negatif ataupun positif) ke dalam sistem SIMKA. Setiap pemohon (PKD atau Klinik Kesihatan) akan mengakses keputusan makmal ini secara atas talian. Keputusan dari makmal swasta juga akan dimaklumkan dengan segera kepada KKM melalui saluran sediada.

Tempoh masa PKP ini merupakan suatu tempoh yang sangat genting bagi kita untuk bersama-sama melandaikan keluk jangkitan COVID-19 di negara kita. Peningkatan kapasiti hospital dan kemunculan varian-varian baharu dalam komuniti memerlukan tindakan kesihatan awam yang efektif serta kerjasama semua lapisan masyarakat bagi memastikan usaha yang telah kita laksanakan selama ini membuahkan hasil.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

15 Mei 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 15 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,507152,388
SABAH6059,262
JOHOR 43350,195
WP KUALA LUMPUR398 (8)49,466
SARAWAK 324 (1)37,978
PULAU PINANG33823,591
NEGERI SEMBILAN19020,562
KELANTAN  10918,867
PERAK18216,666
KEDAH23912,482
MELAKA978,549
PAHANG1166,364
TERENGGANU1195,526
WP LABUAN32,510
WP PUTRAJAYA231,535
PERLIS2389
JUMLAH KESELURUHAN4,140 (9)466,330

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 44 kes kematian pada 15 Mei 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (Warganegara)Umur (Tahun)Hospital/ Tempat KediamanLatar Belakang
1823SarawakLelaki (WN)64Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1824SarawakPerempuan (WN)80Hospital BintuluPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan kanser
1825SelangorPerempuan (WN)73Hospital Sungai Buloh
1826SelangorLelaki (WN)58Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
1827SelangorLelaki (WN)74Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis, dan jantung
1828KelantanPerempuan (WN)78Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1829KelantanLelaki (WN)75Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota BharuPenyakit darah tinggi
1830SelangorLelaki (WN)63Hospital Sungai BulohPenyakit jantung
1831SelangorLelaki (WN)52Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1832SelangorLelaki (WN)69Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1833SarawakLelaki (WN)92Hospital SarikeiPenyakit darah tinggi dan paru-paru kronik
1834SarawakLelaki (WN)88Hospital SarikeiPenyakit darah tinggi, dan dislipidemia
1835SelangorLelaki (WN)72Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
1836Negeri SembilanLelaki (WN)80Hospital Tengku Ja’afar, SerembanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan gout
1837KelantanPerempuan (WN)60Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1838SelangorPerempuan (WN)82Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
1839KedahLelaki (WN)68Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1840SelangorLelaki (WN)71Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
1841SelangorLelaki (WN)55Hospital Sungai BulohPenyakit paru-paru kronik
1842SelangorLelaki (WN)48Hospital BantingPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1843SelangorLelaki (WN)52Hospital Shah AlamPenyakit kencing manis, darah tinggi, paru-paru,  dan buah pinggang kronik
1844SelangorPerempuan (WN)89Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
1845SelangorPerempuan (WN)79Hospital KajangPenyakit kencing manis dan strok
1846SelangorPerempuan (WN)76Hospital Shah AlamPenyakit darah tinggi, gout, dan paru-paru kronik
1847SelangorPerempuan (WN)76Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, buah pinggang kronik, dan kanser
1848SelangorLelaki (WN)56Hospital Shah AlamPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1849SelangorLelaki (WN)51Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan Obstructive Sleep Apnoea
1850KelantanLelaki (WN)59Hospital TumpatPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan strok
1851KelantanLelaki (WN)62Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai
1852KedahPerempuan (WN)57Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniPenyakit kencing manis, jantung, dan buah pinggang kronik
1853SelangorLelaki (WN)77Hospital KajangPenyakit kencing manis, dan darah tinggi
1854SelangorLelaki (WN)78Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi
1855SelangorLelaki (WN)74Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan kanser
1856SelangorPerempuan (WN)71Hospital KajangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan tuberkulosis  
1857SelangorLelaki (WN)68Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, dan darah tinggi
1858SelangorLelaki (WN)65Hospital KajangPenyakit kencing manis, dan darah tinggi,
1859SelangorLelaki (WN)58Hospital Selayang
1860SelangorLelaki (WN)57Hospital KajangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1861JohorLelaki (WN)56Hospital Sultan Ismail, Johor BahruDown Syndrome
1862JohorLelaki (WN)67Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis, strok, dan dislipidemia
1863W.P. Kuala LumpurLelaki (WN)63Hospital Kuala LumpurPenyakit darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik
1864W.P. Kuala LumpurLelaki (WN)55Hospital Selayang
1865KedahLelaki (WN)65Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1866JohorL (BWN)50Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis  

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 3

Perincian 4,140 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 15 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR1,507721075360
JOHOR43317719561
WP KUALA LUMPUR398971888105
PULAU PINANG33812413975
SARAWAK32428241154
KEDAH239568499
NEGERI SEMBILAN1904510243
PERAK182688430
TERENGGANU11954578
PAHANG116375425
KELANTAN109254638
MELAKA97374515
SABAH6021309
WP PUTRAJAYA233137
WP LABUAN312
PERLIS22
JUMLAH KESELURUHAN4,1408442,3549933

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 15 MEI 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Lebuh SultanTempat KerjaSelangorKlang2396
2Sungai Pinang TujuhTempat KerjaSelangorKlang20106
3Jalan Kilang MidahTempat KerjaWP Kuala Lumpur, dan SelangorCheras, Lembah Pantai, dan Hulu Langat1728
4Tapak Bina Persiaran StonorTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai29233
5Perusahaan Maju LapanTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah67469
6Jalan Tey Mia JenTempat KerjaJohorMuar29579
7Jalan Perindustrian TigaTempat KerjaJohorMuar30358
8Jalan Bertingkat SkudaiTempat KerjaJohorJohor Bahru18203
9KemuntingKeagamaanPahangKuantan16140
10Persiaran LavenderKeagamaanNegeri SembilanSeremban, dan Kuala Pilah3974
11Jalan TelipotKeagamaanKelantanKota Bharu, dan Bachok3064
12Jalan Keramat WangsaKeagamaanWP Kuala LumpurTitiwangsa3138
13Jalan AlsagoffInstitusi Pendidikan KPMJohorPontian6192
14Impian Indah Pendidikan LainSelangorGombak, dan Petaling26170
15Jalan Sultan Azlan ShahKumpulan Berisiko TinggiPulau PinangTimur Laut, dan Barat Daya1219