Crisis & Disaster

Kenyataan Akhbar KPK 16 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

16 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,990 kes (426,319 kes kumulatif, 90.7%);
  • Kes baharu : 3,780 kes (470,110 kes kumulatif);
  • Kes import : 2 kes (2 warganegara);
  • Kes tempatan : 3,778 kes [3,441 warganegara (91.1%); 337 bukan warganegara (8.9%)];
  • Kes aktif : 41,889 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :520 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 272 kes;
  • Kes kematian : 36 kes (1,902 kes kumulatif, 0.40%; 35 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 1,887 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 11 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,417 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 470 kluster.

Terdapat 36 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lapan (8) kes di Selangor, enam (6) kes di Pulau Pinang,masing-masing lima (5) kes di Sarawak dan Kedah, empat (4) kes di WP Kuala Lumpur, tiga (3) kes di Perak, masing-masing dua (2) kes di Negeri Sembilan dan Terengganu serta satu (1) kes di Pahang.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SALAH FAHAM MENGENAI PENGGUNAAN PRODUK IVERMECTIN SEBAGAI RAWATAN DAN PENCEGAHAN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM mengambil maklum terdapat pandangan berkenaan penggunaan produk Ivermectin sebagai rawatan dan pencegahan COVID-19. KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil Ivermectin untuk tujuan tersebut berikutan tiada data klinikal bagi membuktikan keberkesanan penggunaannya dalam rawatan dan pencegahan COVID-19. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan bahawa setakat ini tiada produk dengan bahan aktif Ivermectin berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk kegunaan manusia.

Untuk makluman, Food Drug Administration (FDA) belum pernah meluluskan indikasi Ivermectin bagi tujuan rawatan ataupun sebagai pencegahan COVID-19. Perkara ini telah dijelaskan oleh FDA dalam artikel yang bertajuk ‘Why You Should Not Use Ivermectin to Treat or Prevent COVID-19’ bertarikh 3 Mei 2021. Selain itu, European Medicines Agency (EMA) juga mengambil pendekatan yang sama iaitu belum mencadangkan penggunaan Ivermectin sebagai rawatan COVID-19 susulan tiada data klinikal yang mencukupi bagi membuktikan keberkesanan produk tersebut dalam merawat atau mencegah COVID-19 sebagaimana kandungan artikel yang bertajuk ‘EMA Advises Against Use of Ivermectin for the Prevention or Treatment of COVID-19 Outside Randomised Clinical Trials’ pada 22 Mac 2021.

Setakat ini, World Heatlh Organization (WHO) hanya membenarkan Ivermectin sebagai rawatan COVID-19 dalam kajian/percubaan klinikal sahaja berdasarkan penjelasan dalam artikel yang bertajuk ‘WHO Advises That Ivermectin Only Be Used to Treat COVID-19 Within Clinical Trials’ pada 31 Mac 2021. Oleh itu, memandangkan penularan wabak COVID-19 semakin meningkat di Malaysia, KKM tiada halangan untuk penggunaan produk tidak berdaftar Ivermectin bagi tujuan percubaan klinikal sahaja di Malaysia.

KKM sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dalam mengharungi pandemik COVID-19 dengan memberikan perhatian penuh kepada rawatan dan pencegahan COVID-19 yang diluluskan untuk kegunaan rakyat di negara ini. Pematuhan kepada Standard Operating Procedure (SOP) adalah langkah yang paling efektif pada masa ini untuk mengawal penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16 Mei 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 16 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,275153,663
SABAH8759,349
JOHOR 22450,419
WP KUALA LUMPUR342 (1)49,808
SARAWAK 405 (1)38,383
PULAU PINANG18723,778
NEGERI SEMBILAN7020,632
KELANTAN  35719,224
PERAK11516,781
KEDAH36312,845
MELAKA1228,671
PAHANG1596,523
TERENGGANU585,584
WP LABUAN72,517
WP PUTRAJAYA71,542
PERLIS2391
JUMLAH KESELURUHAN3,780 (2)470,110

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 36 kes kematian pada 16 Mei 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (Warganegara)Umur (Tahun)HospitalLatar Belakang
1867SelangorLelaki (WN)56Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis dan darah tinggi.
1868SelangorLelaki (WN)69Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan dislipidemia
1869SarawakLelaki (WN)79Hospital BintuluPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, paru-paru kronik, dan barah pundi kencing
1870WP Kuala LumpurLelaki (WN)66Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1871SarawakLelaki (WN)66Hospital BintuluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1872Pulau PinangPerempuan (WN)51Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis, darah tinggi, obesiti, dan pulmonary hypertension
1873PerakLelaki (WN)79Hospital TaipingPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1874SarawakPerempuan (WN)30Hospital BintuluObesiti
1875Pulau PinangLelaki (WN)57Hospital Pulau PinangPenyakit darah tinggi dan obesiti
1876PerakPerempuan (WN)68Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung,dan  buah pinggang kronik
1877KedahLelaki (WN)74Hospital Sultanah  Bahiyah, Alor Setar Penyakit darah tinggi dan strok
1878KedahPerempuan (WN)86Hospital Sultanah  Bahiyah, Alor Setar Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1879PerakPerempuan (WN)83Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dementia
1880TerengganuPerempuan (WN)55Jenazah di bawa ke Hospital BesutPenyakit darah tinggi
1881SelangorLelaki (WN)68Hospital Canselor  Tuanku Muhriz, Cheras Penyakit darah tinggi dan dislipidemia
1882SarawakLelaki (WN)93Hospital BintuluPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan dislipidemia
1883Pulau PinangPerempuan (WN)86Hospital Kepala BatasPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1884SelangorLelaki (WN)78Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1885WP Kuala LumpurLelaki (WN)73Hospital Canselor  Tuanku Muhriz, Cheras Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1886KedahLelaki (WN)71Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1887Pulau PinangLelaki (WN)73Hospital Pulau PinangPenyakit jantung dan paru-paru kronik
1888Pulau PinangLelaki (WN)44Hospital Tuanku Fauziah, PerlisPenyakit darah tinggi, jantung dan buah pinggang kronik
1889SelangorLelaki (WN)68Hospital KajangPenyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia
1890SelangorPerempuan (WN)63Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis
1891WP Kuala LumpurLelaki (WN)70Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1892WP Kuala LumpurLelaki (WN)60Hospital Sungai Buloh Penyakit darah tinggi
1893SarawakPerempuan (WN)52Hospital BintuluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1894Pulau PinangLelaki (WN)56Hospital Kepala BatasPenyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia
1895PahangLelaki (WN)69  Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1896TerengganuLelaki (WN)51Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit kencing manis dan tibi lama
1897SelangorLelaki (WN)63Hospital Shah AlamPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan strok
1898Negeri SembilanPerempuan (WN)62Hospital JempolPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1899Negeri SembilanLelaki (WN)29Hospital Tuanku Jaafar, SerembanObesiti
1900KedahLelaki (WN)90Hospital Sultanah  Bahiyah, Alor Setar Strok
1901KedahLelaki (WN)66Hospital Sultanah  Bahiyah, Alor Setar Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1902SelangorPerempuan (BWN)47Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 3

Perincian 3,780 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 16 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR1,275179865231
JOHOR2243710483
SARAWAK40566278160
KEDAH36360197106
KELANTAN3572426370
WP KUALA LUMPUR34247204190
PULAU PINANG187358072
PAHANG1593511014
MELAKA122266531
PERAK115247120
SABAH87214026
NEGERI SEMBILAN7044125
TERENGGANU58182614
WP LABUAN770
WP PUTRAJAYA716
PERLIS22
JUMLAH KESELURUHAN3,7805912,3472840

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 16 MEI 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Jalan Sungai Panjang Institusi Pendidikan KPMSelangorSabak Bernam11130
2Jalan Benut KluangInstitusi Pendidikan KPMJohorKluang25110
3Tanah LesenInstitusi Pendidikan KPMSelangorSabak Bernam, Petaling dan Klang1372
4Gugusan AlamInstitusi Pendidikan Swasta Berdaftar di Bawah KPMSelangorKuala Selangor27141
5Kampung TerusanKomunitiKelantanKota Bharu4082
6Kampung BoyanKomunitiSarawakKuching1969
7Jalan Abdul HamidKomunitiPerakKinta1960
8Jalan Kelab Golf Tiga BelasTempat KerjaSelangorPetaling, Klang, Hulu Langat, dan Sepang23137
9Jalan SemabokTempat KerjaMelakaMelaka Tengah1181
10Parit LintangKeagamaanJohorBatu Pahat dan Johor Bahru1355
11Jalan MenteriKeagamaanSabahKota Kinabalu dan Penampang933

Categories: Crisis & Disaster, Press

Tagged as: