SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
18 MEI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 3,497 kes (432,600 kes kumulatif, 90.2%);
- Kes baharu : 4,865 kes (479,421 kes kumulatif);
- Kes import : 5 kes (3 warganegara, 2 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 4,860 kes [4,650 warganegara (95.7%); 210 bukan warganegara (4.3%)];
- Kes aktif : 44,827 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :531 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 277 kes;
- Kes kematian : 47 kes (1,994 kes kumulatif, 0.42%; 46 warganegara, 1 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 1,920 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 19 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :1,423 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 497 kluster.
Terdapat 47 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 18 kes di Selangor,masing-masing lima (5) kes di Sarawak dan Pulau Pinang, masing-masing empat (4) kes di Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Kelantan, tiga (3) kes di Perak, dua (2) kes di Pahang,serta masing-masing satu (1) kes di Kedah dan Negeri Sembilan.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
KAWALAN PERGERAKAN KENDIRI DALAM TEMPOH PKP BAGI MEMBENDUNG SEGERA WABAK COVID-19
Penularan varian-varian baharu virus SARS-CoV-2 di dalam komuniti terutamanya beberapa Variant of Concern (VOC) di Malaysia kebelakangan ini adalah amat membimbangkan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan akan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID-19 seperti yang telah berlaku di luar negara. Ini adalah kerana varian-varian VOC ini dikaitkan dengan kadar penularan yang lebih cepat dengan kadar kematian yang lebih tinggi.
Selain daripada meningkatkan kapasiti sistem perkhidmatan kesihatan negara, KKM ingin menyarankan supaya orang ramai melakukan kawalan pergerakan kendiri terutama dalam tempoh PKP bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara kita. Ianya bermula dengan diri kita sendiri. Kawalan pergerakan kendiri ini boleh dilakukan dengan duduk sahaja di rumah, tidak keluar dari rumah jika tiada keperluan penting dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan terutama sekiranya perlu keluar rumah atas apa-apa urusan penting. Majikan juga digalakkan untuk memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa.
Orang ramai boleh melakukan kawalan pergerakan kendiri ini dengan mematuhi langkah-langkah seperti berikut;
- Kekal duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar;
- Sentiasa menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, dan kerap cuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer;
- Elakkan daripada menyertai sebarang aktiviti yang berisiko untuk terdedah dengan orang ramai;
- Elakkan daripada menerima tetamu di rumah;
- Optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan sahabat-sahabat dan sanak-saudara;
- Gunakan perkhidmatan atas talian sekiranya perlu membuat sebarang pembelian;
- Rancang pergerakan anda bagi mengelakkan kesesakan di tempat awam sekiranya perlu keluar dari rumah;
- Masak makanan sendiri untuk khasiat yang lebih baik dan seterusnya mengelakkan daripada risiko untuk mendapat jangkitan COVID-19;
- Lakukan aktiviti senaman di dalam kawasan rumah sendiri;
- Amalkan kuarantin kendiri di rumah dengan penuh tanggungjawab sekiranya :
- telah dikenal pasti di aplikasi MySejahtera sebagai kontak kasual, Person Under Surveillance (PUS), kes suspek, atau confirmed case;
- setelah menjalani ujian saringan COVID-19 sehingga keputusan ujian diketahui;
- telah dikenalpasti sebagai kontak rapat dan masih menunggu panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD); dan
- Sekiranya telah dikesan positif COVID-19 dan sedang menunggu panggilan PKD, sila kekal tinggal di rumah melainkan memerlukan rawatan perubatan kecemasan.
Negara masih kekal merekodkan kes harian COVID-19 melebihi empat digit dengan kes aktif ketika ini sudah melebihi 40 ribu kes. Kebanyakan hospital kerajaan mahupun swasta, serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara juga telah hampir mencecah kapasiti maksimum. Lebih membimbangkan, didapati terdapat semakin banyak kes positif yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sokongan alat bantuan pernafasan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Pada masa yang sama juga, jumlah kes kematian harian yang dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan makin meningkat saban hari.
Peningkatan kes-kes secara mendadak ini telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara dan adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Rakyat Malaysia adalah barisan hadapan yang amat penting pada ketika ini dan diharap untuk terus patuh duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar. Kita tiada pilihan lagi, kita mesti jaga kita!
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
18 Mei 2021 @ 6.30 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 18 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 1,743 (3) | 157,056 |
SABAH | 95 | 59,504 |
JOHOR | 407 | 51,217 |
WP KUALA LUMPUR | 477 (2) | 50,582 |
SARAWAK | 512 | 39,328 |
PULAU PINANG | 220 | 24,157 |
NEGERI SEMBILAN | 149 | 21,024 |
KELANTAN | 406 | 19,973 |
PERAK | 160 | 17,144 |
KEDAH | 244 | 13,325 |
MELAKA | 127 | 8,878 |
PAHANG | 152 | 6,814 |
TERENGGANU | 156 | 5,941 |
WP LABUAN | 6 | 2,523 |
WP PUTRAJAYA | 9 | 1,562 |
PERLIS | 2 | 393 |
JUMLAH KESELURUHAN | 4,865 (5) | 479,421 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 47 kes kematian pada 18 Mei 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (Tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang |
1948 | Selangor | Lelaki (WN) | 62 | Hospital Kuala Lumpur | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
1949 | Selangor | Perempuan (WN) | 57 | Jenazah dibawa ke Hospital Selayang | Buah pinggang kronik |
1950 | Selangor | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Ampang | Penyakit darah tinggi, dislipidemia, dan jantung |
1951 | Pahang | Perempuan (WN) | 60 | Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
1952 | Selangor | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Ampang | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
1953 | Selangor | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Ampang | Penyakit darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik |
1954 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 85 | Hospital Kuala Lumpur | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
1955 | Sarawak | Perempuan (WN) | 71 | Hospital Sibu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan hyperthyroidism |
1956 | Selangor | Lelaki (WN) | 74 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
1957 | Selangor | Perempuan (WN) | 48 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Penyakit kencing manis, dislipidemia, dan hypothyroidism |
1958 | Kelantan | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | Penyakit darah tinggi dan Parkinson |
1959 | Pulau Pinang | Lelaki (WN) | 60 | Hospital Pulau Pinang | Penyakit darah tinggi dan jantung |
1960 | Pahang | Lelaki (WN) | 53 | Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
1961 | Selangor | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Shah Alam | Penyakit kencing manis dan jantung |
1962 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 60 | Hospital Kuala Lumpur | Penyakit kencing manis |
1963 | Kelantan | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian | Penyakit dislipidemia |
1964 | Kelantan | Perempuan (WN) | 33 | Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai | Penyakit asma dan obesiti |
1965 | Sarawak | Lelaki (WN) | 64 | Hospital Kapit | Penyakit kencing manis dan dislipidemia |
1966 | Kelantan | Perempuan (WN) | 75 | Hospital Tanah Merah | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
1967 | Perak | Lelaki (WN) | 36 | Hospital Taiping | Panhypopituitarism |
1968 | Selangor | Perempuan (WN) | 44 | Jenazah dibawa ke Hospital Serdang | – |
1969 | Johor | Lelaki (WN) | 64 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Penyakit kencing manis |
1970 | Pulau Pinang | Lelaki (WN) | 84 | Hospital Kepala Batas | Penyakit asma |
1971 | Sarawak | Perempuan (WN) | 51 | Hospital Sibu | Penyakit darah tinggi dan asma |
1972 | Pulau Pinang | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Pulau Pinang | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
1973 | Sarawak | Perempuan (WN) | 73 | Hospital Kapit | Penyakit darah tinggi, paru-paru obstruktif kronik, dan jantung |
1974 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 69 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Muscular dystrophy |
1975 | Perak | Perempuan (WN) | 94 | Jenazah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh | Penyakit darah tinggi |
1976 | Selangor | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik |
1977 | Sarawak | Lelaki (WN) | 73 | Hospital Kapit | Penyakit darah tinggi, gout, jantung, dan buah pinggang kronik |
1978 | Pulau Pinang | Perempuan (WN) | 74 | Hospital Kepala Batas | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
1979 | Kedah | Perempuan (WN) | 63 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti |
1980 | Selangor | Perempuan (WN) | 68 | Jenazah dibawa ke Hospital Banting | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
1981 | Selangor | Lelaki (WN) | 61 | Jenazah dibawa ke Hospital Selayang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
1982 | Johor | Perempuan (WN) | 57 | Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
1983 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 83 | Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur | Penyakit kencing manis, darah tinggi, asma, dan strok |
1984 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 65 | Hospital Kuala Lumpur | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
1985 | Selangor | Lelaki (WN) | 76 | Hospital Serdang | Penyakit kencing manis dan dislipidemia |
1986 | Selangor | Lelaki (WN) | 58 | Hospital Shah Alam | Penyakit kencing manis |
1987 | Selangor | Lelaki (WN) | 54 | Hospital Shah Alam | Penyakit darah tinggi, dislipidemia, dan asma |
1988 | Selangor | Perempuan (WN) | 54 | Hospital Shah Alam | – |
1989 | Selangor | Lelaki (WN) | 41 | Hospital Serdang | Penyakit gout |
1990 | Johor | Perempuan (WN) | 71 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
1991 | Johor | Lelaki (WN) | 56 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Penyakit kencing manis |
1992 | Pulau Pinang | Lelaki (WN) | 64 | Hospital Kepala Batas | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok |
1993 | Perak | Lelaki (WN) | 45 | Jenazah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
1994 | Selangor | Perempuan (BWN) | 49 | Jenazah dibawa ke Hospital Serdang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 3
Perincian 4,865 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 18 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN |
SELANGOR | 1,743 | 64 | 1,261 | 3 | 415 |
SARAWAK | 512 | 76 | 348 | – | 88 |
WP KUALA LUMPUR | 477 | 49 | 256 | 2 | 170 |
JOHOR | 407 | 94 | 194 | – | 119 |
KELANTAN | 406 | 19 | 294 | – | 93 |
KEDAH | 244 | 66 | 95 | – | 83 |
PULAU PINANG | 220 | 9 | 107 | – | 104 |
PERAK | 160 | 46 | 84 | – | 30 |
TERENGGANU | 156 | 38 | 96 | – | 22 |
PAHANG | 152 | 85 | 48 | – | 19 |
NEGERI SEMBILAN | 149 | 20 | 87 | – | 42 |
MELAKA | 127 | 22 | 85 | – | 20 |
SABAH | 95 | 13 | 53 | – | 29 |
WP PUTRAJAYA | 9 | – | 5 | – | 4 |
WP LABUAN | 6 | – | 3 | – | 3 |
PERLIS | 2 | – | 1 | – | 1 |
JUMLAH KESELURUHAN | 4,865 | 601 | 3,017 | 5 | 1,242 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 18 MEI 2021
No. | Nama Kluster | Kategori Kluster | Negeri | Daerah | Jumlah Kes | Jumlah Disaring |
1 | Jalan Petaling Industri | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 7 | 275 |
2 | Jalan Besi Satu | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 12 | 72 |
3 | Utarid Sembilan Belas | Tempat Kerja | Selangor | Petaling | 12 | 118 |
4 | Jalan Kampung Taib | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Selangor | 14 | 180 |
5 | Bayan Lepas Innoplex | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan | 11 | 43 |
6 | Dah Helang | Tempat Kerja | Kedah | Langkawi | 30 | 76 |
7 | Dah Arked | Tempat Kerja | Kedah | Baling | 24 | 91 |
8 | Jalan Bukit Mutiara | Keagamaan | Johor | Johor Bahru | 7 | 343 |
9 | Jalan Helang Siput | Keagamaan | WP Kuala Lumpur | Kepong | 9 | 66 |
10 | Kampung Kemuning | Keagamaan | Melaka | Alor Gajah | 24 | 68 |
11 | Jalan Batu Dua | Keagamaan | Negeri Sembilan | Port Dickson | 45 | 271 |
12 | Banggol | Keagamaan | Terengganu | Setiu | 22 | 116 |
13 | Jalan Sri Putri Empat | Institusi Pendidikan KPM | Johor | Kulai dan Pontian | 20 | 63 |
14 | Jalan Lima Belas | Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di Bawah KPM | WP Kuala Lumpur dan Selangor | Cheras, Lembah Pantai, Hulu Langat, dan Petaling | 12 | 297 |
15 | Gong Badak | Pendidikan Tinggi | Terengganu | Kuala Nerus, Kuala Terengganu, dan Besut | 36 | 409 |
16 | Hulu Spaoh | Komuniti | Sarawak | Betong dan Samarahan | 20 | 48 |
17 | Jelang | Komuniti | Sarawak | Betong | 22 | 141 |
18 | Seri Sutra | Komuniti | Perak | Kinta | 16 | 45 |
19 | Jambu Bongkok | Komuniti | Terengganu | Marang dan Dungun | 18 | 186 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press