Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 19 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

19 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 19 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,516 kes (436,116 kes kumulatif, 89.8%);
  • Kes baharu : 6,075 kes (485,496 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (1 warganegara, 2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,072 kes [5,452 warganegara (89.8%); 620 bukan warganegara (10.2%)];
  • Kes aktif : 47,340 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :559 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 303 kes;
  • Kes kematian : 46 kes (2,040 kes kumulatif, 0.42%; 45 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 1,942 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 22 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,426 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 516 kluster.

Pada hari ini, Malaysia mencatatkan jumlah kes harian baharu tertinggi sejak pandemik COVID-19 dilaporkan di Malaysia iaitu sebanyak 6,075 kes. Jumlah kes harian COVID-19 tertinggi yang pernah dilaporkan di Malaysia sebelum ini adalah sebanyak 5,728 kes iaitu pada 30 Januari 2021.

Jumlah kluster baharu harian juga turut mencatatkan bilangan tertinggi yang pernah dilaporkan iaitu sebanyak 22 kluster. Bilangan kes kritikal yang dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan pada hari ini juga adalah yang tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 559 kes. Selain itu, kumulatif kes kematian seluruh negara pula telah mencecah lebih 2,000 kes kematian iaitu sebanyak 2,040 kes.

Selangor telah melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,251 kes (37.1 peratus daripada jumlah keseluruhan). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,481 kes (65.8 peratus) adalah daripada saringan kontak rapat, 467 kes (20.7 peratus) adalah daripada lain-lain saringan, 302 kes (13.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster, dan satu (1) kes import dari luar negara.

Sebanyak 46 kes kematian dari seluruh negara telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan pada hari ini, menjadikan kumulatif kes kematian seluruh negara adalah sebanyak 2,040 kes. Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 19 kes di Selangor, tujuh (7) kes di Sarawak, enam (6) kes di Johor, empat (4) kes di Kelantan, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Kedah, serta masing-masing satu (1) kes di Negeri Sembilan dan Melaka.

Diharapkan semua pihak mengambil maklum dengan keinsafan situasi yang melanda negara ini dan dapat bekerjasama dengan erat bagi sama-sama kita mengharungi detik sukar memerangi COVID-19 ini sebagai satu negara yang bersatu.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

19 Mei 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 19 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,251 (1)159,307
SABAH16059,664
JOHOR 69951,916
WP KUALA LUMPUR660 (1)51,242
SARAWAK 32339,651
PULAU PINANG18324,340
NEGERI SEMBILAN18921,213
KELANTAN  44120,414
PERAK22017,364
KEDAH44513,770
MELAKA1229,000
PAHANG 1506,964
TERENGGANU2036,144
WP LABUAN14 (1)2,537
WP PUTRAJAYA91,571
PERLIS6399
JUMLAH KESELURUHAN6,075 (3)485,496

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 46 kes kematian pada 19 Mei 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (Warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1995SelangorPerempuan (WN)62Hospital SerdangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1996KelantanPerempuan (WN)63Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala KraiPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
1997SabahLelaki (WN)83Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit darah tinggi dan gout
1998SarawakLelaki (WN)66Hospital SarikeiPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1999SelangorLelaki (WN)63Hospital KajangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan gout
2000SelangorPerempuan (WN)62Hospital KajangPenyakit kencing manis, darah tinggi, asma, dan dislipidemia
2001SelangorLelaki (WN)72Hospital SerdangPenyakit kencing manis dan buah pinggang kronik
2002KedahLelaki (WN)66Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan paru-paru obstruktif kronik
2003SarawakLelaki (WN)80Hospital SarikeiPenyakit kencing manis, darah tinggi, asma , gout, dan dislipidemia
2004JohorLelaki (WN)53Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit darah tinggi dan jantung
2005SelangorLelaki (WN)70Hospital KajangPenyakit jantung
2006SelangorLelaki (WN)48Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
2007JohorPerempuan (WN)82Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2008KelantanPerempuan (WN)64Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang KerianPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2009KedahLelaki (WN)80Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
2010SelangorLelaki (WN)60Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
2011SelangorLelaki (WN)68Hospital Kajang
2012SabahLelaki (WN)81Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan paru-paru obstruktif kronik
2013SarawakPerempuan (WN)91Hospital SarikeiPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan paru-paru kronik
2014KelantanLelaki (WN)68Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
2015SelangorPerempuan (WN)78Hospital Sungai Buloh
2016SelangorPerempuan (WN)70Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2017SelangorLelaki (WN)54Hospital SerdangPenyakit jantung
2018SarawakLelaki (WN)79Jenazah dibawa ke Hospital KapitPenyakit darah tinggi dan strok
2019SarawakLelaki (WN)43Hospital Sibu
2020SarawakPerempuan (WN)56Hospital SibuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2021SarawakLelaki (WN)90Hospital SarikeiPenyakit kencing manis, darah tinggi, paru-paru obstruktif kronik, dan dislipidemia
2022SelangorPerempuan (WN)85Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan kanser
2023KelantanPerempuan (WN)57Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2024Pulau PinangLelaki (WN)53Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2025JohorPerempuan (WN)86Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dislipidemia, dan strok
2026Pulau PinangLelaki (WN)71Hospital Pantai, Pulau PinangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2027SelangorPerempuan (WN)27Jenazah dibawa ke Hospital Sungai BulohObesiti
2028SelangorLelaki (WN)17Hospital AmpangLeukemia
2029SelangorLelaki (WN)57Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2030SelangorLelaki (WN)47Hospital Sungai Buloh
2031SelangorPerempuan (WN)80Hospital Sungai BulohFibrosis pulmonari dan buah pinggang kronik
2032SelangorLelaki (WN)75Hospital Sungai BulohGlaukoma
2033MelakaLelaki (WN)25Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit Parkinson
2034JohorLelaki (WN)75Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatPenyakit jantung
2035JohorPerempuan (WN)49Jenazah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu
2036JohorPerempuan (WN)64Hospital Sultanah Aminah, Johor BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2037WP Kuala LumpurPerempuan (WN)73Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2038WP Kuala LumpurPerempuan (WN)70Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit darah tinggi dan jantung
2039Negeri SembilanPerempuan (WN)55Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2040SelangorPerempuan (BWN)48Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 3

Perincian 6,075 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 19 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,2513021,4811467
JOHOR69935725488
WP KUALA LUMPUR660953481216
KEDAH44532296117
KELANTAN4416627699
SARAWAK3233220784
PERAK2205711944
TERENGGANU2031345712
PULAU PINANG1833052101
NEGERI SEMBILAN1891811259
SABAH160656728
PAHANG150259233
MELAKA122275936
WP LABUAN14131
WP PUTRAJAYA981
PERLIS624
JUMLAH KESELURUHAN6,0751,2553,43231,385

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 19 MEI 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Industri Bukit RajaTempat KerjaSelangorKlang21194
2Jalan 223 PJTempat KerjaSelangorPetaling1671
3Jalan Endap SawitTempat KerjaSarawakSamarahan, Serian, dan Kuching2948
4Jalan Tanjung KupangTempat KerjaJohorJohor Bahru199953
5Jalan Tuan HitamTempat KerjaTerengganuBesut38323
6Paya Rumput UtamaTempat KerjaMelakaMelaka Tengah1149
7Victoria MerdekaTempat KerjaWP LabuanLabuan16151
8Jalan Kampung BakauTempat KerjaPerlisKangar78
9StunggangKomunitiSarawakLundu9135
10Kampung Tanjong JejulokKomunitiKelantanPasir Mas1526
11Kampung LimauKomunitiWP Kuala LumpurLembah Pantai2756
12Pagar Sungai ImamKomunitiSabahTawau2770
13Muhibbah DuaKomunitiSabahLahad Datu1422
14KolopisKomunitiSabahPenampang13113
15Jalan InangKomunitiMelakaMelaka Tengah1034
16Jalan Kenanga PertamaKeagamaanSelangorSabak Bernam29200
17Jalan PusaraKeagamaanSelangorSepang1328
18Jalan Timah EmpatKeagamaanJohorJohor Bahru2594
19Taman Sri RampaiKeagamaanWP Kuala LumpurTitiwangsa711
20Kampung KeranjiKeagamaanKelantanPasir Mas1437
21Kampung Batu TigaKeagamaanPerakBatang Padang dan Kuala Kangsar1066
22Jalan Senduduk SatuInstitusi Pendidikan KPMJohorJohor Bahru16202