Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 25 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

25 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,789 kes (460,062 kes kumulatif, 87.5%);
  • Kes baharu : 7,289 kes (525,889 kes kumulatif);
  • Kes import : 4 kes (1 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 7,285 kes [6,813 warganegara (93.5%); 472 bukan warganegara (6.5%)];
  • Kes aktif : 63,458 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :726 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 373 kes;
  • Kes kematian : 60 kes (2,369 kes kumulatif, 0.45%; 59 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,060 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,483 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 577 kluster.

Sebanyak 60 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 15 kes di Selangor, 10 kes di Johor, masing-masing enam (6) kes di Sarawak dan Kedah, lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing tiga (3) kes di Sabah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, masing-masing dua (2) kes di Negeri Sembilan dan Melaka serta masing-masing satu (1) kes di Pahang dan Terengganu.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Hasil survelan genomik yang dijalankan secara berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas sampel COVID-19 dari 17 Mei 2021 sehingga 23 Mei 2021 telah mengenalpasti dan mengesahkan kewujudan 13 lagi kes Variant of Concern (VOC):

  • 12 kes baharu yang dijangkiti varian South African B.1.351 telah dikesan di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, dan Johor; dan
  • Satu (1) kes baharu warganegara yang dijangkiti varian Indian B.1.617 (sublineage B.1.617.2) telah dikesan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti oleh varian South African B.1.351 adalah sebanyak 78 kes dan varian Indian B.1.671 (termasuk sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2) adalah sebanyak enam (6) kes

  • Varian South African B.1.351

Jadual 1: Ringkasan kes-kes COVID-19 dengan Varian South African B.1.351

 Kes COVID-19SaringanVarian South African B.1.351
Kluster Jalan Lima57 4474 kes
Kluster Kebun Baru 1,116 1,5859 kes
Kluster Teknologi Emas 279 3463 kes
Kluster Jalan Canning Estate 251 69310 kes
Kluster Kampung Bunut Sarang Burung 192 33210 kes
Kluster Kampung Domis 442 8997 kes
Kluster Bangkahulu 89 1,0451 kes
Kluster Bayan Cenderawasih 2128546 kes (5 kes baharu)
Saringan Kontak Rapat--20 kes  (1 kes baharu)
Jangkitan COVID-19 selepas divaksinasi--1 kes
Saringan bergejala--4 kes  (3 kes baharu)
Lain-lain saringan--3 kes baharu
Jumlah78 Kes ( 12 kes baharu)
  • Varian Indian B.1.617.2

Satu (1) kes melibatkan warganegara Malaysia telah dikesan positif COVID-19 dengan varian Indian B.1.617.2. Kes merupakan kontak rapat kepada warganegara India yang sama-sama menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 23 April 2021. Warganegara India tersebut telah dikesan positif COVID-19 sewaktu dalam tempoh kuarantin. Kes warga tempatan ini mempunyai gejala pada 3 Mei 2021 dan menjalani ujian RTK-Ag pada hari yang sama, seterusnya dikesan positif RT-PCR pada 4 Mei 2021.

Sebagai makluman, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula dari 25 Mei 2021 sehingga 7 Jun 2021 setelah mengambil kira status perkembangan pandemik COVID-19 di negara yang semakin membimbangkan dan kemunculan varian-varian baharu dalam komuniti. Seperti yang telah diketahui, varian baharu ini mempunyai kadar kebolehjangkitan COVID-19 dan kematian yang lebih tinggi.

Sehubungan itu, KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik, meningkatkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk terus mengamalkan Kawalan Pergerakan Kendiri di rumah atau “PKP Kendiri” dengan penuh tanggungjawab. Bagi tempoh dua (2) minggu ini duduklah di rumah jika tiada keperluan yang mendesak untuk keluar. Sekiranya perlu keluar, patuhilah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan dan lindungi diri seperti yang sering dinasihatkan oleh KKM. Kita memerlukan tempoh masa ini bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

25 Mei 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 25 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,642 (1)172,320
SABAH26660,828
JOHOR 66455,095
WP KUALA LUMPUR604 (3)54,711
SARAWAK 51343,326
PULAU PINANG38026,499
NEGERI SEMBILAN41023,443
KELANTAN  42523,422
PERAK21818,998
KEDAH33616,028
MELAKA25810,348
PAHANG 2118,240
TERENGGANU2687,498
WP LABUAN632,945
WP PUTRAJAYA231,737
PERLIS8451
JUMLAH KESELURUHAN7,289 (4)525,889

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 60 kes kematian pada 25 Mei 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
2310SabahPerempuan (WN)3Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, LikasPenyakit leukemia
2311SabahPerempuan (WN)66Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis dan tuberkulosis
2312WP Kuala LumpurLelaki (WN)86Hospital Rehabilitasi, Cheras-
2313SelangorLelaki (WN)81Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2314SarawakLelaki (WN)69Hospital MiriPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2315SelangorLelaki (WN)59Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2316SarawakLelaki (WN)74Hospital SibuPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan paru-paru obstruktif kronik
2317WP Kuala LumpurPerempuan (WN)54Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2318SelangorLelaki (WN)82Hospital Rehabilitasi, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
2319Negeri SembilanLelaki (WN)68Hospital Tuanku Ja’afar, SerembanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2320KedahLelaki (WN)63Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2321WP Kuala LumpurLelaki (WN)77Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2322Pulau PinangLelaki (WN)85Hospital Gleneagles, Pulau PinangPenyakit darah tinggi dan jantung
2323KedahLelaki (WN)81Hospital Kuala NerangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
2324WP Kuala LumpurPerempuan (WN)90Hospital Rehabilitasi, CherasPenyakit darah tinggi
2325KelantanPerempuan (WN)44Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit thalassemia
2326SelangorLelaki (WN)74Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2327KedahLelaki (WN)57Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniPenyakit kencing manis, darah tinggi, strok, jantung, dan buah pinggang kronik
2328MelakaLelaki (WN)73Hospital MelakaPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan kanser hati
2329JohorPerempuan (WN)82Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
2330JohorLelaki (WN)56Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit darah tinggi, jantung, dan paru-paru obstruktif kronik
2331SelangorLelaki (WN)54Hospital SerdangPenyakit darah tinggi dan gout
2332SelangorLelaki (WN)83Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2333JohorLelaki (WN)86Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit jantung dan tuberkulosis
2334SelangorLelaki (WN)79Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2335SelangorLelaki (WN)57Hospital Kajang-
2336SelangorPerempuan (WN)74Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2337MelakaPerempuan (WN)88Hospital MelakaPenyakit darah tinggi
2338SelangorPerempuan (WN)59Hospital KajangPenyakit kencing manis
2339JohorLelaki (WN)51Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2340SarawakLelaki (WN)80Hospital Umum Sarawak, KuchingPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
2341PerakPerempuan (WN)62Hospital Teluk IntanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan kanser
2342JohorPerempuan (WN)44Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang-
2343SarawakLelaki (WN)82Hospital Umum Sarawak, KuchingPenyakit darah tinggi dan paru-paru obstruktif kronik
2344Pulau PinangPerempuan (WN)74Hospital Pulau PinangPenyakit darah tinggi dan Obstructive Sleep Apnoea
2345KelantanLelaki (WN)73Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu-
2346PerakLelaki (WN)71Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, gout, dan dislipidemia
2347JohorLelaki (WN)82Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik,dan asma
2348SelangorPerempuan (WN)82Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit darah tinggi
2349JohorPerempuan (WN)81Hospital Kota TinggiPenyakit darah tinggi
2350SarawakLelaki (WN)41Jenazah dibawa ke Hospital Miri-
2351KelantanLelaki (WN)90Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai-
2352KedahPerempuan (WN)53Hospital JitraPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan strok
2353SarawakPerempuan (WN)81Hospital Umum Sarawak, KuchingPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2354KedahLelaki (WN)55Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2355PahangLelaki (WN)89Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanKanser
2356SelangorPerempuan (WN)81Hospital Shah AlamPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
2357SelangorLelaki (WN)67Hospital AmpangPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan strok
2358SelangorPerempuan (WN)61Hospital Shah AlamPenyakit darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
2359SelangorLelaki (WN)58Hospital SerdangPenyakit jantung
2360SabahPerempuan (WN)93Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu-
2361JohorLelaki (WN)68Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit darah tinggi
2362JohorLelaki (WN)78Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, Parkinson, dan strok
2363JohorLelaki (WN)75Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru-
2364WP Kuala LumpurLelaki (WN)56Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2365Pulau PinangPerempuan (WN)80Jenazah dibawa ke Hospital Balik Pulau -
2366Negeri SembilanPerempuan (WN)79Hospital Tuanku Ja’afar, SerembanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2367KedahLelaki (WN)71Hospital Kuala NerangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2368TerengganuLelaki (WN)67Hospital BesutPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
2369PerakLelaki (BWN)87Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 3

Perincian 7,289 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,6421082,0101523
JOHOR664159365-140
WP KUALA LUMPUR604753773149
SARAWAK51329411-73
KELANTAN425113248-64
NEGERI SEMBILAN41082224-104
PULAU PINANG38053193-134
KEDAH33644150-142
TERENGGANU26864164-40
SABAH26694117-55
MELAKA25883126-49
PERAK21830126-62
PAHANG21167108-36
WP LABUAN634214-7
WP PUTRAJAYA23-12-11
PERLIS8-6-2
JUMLAH KESELURUHAN7,2891,0434,65141,591

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 25 MEI 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Tapak Bina Persiaran Setia DagangTempat KerjaSelangorPetaling7198
2Jalan Enam Selatan 1ATempat KerjaSelangorSepang, Petaling dan Kuala Langat1865
3Jalan Cemerlang ElektrikTempat KerjaJohorJohor Bahru1851
4Tasek RajaTempat KerjaKelantanPasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah34592
5Jalan Segambut LentangTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong dan Titiwangsa24163
6Perusahaan Maju EnamTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah9100
7Dah Charok BembanTempat KerjaKedahBaling dan Sik34210
8Kalabakan SelatanTempat KerjaSabahKalabakan2277
9Industri Kledang SatuTempat KerjaPerakKinta2181
10Sungai Isap PerdanaTempat KerjaPahang dan SelangorKuantan dan Hulu Langat60556
11Jalan Tahir MananKomunitiSelangorKuala Selangor2428
12Jalan Dato PermaisuriKomunitiSarawakMiri31176
13Jalan SelendangKomunitiJohorKulai1268
14Jalan SekuntumKomunitiJohorJohor Bahru1751
15Desa Pinggiran PutraKeagamaanSelangorSepang1859