Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 26 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

26 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,665 kes (464,727 kes kumulatif, 87.1%);
  • Kes baharu : 7,478 kes (533,367 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 7,473 kes [6,913 warganegara (92.5%); 560 bukan warganegara (7.5%)];
  • Kes aktif : 66,208 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :756 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 377 kes;
  • Kes kematian : 63 kes (2,432 kes kumulatif, 0.46%; 57 warganegara, 6 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,082 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 22 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,489 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 593 kluster.

Sebanyak 63 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 24 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing lapan (8) kes di Johor dan Kedah, lima (5) kes di Perak, tiga (3) kes di Melaka, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Negeri Sembilan, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Pahang.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SARANAN AMALAN KAWALAN PERGERAKAN KENDIRI DAN KELUARGA BAGI MEMUTUSKAN JANGKITAN COVID-19

KKM ingin menyeru rakyat Malaysia untuk mengamalkan Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga sebagai langkah memutuskan rantaian penularan COVID-19. Ini mengambil kira situasi semasa yang semakin serius di mana COVID-19 menular di kebanyakan tempat, akibat daripada peningkatan kes-kes sporadik dalam komuniti. Secara tidak sedar, sesiapa sahaja boleh dijangkiti atau menjangkiti individu lain.

Hakikatnya virus tidak bergerak, yang bergerak adalah manusia dan yang berhimpun juga adalah manusia. Semakin banyak pergerakan masyarakat dan kontak dengan orang lain, semakin tinggi kebarangkalian untuk virus SARS-CoV-2 merebak dan menjangkiti. Lebih-lebih lagi jika masyarakat tidak memakai pelitup muka, saling bersentuhan, tidak menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 hingga 2 meter di antara satu sama lain, bersesak-sesak di tempat yang sempit, dan tiada pengudaraan yang baik. Tindakan-tindakan seperti inilah yang perlu dielakkan semua pihak agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan. 

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus mempraktikkan Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga serta kurangkan berada di luar rumah. Antara amalan-amalan atau langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut;

  1. Kekal duduk di rumah dan hanya keluar apabila perlu;
  2. Sekiranya perlu keluar, hanya seorang wakil bagi setiap rumah untuk sebarang urusan di luar serta sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan;
  3. Bekerja dari rumah bagi mereka yang dibenarkan. Majikan juga diminta akur dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara mengenai polisi Bekerja Dari Rumah;
  4. Rancang pergerakan bagi mengelakkan kesesakan di tempat awam;
  5. Penuhkan tangki minyak kenderaan supaya tidak perlu kerap mengisinya;
  6. Elakkan daripada menyertai sebarang aktiviti berisiko yang melibatkan orang ramai;
  7. Belilah barang keperluan secara atas talian atau secara pukal bagi kegunaan seisi rumah;
  8. Buat temujanji sebelum berjumpa dengan doktor;
  9. Masak makanan sendiri yang lebih berkhasiat;
  10. Kekal sihat dengan mengamalkan pelbagai aktiviti senaman di dalam kawasan rumah sendiri;
  11. Amalkan prinsip tidak menerima tetamu di rumah untuk tempoh ini. Sebaliknya, optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan ahli keluarga dan rakan;
  12. Beribadahlah di rumah bersama ahli keluarga atau isi rumah masing-masing;

Rutin di atas adalah sesuatu yang tidak asing bagi penduduk Malaysia. Kita pernah membuktikan bahawa Malaysia mampu mengawal pandemik COVID-19 dengan mencatatkan sifar kes harian pada gelombang kedua. Kita haruslah terus konsisten mematuhi SOP yang telah digariskan dan berusaha mengamalkan langkah-langkah Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga.

Kita mungkin belum menang, tetapi kita belum kalah. Tanggungjawab kini di atas bahu kita semua untuk menjaga diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.

SAMBUTAN HARI WESAK 2021

KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di Malaysia. Semoga kemeriahan sambutan masih dapat dikongsi bersama seisi keluarga di rumah meskipun perlu menyambutnya dalam suasana mencabar pada ketika ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

26 Mei 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 26 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,455 (2)174,775
SABAH22961,057
JOHOR 58755,682
WP KUALA LUMPUR76055,471
SARAWAK 640 (3)43,966
PULAU PINANG42026,919
KELANTAN   54723,969
NEGERI SEMBILAN37023,813
PERAK26419,262
KEDAH54216,570
MELAKA23010,578
PAHANG 1718,411
TERENGGANU1777,675
WP LABUAN492,994
WP PUTRAJAYA291,766
PERLIS8459
JUMLAH KESELURUHAN7,478 (5)533.367

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 63 kes kematian pada 26 Mei 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (warganegara) Umur (Tahun) Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
2370WP Kuala LumpurPerempuan (WN)78Hospital Sungai Buloh-
2371SelangorPerempuan (WN)73Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
2372PahangLelaki (WN)70Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
2373SelangorLelaki (WN)53Hospital SerdangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
2374Negeri SembilanPerempuan (WN)85Hospital Tuanku Ja’afar, SerembanPenyakit darah tinggi
2375SelangorLelaki (WN)69Hospital Serdang-
2376SelangorPerempuan (WN)65Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis dan dislipidemia
2377SelangorPerempuan (WN)42Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, Systemic Lupus Erythematosus, buah pinggang kronik, dan paru-paru kronik  
2378SarawakLelaki (WN)66Hospital BintuluPenyakit kencing manis, buah pinggang kronik, jantung, dan hati
2379KedahPerempuan (WN)55Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
2380JohorLelaki (WN)61Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit darah tinggi
2381PerakPerempuan (WN)67Hospital Seri ManjungPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan dislipidemia
2382KedahLelaki (WN)70Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit strok
2383SelangorLelaki (WN)82Pusat Perubatan Universiti MalayaPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
2384PerakLelaki (WN)72Hospital TaipingPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
2385KedahLelaki (WN)42Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar-
2386KedahPerempuan (WN)50Hospital KulimPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
2387JohorPerempuan (WN)64Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit kencing manis, darah tinggi, obesiti, dan dislipidemia
2388WP Kuala LumpurPerempuan (WN)68Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis dan hyperthyroid
2389PerakLelaki (WN)71Hospital Taiping-
2390KedahPerempuan (WN)82Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2391JohorLelaki (WN)64Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan dislipidemia
2392SelangorLelaki (WN)79Hospital SelayangPenyakit darah tinggi, jantung,hati, strok, dan dislipidemia  
2393SelangorLelaki (WN)74Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2394SelangorLelaki (WN)58Hospital SelayangPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, hati, dan paru-paru obstruktif kronik
2395Negeri SembilanLelaki (WN)66Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit kencing manis, hati, jantung, dan buah pinggang kronik
2396KedahPerempuan (WN)34Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis
2397PerakLelaki (WN)81Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2398KedahPerempuan (WN)67Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2399JohorPerempuan (WN)38Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar-
2400SelangorPerempuan (WN)51Jenazah dibawa ke Hospital Serdang-
2401SelangorLelaki (WN)73Jenazah dibawa ke Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
2402SelangorLelaki (WN)42Jenazah dibawa ke Hospital SerdangPenyakit darah tinggi dan obesiti
2403PerakLelaki (WN)70Hospital TaipingPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
2404KedahLelaki (WN)74Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit darah tinggi, jantung, kanser buah pinggang, dan gastroduodenitis
2405SelangorPerempuan (WN)94Hospital Ampang-
2406SelangorLelaki (WN)85Hospital KajangPenyakit buah pinggang kronik
2407SelangorPerempuan (WN)77Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2408SelangorLelaki (WN)72Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2409SelangorPerempuan (WN)55Hospital SelayangPenyakit kencing manis, buah pinggang kronik, strok, dan darah tinggi
2410SelangorPerempuan (WN)30Hospital KajangObesiti
2411SelangorLelaki (WN)60Hospital SelayangKanser neuroendocrine
2412SelangorPerempuan (WN)75Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti MalayaPenyakit saraf
2413SelangorPerempuan (WN)68Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti MalayaPenyakit darah tinggi
2414JohorLelaki (WN)65Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit darah tinggi dan jantung
2415JohorLelaki (WN)49Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru-
2416JohorLelaki (WN)56Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, gout, dan hyperparathyroid
2417WP Kuala LumpurLelaki (WN)20Hospital Sungai Buloh-
2418WP Kuala LumpurLelaki (WN)82Institut Jantung Negara, Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
2419WP Kuala LumpurPerempuan (WN)80Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
2420WP Kuala LumpurLelaki (WN)78Hospital Kuala Lumpur-
2421WP Kuala LumpurPerempuan (WN)62Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2422WP Kuala LumpurLelaki (WN)58Pusat Perubatan Universiti MalayaPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan dislipidemia
2423SarawakPerempuan (WN)71Hospital MiriPenyakit jantung dan asma
2424MelakaPerempuan (WN)76Hospital MelakaPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2425MelakaLelaki (WN)65Jenazah dibawa ke Hospital MelakaPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2426MelakaLelaki (WN)73Hospital MelakaPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2427SelangorPerempuan (BWN)67Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit dislipidemia
2428SelangorLelaki (BWN)56Hospital AmpangPenyakit kencing manis dan jantung
2429SelangorPerempuan (BWN)25Jenazah dibawa ke Hospital SerdangObesiti dan Obstructive Sleep Apnea
2430SabahPerempuan (BWN)35Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas-
2431JohorPerempuan (BWN)58Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru-
2432WP Kuala LumpurLelaki (BWN)62Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 3

Perincian 7,478 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,455681,8122573
WP KUALA LUMPUR76058456-246
SARAWAK640884483101
JOHOR587116333-138
KELANTAN54785306-156
KEDAH54236338-168
PULAU PINANG420137194-89
NEGERI SEMBILAN37059227-84
PERAK26442140-82
MELAKA23080115-35
SABAH22960105-64
TERENGGANU17723117-37
PAHANG1719658-17
WP LABUAN492415-10
WP PUTRAJAYA29-24-5
PERLIS8-7-1
JUMLAH KESELURUHAN7,4789724,69551,806

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 26 MEI 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Kampung Tun       Abdul RazakTempat KerjaSelangorHulu Selangor9155
2Jalan BersatuTempat KerjaSelangorKlang1115
3Meranti Jaya 2Tempat KerjaSelangorSepang dan Petaling2352
4Jalan SukmaTempat KerjaSarawakKuching dan Samarahan1078
5Jalan Bukit SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru753
6Jalan Satu Ayer HitamTempat KerjaJohorBatu Pahat dan Kluang13153
7Jalan Tengar IndustriTempat KerjaJohorJohor Bahru8117
8Jalan Temenggung DuaTempat KerjaJohorJohor Bahru27167
9Industri Zon Dagang SatuTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan,        Barat Daya, dan Timur Laut793,350
10Perusahaan Maju SepuluhTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan2546
11Jalan Cassia       Selatan LimaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan dan Timur Laut39236
12Jalan IKATempat KerjaPerakLarut, Matang dan Selama dan  Kuala Kangsar3790
13Industri Kampung TersangTempat KerjaPahangRaub15124
14Kampung Semerah PadiKomunitiSarawakKuching dan Asajaya21103
15Bandar Lama MachangKomunitiKelantanMachang842
16Kampung KenjongKomunitiKelantanPasir Mas1333
17Sungai PukulKomunitiSabahTawau1873
18Delima RayaKomunitiPahangBentong3649
19Kauran DurokKomunitiSabahKeningau1231
20Lestari MewahKeagamaanSelangorSepang dan Hulu Langat1149
21Jalan Harmoni UtamaKeagamaanJohorJohor Bahru1986
22Chat LipisKeagamaanPahangLipis21170