Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 27 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

27 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 27 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,598 kes (469,325 kes kumulatif, 86.7%);
  • Kes baharu : 7,857 kes (541,224 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (2 warganegara, 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 7,849 kes [7,340 warganegara (93.5%); 509 bukan warganegara (6.5%)];
  • Kes aktif : 69,408 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :771 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 392 kes;
  • Kes kematian : 59 kes (2,491 kes kumulatif, 0.46%; 59 warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,102 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 20 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,498 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 604 kluster.

Sebanyak 59 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 19 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Sarawak, tujuh (7) kes di Johor, enam (6) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima (5) kes di Kelantan, empat (4) kes di Negeri Sembilan, tiga (3) kes di Pulau Pinang, dua (2) kes di Kedah, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Melaka, Perak, dan Terengganu.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

STATUS TERKINI KLUSTER TEMPAT KERJA

Sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada 25 Januari 2020 sehingga 26 Mei 2021, sebanyak 1,085 kluster tempat kerja telah dilaporkan dengan jumlah 129,322 kes. Namun kebelakangan ini, terdapat peningkatan tren kluster tempat kerja yang semakin membimbangkan.

Bermula 1 April 2021 sehingga 26 Mei 2021, sebanyak 287 kluster tempat kerja telah dilaporkan dengan jumlah 17,087 kes (Rajah 1). Daripada jumlah itu, 233 kluster tempat kerja ini adalah masih aktif, melibatkan sejumlah 16,785 kes aktif. Tiga (3) negeri yang melaporkan jumlah kluster tempat kerja yang tertinggi dalam tempoh ini merupakan negeri Selangor dengan 74 kluster (25.78 peratus), negeri Johor dengan 53 kluster (18.47 peratus) dan negeri Pulau Pinang dengan 31 kluster (10.80 peratus).

Rajah 1: Bilangan kluster COVID-19 di tempat kerja yang direkodkan dari 1 April 2021 sehingga 26 Mei 2021 di Malaysia.

Analisa terperinci sub-kategori tempat kerja pula mendapati sektor pengilangan melaporkan bilangan kluster yang tertinggi berbanding sub-kategori yang lain, iaitu sebanyak 132 kluster (46 peratus) dalam tempoh yang sama. Ini diikuti dengan sektor perkhidmatan yang melaporkan 57 kluster (20 peratus).

Walaupun kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 bermula pada 12 Mei 2021, namun tren kluster di tempat kerja masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara. Sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes telah dilaporkan di antara 12 Mei 2021 sehingga 26 Mei 2021 di mana lebih separuh daripada jumlah tersebut melibatkan sektor pengilangan (62 kluster, 53.4 peratus).

Oleh itu, KKM menyambut baik inisiatif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memperkenalkan SOP baharu dikenali sebagai Safe@Work bagi mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan dengan pengawalan COVID-19 seperti penubuhan pasukan kecemasan COVID-19 oleh pihak syarikat, sanitasi berkala premis, dan memastikan penginapan selesa bagi pekerja.

KKM menasihatkan para majikan untuk memastikan langkah-langkah berikut adalah dilaksanakan di tempat kerja:

  • Penyediaan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer;
  • Pekerja mengenakan pelitup muka setiap masa;
  • Amalan penjarakkan sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan;
  • Elakkan pekerja berkumpul di ruang yang sempit (confined space)
  • Elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa (crowded place)
  • Amalkan jarak 1 meter semasa bertutur (close conversation)
  • Kerap melaksanakan proses nyah kuman dan nyah cemar, terutamanya di ruang guna sama;

Majikan juga disaran proaktif dalam memastikan langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 turut diambil dan diikuti oleh pekerja di tempat penginapan mereka seperti berikut:

  • Elakkan 3C / 3S seperti yang telah disarankan;
  • Pastikan katil atau tempat tidur disusun mengikut penjarakkan sekurang-kurangya 1 hingga 2 meter antara satu sama lain;
  • Elakkan penyediaan makanan secara berkumpulan atau beramai-ramai;
  • Elakkan makan beramai-ramai di ruang makan;
  • Pastikan tempat tonton TV atau ruang rehat tidak sesak pada masa yang sama;
  • Pastikan kebersihan tempat penginapan termasuk tandas dan persekitarannya sentiasa dijaga dengan kerap menjalankan sanitasi dan pembersihan.

Bagi pekerja-pekerja pula, adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan semasa di tempat kerja denganmenjaga keselamatan diri, memakai pelitup muka, tidak bersembang dekat, menjaga kebersihan tempat makan atau fasiliti gunasama dan memantau gejala, serta memaklumkan kepada majikan dengan kadar segera sekiranya bergejala. Elakkan datang bertugas bagi mengurangkan risiko penyebaran penyakit dan dapatkan pemeriksaan segera.

Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan tempat kerja dan penginapan pekerja berada dalam keadaan yang kondusif dan selamat untuk digunakan. Ini akan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dan juga lain-lain jangkitan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 Mei 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 27 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,675177,450
SABAH217 (1)61,274
JOHOR 549 (1)56,231
WP KUALA LUMPUR561 (2)56,032
SARAWAK 77244,738
PULAU PINANG36527,284
KELANTAN   75424,723
NEGERI SEMBILAN35324,166
PERAK228 (4)19,490
KEDAH44117,011
MELAKA23410,812
PAHANG 2388,649
TERENGGANU2827,957
WP LABUAN1703,164
WP PUTRAJAYA121,778
PERLIS6465
JUMLAH KESELURUHAN7,857 (8)541,224

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 59 kes kematian pada 27 Mei 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar belakang
2433WP Kuala LumpurPerempuan (WN)80Hospital Kuala Lumpur-
2434JohorPerempuan (WN)64Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit darah tinggi
2435SelangorLelaki (WN)74Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang-
2436SelangorLelaki (WN)65Hospital Sungai BulohKencing manis dan darah tinggi
2437SabahPerempuan (WN)72Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis dan jantung
2438SelangorLelaki (WN)63Hospital AmpangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
2439SarawakPerempuan (WN)72Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, gout, dan hypothyroidism
2440SelangorPerempuan (WN)64Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
2441JohorLelaki (WN)44Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarTalasemia
2442WP Kuala LumpurPerempuan (WN)92Hospital Sungai Buloh-
2443SelangorLelaki (WN)75Hospital Sungai Buloh-
2444SelangorPerempuan (WN)58Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
2445SarawakLelaki (WN)91Hospital Sibu-
2446KedahLelaki (WN)63Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia, gout, dan strok
2447SelangorLelaki (WN)67Hospital SerdangPenyakit darah tinggi
2448WP Kuala LumpurLelaki (WN)55Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras-
2449SarawakPerempuan (WN)46Hospital BintuluPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2450SarawakPerempuan (WN)61Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
2451KelantanPerempuan (WN)62Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang KerianPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2452MelakaLelaki (WN)52Hospital Melaka-
2453KelantanPerempuan (WN)79Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang KerianPenyakit jantung
2454SelangorLelaki (WN)71Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
2455SelangorLelaki (WN)74Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan gout
2456SarawakLelaki (WN)66Hospital SibuPenyakit hati kronik
2457TerengganuLelaki (WN)49Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuObesiti
2458SelangorLelaki (WN)71Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit darah tinggi dan gout
2459JohorPerempuan (WN)74Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit strok
2460WP Kuala LumpurLelaki (WN)79Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan gout
2461WP Kuala LumpurPerempuan (WN)66Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit buah pinggang, dan strok
2462Negeri SembilanPerempuan (WN)49Hospital TampinObesiti
2463KelantanPerempuan (WN)70Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian-
2464JohorLelaki (WN)63Hospital SegamatObesiti
2465JohorLelaki (WN)55Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis dan obesiti
2466Pulau PinangLelaki (WN)82Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2467Negeri SembilanLelaki (WN)67Hospital Tuanku Ja’afar, SerembanPenyakit kencing manis, darah tinggi, paru-paru kronik, buah pinggang kronik, dan strok
2468SelangorPerempuan (WN)74Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2469Negeri SembilanLelaki (WN)72Hospital Tuanku Ja’afar, SerembanPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan kanser usus
2470KelantanPerempuan (WN)84Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang KerianPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
2471SarawakLelaki (WN)82Hospital SibuPenyakit darah tinggi, dislipidemia, buah pinggang kronik, dan paru-paru kronik
2472SarawakPerempuan (WN)72Jenazah dibawa ke Hospital SibuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2473Pulau PinangPerempuan (WN)85Hospital Pulau PinangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
2474Negeri SembilanLelaki (WN)56Hospital Tuanku Ja’afar, SerembanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
2475KelantanPerempuan (WN)81Hospital TumpatPenyakit paru-paru kronik
2476SarawakPerempuan (WN)33Jenazah dibawa ke Hospital MiriPenyakit kencing manis dan asma
2477KedahLelaki (WN)66Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
2478SelangorLelaki (WN)74Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit darah tinggi, jantung, dan strok
2479SelangorLelaki (WN)75Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
2480SelangorLelaki (WN)72Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2481SelangorLelaki (WN)70Hospital Shah AlamPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
2482SelangorPerempuan (WN)33Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
2483SarawakLelaki (WN)63Hospital MiriPenyakit jantung
2484Negeri SembilanPerempuan (WN)47Hospital Tuanku Ja’afar, SerembanPenyakit kencing manis, gout, dan obesiti
2485SelangorLelaki (WN)72Jenazah dibawa ke Hospital SerdangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2486SelangorPerempuan (WN)62Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
2487SelangorPerempuan (WN)62Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
2488JohorLelaki (WN)99Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit darah tinggi
2489JohorLelaki (WN)46Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2490Pulau PinangPerempuan (WN)80Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2491PerakLelaki (WN)74Hospital Teluk IntanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 3

Perincian 7,857 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 27 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,675602,034-581
SARAWAK77236558-178
KELANTAN754182436-136
WP KUALA LUMPUR5611242982137
JOHOR549643401144
KEDAH44136281-124
PULAU PINANG36552137-176
NEGERI SEMBILAN35351236-66
TERENGGANU28260184-38
PAHANG23897120-21
MELAKA23470131-33
PERAK22832123469
SABAH21744113159
WP LABUAN1709043-37
WP PUTRAJAYA1208-4
PERLIS601-5
JUMLAH KESELURUHAN7,8579985,04381,808

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 27 MEI 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Jalan Pinang 39KomunitiJohorJohor Bahru1695
2Jalan Wawasan TanjungKomunitiJohorKota Tinggi dan Johor Bahru1698
3Serom LimaKomunitiJohorTangkak1971
4Jalan Rusa WahaKomunitiJohorKota Tinggi dan Johor Bahru23195
5Sri SentosaKomunitiKelantanBachok2494
6Telok KemuntingKomunitiKelantanBachok1935
7Kampung Banggol PetalingKomunitiKelantanPasir Mas2144
8Desa RangguKomunitiSabahTawau1863
9Beg BerkunciTempat KerjaSelangorHulu Selangor1255
10Persiaran Kuala 2Tempat KerjaSelangorPetaling, Klang, Gombak, dan Kuala Langat322,804
11SelumitTempat KerjaSarawakSibu dan Tanjung Manis1991
12Sri MahangTempat KerjaKelantanKota Bharu dan Pasir Puteh2477
13Jalan Tahana IndustriTempat KerjaJohorJohor Bahru6123
14Taman ShamelinTempat KerjaWP Kuala LumpurCheras3161
15Batu Sepuluh Jalan GambangTempat KerjaPahangKuantan7140
16Tebuk BinjaiKeagamaanSelangorSabak Bernam1471
17Jalan SyawalKeagamaanPahangJerantut1020
18Jalan CenderawasihKeagamaanPerakKinta dan   Kuala Kangsar80230
19DTI Tanah MerahPusat TahananKelantanTanah Merah105372
20Jalan Kolej YayasanInstitusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah KPMMelakaAlor Gajah1656