Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 31 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

31 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,251 kes (490,038 kes kumulatif, 85.6%);
  • Kes baharu : 6,824 kes (572,357 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (1 warganegara, 2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,821 kes [6,239 warganegara (91.5%); 582 bukan warganegara (8.5%)];
  • Kes aktif : 79,523 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :851 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 422 kes;
  • Kes kematian : 67 kes (2,796 kes kumulatif, 0.49%; 64 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,188 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 25 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,533 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 655 kluster.

Sebanyak 67 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 15 kes di Selangor, 12 kes di Johor, lapan (8) kes diSarawak, enam (6) kes di Kedah, masing-masing lima (5) kes di Negeri Sembilan dan Kelantan, empat (4) kes di Pahang, masing-masing tiga (3) kes di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Melaka, dua (2) kes di Sabah, sertasatu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan, hasil survelan genomik yang dijalankan secara berterusan sehingga kini telah mengenalpasti  sebanyak 119 kes COVID-19 yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI). Daripada jumlah ini, sebanyak 14 kes adalah jangkitan import daripada luar negara, manakala 105 kes lagi  adalah jangkitan dalam negara. Daripada jumlah 119 kes yang dikesan tersebut,  104 kes adalah VOC dan 15 kes adalah VOI.

  1. Variant of Concern (VOC) yang dilaporkan adalah seperti berikut, iaitu:
    • 89 kes adalah varian B.1.351 (kesemua kes jangkitan dalam negara);
    • Sembilan (9) kes adalah varian B.1.1.7 (5 kes jangkitan import dan 4 kes jangkitan dalam negara); dan
    • Enam (6) kes varian B.1.617 (kesemuanya jangkitan import).
  2. Variant of Interest (VOI) yang dilaporkan pula adalah seperti berikut, iaitu:
    • 12 kes adalah varian P.3 (kesemua kes jangkitan dalam negara); dan
    • Tiga (3) kes adalah varian B.1.525 (kesemua kes jangkitan import).

Bilangan kes positif COVID-19 dengan VOC dan VOI mengikut negeri sehingga 31 Mei 2021 adalah seperti berikut:

Bilangan kes positif COVID-19 dengan VOC dan VOI mengikut negeri sehingga 31 Mei 2021

Seperti yang dapat dilihat dalam jadual di atas, virus COVID-19 jenis VOC telah dikesan di setiap negeri dalam Malaysia terutamanya bagi varian B.1.351. Oleh itu, besar kemungkinan sudah pun berlaku penularan lebih meluas dalam komuniti bagi sekurang-kurangnya satu (1) jenis VOC di hampir semua negeri di Malaysia. Memandangkan VOC didapati mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi, situasi ini perlu diambil serius oleh setiap individu. Sekiranya rantaian jangkitan penularan tidak diputuskan, ianya akan terus merebak dan lebih sukar bagi kita untuk terus membendung peningkatan kes COVID-19.

Sehubungan itu, KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik, memperbanyakkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti.

Selain pelaksanaan total lockdown yang bermula pada 1 Jun 2021, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) juga akan terus dilaksanakan bagi kawasan-kawasan dengan pelaporan kes yang tinggi. Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular ke lokaliti-lokaliti lain. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dilaksanakan secara bersasar dalam kalangan komuniti yang terlibat.

Dengan pelaksanaan perintah ini:

  • dari rumah sepanjang tempoh perintah PKPD dikuatkuasakan;
  • pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah PKPD dikuatkuasakan; dan
  • semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

Bagi kawasan-kawasan lain, orang ramai dinasihatkan untuk kekal berada di rumah sepanjang masa. Sekiranya terpaksa keluar atas urusan penting, patuhilah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan dan lindungilah diri seperti yang sering dinasihatkan oleh KKM. Tempoh masa dua (2) minggu ini adalah amat kritikal bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia dan ianya perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua lapisan masyarakat.

Semoga dengan segala usaha yang dijalankan dapat melandaikan keluk pandemik COVID-19 di negara kita dan memastikan kelestarian sistem penjagaan kesihatan yang baik di Malaysia. 

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

31 Mei 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 31 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,111 (1)186,926
SABAH20762,244
WP KUALA LUMPUR387 (1)58,654
JOHOR 48958,383
SARAWAK 654 (1)47,329
PULAU PINANG32828,626
KELANTAN   69527,788
NEGERI SEMBILAN25326,305
PERAK25520,634
KEDAH46418,909
MELAKA35212,086
PAHANG 2199,577
TERENGGANU2048,771
WP LABUAN1663,722
WP PUTRAJAYA281,892
PERLIS12511
JUMLAH KESELURUHAN6,824 (3)572,357

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 67 kes kematian pada 31 Mei 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (Warganegara)Umur (Tahun)HospitalLatar Belakang Penyakit
2730KelantanPerempuan (WN)75Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2731SelangorLelaki (WN)67Hospital Sungai Buloh-
2732KedahLelaki (WN)64Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis dan dislipidemia
2733SelangorPerempuan (WN)88Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit darah tinggi, strok, dan dislipidemia
2734MelakaPerempuan (WN)65Hospital MelakaRheumathoid arthritis, anemia
2735PahangLelaki (WN)65Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2736SelangorLelaki (WN)53Jenazah dibawa ke Hospital KajangPenyakit darah tinggi
2737SarawakLelaki (WN)51Hospital MiriPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan peripheral vascular disease
2738KelantanLelaki (WN)15Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang kerianLeukemia
2739Negeri SembilanLelaki (WN)82Hospital TampinPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2740SelangorPerempuan (WN)46Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
2741KelantanLelaki (WN)65Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit darah tinggi, dislipidemia, jantung, Cushing’s syndrome, dan sleep apnoea
2742KedahPerempuan (WN)80Hospital Kuala NerangPenyakit darah tinggi dan Strok
2743SelangorPerempuan (WN)59Hospital Sungai BulohObesiti
2744SelangorLelaki (WN)54Hospital KajangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
2745Pulau PinangPerempuan (WN)66Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis, darah tinggi, hati, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
2746KedahPerempuan (WN)70Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2747JohorPerempuan (WN)52Hospital Sultanah Aminah Johor BharuPenyakit kencing manis dan asma
2748SarawakLelaki (WN)67Hospital SibuPenyakit darah tinggi, paru-paru kronik, dan dislipidemia
2749KedahPerempuan (WN)54Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit penyakit buah pinggang dan tiroid
2750PahangPerempuan (WN)57Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan tiroid
2751JohorLelaki (WN)73Hospital Pakar Sultanah Fatimah MuarPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan strok
2752KelantanLelaki (WN)74Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang KerianKanser
2753KedahLelaki (WN)78Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2754KedahPerempuan (WN)71Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, buah pinggang kronik, dan dislipidemia
2755SelangorLelaki (WN)75Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik
2756SelangorLelaki (WN)73Hospital KajangPenyakit darah tinggi, paru-paru kronik, dan asma
2757SarawakPerempuan (WN)70Hospital Umum Sarawak, KuchingPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2758SarawakLelaki (WN)63Hospital Umum Sarawak, KuchingPenyakit darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
2759SarawakLelaki (WN)60Hospital MiriPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
2760Negeri SembilanLelaki (WN)67Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2761PahangLelaki (WN)94Hospital BentongPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2762PahangLelaki (WN)60Hospital BentongPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang, dan dislipidemia
2763SelangorPerempuan (WN)54Hospital KajangPenyakit kencing manis, darah tinggi, asma, dan obesiti
2764SabahLelaki (WN)75Hospital Lahad Datu-
2765JohorLelaki (WN)64Hospital Sultanah Aminah, Johor BharuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2766SelangorLelaki (WN)74Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
2767JohorPerempuan (WN)54Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
2768WP Kuala LumpurLelaki (WN)51Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2769SarawakPerempuan (WN)75Hospital SibuPenyakit penyakit jantung, strok, dan glaucoma
2770KelantanLelaki (WN)62Jenazah dibawa ke Hospital TumpatPenyakit darah tinggi dan strok
2771Negeri SembilanPerempuan (WN)55Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2772Negeri SembilanPerempuan (WN)82Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit kencing manis
2773MelakaPerempuan (WN)65Hospital MelakaPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
2774SelangorLelaki (WN)68Hospital KajangPenyakit kencing manis
2775SelangorPerempuan (WN)84Hospital Shah AlamPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2776SelangorLelaki (WN)50Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2777SabahPerempuan (WN)81Hospital Lahad Datu-
2778SarawakPerempuan (WN)74Jenazah dibawa ke Hospital KapitPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2779Pulau PinangLelaki (WN)72Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, gout, dan dislipidemia
2780SelangorLelaki (WN)70Hospital Sungai BulohPenyakit jantung
2781SelangorPerempuan (WN)61Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
2782Negeri SembilanLelaki (WN)73Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit darah tinggi
2783JohorLelaki (WN)68Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2784JohorLelaki (WN)78Hospital Sultanah Ismail, Johor Bharu-
2785JohorLelaki (WN)65Hospital Sultanah Aminah Johor BharuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2786JohorLelaki (WN)58Hospital Sultan Ismail, Johor BharuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2787JohorPerempuan (WN)53Hospital Sultanah Aminah, Johor BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2788JohorLelaki (WN)67Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai-
2789SarawakLelaki (WN)66Hospital Sri AmanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2790Pulau PinangLelaki (WN)74Jenazah dibawa ke Hospital Balik PulauPenyakit dislipidemia
2791MelakaLelaki (WN)66Jenazah dibawa ke Hospital Alor Gajah-
2792WP LabuanLelaki (WN)99Jenazah dibawa ke Hospital LabuanPenyakit darah tinggi
2793WP LabuanPerempuan (WN)87Jenazah dibawa ke Hospital LabuanPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2794WP LabuanPerempuan (BWN)59Hospital Labuan-
2795JohorLelaki (BWN)39Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu-
2796JohorPerempuan (BWN)63Hospital Sultanah Aminah Johor BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 6,824 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 31 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,111661,7181326
KELANTAN69545527-123
SARAWAK654694611123
JOHOR48971270-148
KEDAH46463321-80
WP KUALA LUMPUR387981791109
MELAKA352194127-31
PULAU PINANG32897149-82
PERAK25545138-72
NEGERI SEMBILAN25363152-38
PAHANG21996106-17
SABAH20741112-54
TERENGGANU20446125-33
WP LABUAN1668848-30
WP PUTRAJAYA28122-5
PERLIS12-9-3
JUMLAH KESELURUHAN6,8241,0834,46431,274

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 31 MEI 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Jalan Alam JayaTempat KerjaSelangorHulu Langat3537
2Jalan Perusahaan Dua LimaTempat KerjaSelangorHulu Langat, Gombak, dan Petaling2934
3Jalan Coastal Bintulu-MiriTempat KerjaSarawakBintulu491,574
4Jalan Sierra Perdana EmpatTempat KerjaJohorJohor Bahru742
5Dah PKNK 3/8Tempat KerjaKedahKuala Muda48280
6Perindustrian TrisegiTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai1952
7Jalan Mahsuri KluangTempat KerjaJohorKluang521,019
8Tapak Bina KlebangTempat KerjaMelakaMelaka Tengah124371
9Lintang Bayan Lepas EnamTempat KerjaPulau PinangBarat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Tengah25107
10Industri Bukit Minyak TujuhTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan15376
11Industri Indera Mahkota 14Tempat KerjaPahangKuantan28123
12Muara TabuanTempat KerjaSarawakKuching, Samarahan, Serian, dan Asajaya152500
13Industri Jalan KarakTempat KerjaPahangBentong37560
14Jalan SudirmanTempat KerjaPahangTemerloh1861
15Jalan Pantai PermaiKomunitiWP Kuala LumpurLembah Pantai22508
16Langgar HilirKomunitiTerengganuHulu Terengganu dan Marang32233
17Kampung Gelong BadakKomunitiKelantanBachok dan Kota Bharu1832
18Tok JawaKomunitiKelantanBachok1042
19Jalan Jambusan -SuncharKomunitiSarawakBau dan Kuching18243
20Dah BaganKomunitiKedahPadang Terap dan Pendang41175
21Kampung Sungai KerangKomunitiPerakManjung dan Perak Tengah21142
22MileniumKomunitiSabahTawau34101
23Kampung LanehKomunitiPerakKuala Kangsar dan Kinta2370
24Dah Batu DuaPendidikan TinggiKedahKota Setar1942
25Persiaran TitiwangsaKumpulan Berisiko TinggiWP Kuala LumpurTitiwangsa dan Kepong1367