Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 2 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

2 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,777 kes (501,898 kes kumulatif, 85.5%);
  • Kes baharu : 7,703 kes (587,165 kes kumulatif);
  • Kes import : 2 kes (1 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 7,701 kes [6,861 warganegara (89.1%); 840 bukan warganegara (10.9%)];
  • Kes aktif : 82,274 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :878 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 441 kes;
  • Kes kematian : 126 kes (2,993 kes kumulatif, 0.51%; 123 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,237 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 22 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,563 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 674 kluster.

Sebanyak 126 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 29 kes di Selangor, 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Negeri Sembilan, 12 kes di Kelantan, 11 kes di Johor, 10 kes di Kedah, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing lima (5) kes di Melaka dan Terengganu, empat (4) kes di Sarawak, tiga (3) kes di Pahang, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Perak, serta satu (1) kes di Pulau Pinang.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

PENINGKATAN KES COVID-19 YANG MEMBIMBANGKAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK BAWAH 5 TAHUN DI MALAYSIA

Seperti yang dimaklumkan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba, KKM sememangnya khuatir dan bimbang mengenai situasi penularan kes COVID-19 di kalangan kanak-kanak, terutamanya yang melibatkan bayi berumur kurang dari 1 tahun dan kanak-kanak bawah 5 tahun.

KKM berharap dengan segala maklumat yang diberikan KKM mengenai isu ini dapat menyedarkan semua pihak, terutamanya ibu bapa dan penjaga mengenai situasi penularan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak. Ibu bapa adalah berperanan sebagai pelindung kepada kanak-kanak. Mereka perlu mengambil tindakan proaktif untuk melindungi kanak-kanak agar tidak terdedah kepada bahaya COVID-19. Pesanan KKM kepada ibu bapa atau penjaga:

  1. Pantaulah pergerakan anak-anak agar kekal berada di rumah dan tidak keluar berjumpa kawan atau mengunjungi jiran tetangga;
  2. Hanya wakil keluarga dibenarkan untuk membeli barang keperluan keluarga, seperti mana yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Dalam perkara ini, ibu bapa sendiri perlu menjalankan tanggungjawab ini dan tidak membenarkan anak-anak remaja mengunjungi tempat tempat awam yang sesak dan berisiko tinggi;
  3. Anak-anak perlu dinasihatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan kebersihan kendiri yang betul sekiranya terpaksa keluar daripada rumah atas urusan yang tidak dapat dielakkan (misalnya ke hospital/ klinik;
  4. Ibu bapa yang mempunyai bayi dan kanak kanak bawah 5 tahun perlu menjalankan tanggungjawab dengan kekal duduk di rumah, tidak membawa anak-anak ke tempat-tempat yang berisiko seperti pasaraya, pasar awam, dan tempat sesak yang lain. Gunakan pembelian atas talian bagi membantu mendapatkan keperluan seharian

Semua pihak terutamanya  ibu bapa diseru untuk mengambil berat isu keselamatan dan kesihatan golongan kanak-kanak ini memandangkan mereka masih kecil dan sistem pertahanan tubuh mereka yang belum matang. Oleh itu, mereka cenderung untuk dijangkiti virus SARS-CoV-2. Kumpulan ini juga belum termasuk dalam golongan usia yang layak menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Justeru, ibu bapa dan ahli masyarakat sekitar harus melindungi mereka dengan mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin. Melalui cara ini, persekitaran yang lebih selamat dapat sama-sama kita bina bagi kelestarian generasi masa hadapan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 Jun 2021 @ 7:00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 2 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,728191,722
SABAH25462,816
WP KUALA LUMPUR701 (2)60,172
JOHOR 55459,368
SARAWAK 58848,620
PULAU PINANG40729,433
KELANTAN   54128,860
NEGERI SEMBILAN58627,288
PERAK22421,245
KEDAH28319,428
MELAKA20912,544
PAHANG 23710,004
TERENGGANU2249,193
WP LABUAN1594,043
WP PUTRAJAYA11,911
PERLIS7518
JUMLAH KESELURUHAN7,703 (2)587,165

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 126 kes kematian pada 2 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeri Jantina  (Warganegara) Umur   (Tahun) Hospital / Tempat KematianLatar Belakang   Penyakit 
2868SelangorPerempuan (WN)43Jenazah dibawa ke Hospital Serdang-
2869KelantanPerempuan (WN)73Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BahruPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
2870KelantanPerempuan (WN)53Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2871WP PutrajayaLelaki (WN)70Hospital PutrajayaPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, asma, dan hati
2872WP Kuala LumpurLelaki (WN)68Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, gout, dan nasopharyngeal cancer
2873WP PutrajayaPerempuan (WN)71Hospital PutrajayaPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan hati
2874WP Kuala LumpurPerempuan (WN)77Hospital SelayangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2875PerakLelaki (WN)84Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2876KelantanPerempuan (WN)63Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2877PahangLelaki (WN)67Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit darah tinggi
2878Negeri SembilanPerempuan (WN)77Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit kencing manis, darah tinggi, asma, dan rheumatoid arthritis
2879PerakPerempuan (WN)98Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohStrok
2880KelantanPerempuan (WN)84Hospital TumpatPenyakit darah tinggi, dislipidemia dan paru-paru kronik
2881WP Kuala LumpurPerempuan (WN)61Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2882SarawakPerempuan (WN)67Hospital MiriPenyakit darah tinggi
2883MelakaLelaki (WN)56Hospital MelakaPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
2884TerengganuPerempuan (WN)69Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2885WP LabuanPerempuan (WN)51Hospital LabuanPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
2886WP Kuala LumpurPerempuan (WN)95Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2887WP LabuanPerempuan (WN)54Hospital Labuan-
2888JohorLelaki (WN)84Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatPenyakit darah tinggi, strok, dan jantung
2889WP Kuala LumpurPerempuan (WN)71Hospital Kuala LumpurPenyakit jantung
2890Negeri SembilanPerempuan (WN)91Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit darah tinggi
2891KelantanLelaki (WN)85Hospital TumpatPenyakit kencing manis, darah tinggi dan strok
2892KedahLelaki (WN)32Hospital KulimObesiti
2893MelakaPerempuan (WN)80Hospital MelakaPenyakit kencing manis, darah tinggi dan kanser
2894SelangorLelaki (WN)71Hospital SerdangPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, gout, dan dislipidemia
2895KelantanLelaki (WN)66Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BahruPenyakit darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
2896KedahLelaki (WN)84Hospital KulimPenyakit darah tinggi
2897SelangorLelaki (WN)79Hospital BantingPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2898SelangorPerempuan (WN)64Hospital Shah AlamPenyakit kencing manis, darah tinggi, tiroid, dan jantung
2899JohorLelaki (WN)41Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarObesiti
2900Pulau PinangPerempuan (WN)82Hospital Pulau PinangPenyakit dslipidemia
2901Negeri SembilanPerempuan (WN)95Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
2902PahangLelaki (WN)66Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit kencing manis, darah tinggi, strok, buah pinggang kronik
2903PahangLelaki (WN)67Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2904WP LabuanLelaki (WN)27Hospital LabuanAsma dan obesiti
2905SabahPerempuan (WN)77Hospital Queen Elizabeth 1, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2906JohorPerempuan (WN)78Hospital SegamatPenyakit kencing manis dan dislipidemia
2907JohorPerempuan (WN)57Hospital SegamatPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2908Negeri SembilanLelaki (WN)64Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2909KedahLelaki (WN)68Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit darah tinggi
2910KedahLelaki (WN)78Hospital BalingPendarahan otak
2911TerengganuLelaki (WN)61Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan paru-paru kronik
2912WP LabuanLelaki (WN)68Hospital Labuan-
2913SelangorPerempuan (WN)62Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik
2914SarawakPerempuan (WN)76Hospital Umum Sarawak, KuchingPenyakit darah tinggi, paru-paru kronik, dan obesiti
2915KelantanLelaki (WN)69Hospital Tanah MerahPenyakit buah pinggang kronik dan paru-paru kronik
2916KedahLelaki (WN)74Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniPenyakit kencing manis
2917SelangorPerempuan (WN) 67Hospital SerdangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2918JohorPerempuan (WN)83Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit darah tinggi, strok, dan dislipidemia
2919JohorPerempuan (WN)51Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
2920JohorLelaki (WN)47Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2921KelantanPerempuan (WN)27Hospital Machang-
2922Negeri SembilanLelaki (WN)82Hospital JelebuKanser usus, dislipidemia, dan gout
2923KedahPerempuan (WN)62Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar-
2924WP LabuanLelaki (WN)45Hospital LabuanObesiti
2925SelangorLelaki (WN)75Hospital SerdangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2926KelantanLelaki (WN)47Hospital Gua MusangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2927Negeri SembilanPerempuan (WN)70Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit kencing manis dan buah pinggang kronik
2928KedahPerempuan (WN)29Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis
2929WP Kuala LumpurLelaki (WN)72Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2930KelantanLelaki (WN)69Hospital TumpatPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, paru-paru kronik, dan dislipidemia
2931Negeri SembilanPerempuan (WN)85Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2932TerengganuPerempuan (WN)67Hospital BesutPenyakit kencing manis
2933WP LabuanPerempuan (WN)26Hospital Labuan-
2934JohorLelaki (WN)61Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit kencing manis
2935JohorPerempuan (WN)55Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2936Negeri SembilanLelaki (WN)65Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit kencing manis, darah tinggi, strok, dan jantung
2937KedahLelaki (WN)70Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani-
2938KedahPerempuan (WN)49Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniPenyakit tiroid
2939SelangorPerempuan (WN)75Hospital BantingPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2940SelangorPerempuan (WN)88Hospital PutrajayaPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan paru-paru kronik
2941WP Kuala LumpurPerempuan (WN)29Hospital Kuala LumpurObesiti
2942SarawakLelaki (WN)64Hospital MiriPenyakit buah pinggang kronik, kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
2943Negeri SembilanPerempuan (WN)64Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala PilahPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
2944MelakaLelaki (WN)73Hospital Melaka-
2945TerengganuLelaki (WN)47Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit kencing manis, jantung, dan buah pinggang kronik
2946SelangorLelaki (WN)52Hospital SelayangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2947SarawakPerempuan (WN)83Jenazah dibawa ke Hospital Umum Sarawak, Kuching-
2948KelantanLelaki (WN)74Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu-
2949Negeri SembilanLelaki (WN)71Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit darah tinggi
2950Negeri SembilanPerempuan (WN)59Hospital Tuanku Jaafar, Seremban-
2951Negeri SembilanPerempuan (WN)26Hospital Tuanku Jaafar, SerembanObesiti
2952MelakaPerempuan (WN)77Jenazah dibawa ke Hospital Melaka 
2953TerengganuLelaki (WN)76Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit kencing manis
2954SelangorLelaki (WN)63Hospital KajangPenyakit jantung
2955SelangorPerempuan (WN)49Hospital AmpangPenyakit buah pinggang kronik, kencing manis, darah tinggi, dislipidemia
2956SelangorPerempuan (WN)85Hospital Kuala LumpurPenyakit darah tinggi, penyakit tiroid, dan strok
2957SelangorPerempuan (WN)81Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
2958SelangorLelaki (WN)78Hospital Kuala LumpurPenyakit dislipidemia
2959SelangorPerempuan (WN)71Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, lymphoma, dan hati
2960SelangorPerempuan (WN)71Hospital AmpangPenyakit darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
2961SelangorPerempuan (WN)63Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2962SelangorLelaki (WN)63Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2963SelangorLelaki (WN)60Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
2964SelangorPerempuan (WN)55Hospital Shah AlamPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik,
2965SelangorLelaki (WN)50Hospital BantingKanser hati
2966SelangorLelaki (WN)49Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2967SelangorLelaki (WN)68Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur-
2968SelangorLelaki (WN)51Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis
2969SelangorLelaki (WN)47Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras-
2970SabahLelaki (WN)56Hospital TawauPenyakit kencing manis darah tinggi, dan asma
2971WP Kuala LumpurLelaki (WN)81Hospital Selayang-
2972WP Kuala LumpurLelaki (WN)79Hospital Kuala LumpurAddison’s disease
2973WP Kuala LumpurLelaki (WN)73Hospital Sungai Buloh-
2974WP Kuala LumpurPerempuan (WN)72Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit darah tinggi, dan dislipidemia
2975WP Kuala LumpurLelaki (WN)66Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2976WP Kuala LumpurPerempuan (WN)64Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang
2977WP Kuala LumpurLelaki (WN)64Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang
2978WP Kuala LumpurLelaki (WN)63Hospital Kuala Lumpur-
2979WP Kuala LumpurLelaki (WN)63Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan paru-paru kronik
2980WP Kuala LumpurLelaki (WN)62Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
2981WP Kuala LumpurLelaki (WN)49Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2982JohorLelaki (WN)81Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis
2983JohorPerempuan (WN)42Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit kencing manis
2984KelantanPerempuan (WN)52Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang KerianPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan kanser tiroid
2985Negeri SembilanPerempuan (WN)55Hospital TampinPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
2986Negeri SembilanLelaki (WN)61Hospital Tuanku Jaafar, Seremban-
2987KedahPerempuan (WN)80Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2988MelakaPerempuan (WN)32Hospital MelakaObesiti
2989WP LabuanPerempuan (WN)62Jenazah dibawa ke Hospital Labuan-
2990WP LabuanLelaki (WN)84Hospital LabuanPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2991SelangorPerempuan (BWN)43Jenazah dibawa ke Hospital Serdang-
2992SelangorPerempuan (BWN)64Hospital Kuala Lumpurkanser
2993SelangorLelaki (BWN)66Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang-

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 7,703 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,7281232,024-581
WP KUALA LUMPUR701394032257
SARAWAK58888393-107
NEGERI SEMBILAN586187237-162
JOHOR55483333-138
KELANTAN54151381-109
PULAU PINANG407125184-98
KEDAH28313192-78
SABAH25419185-50
PAHANG237107106-24
PERAK2246197-66
TERENGGANU22433145-46
MELAKA20946108-55
WP LABUAN1596745-47
PERLIS7-5-2
WP PUTRAJAYA1---1
JUMLAH KESELURUHAN7,7031,0424,83821,821

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 2 JUN 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Jalan Waja Lima BelasTempat KerjaSelangorKuala Langat dan Petaling23277
2Jalan BalamTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong dan Titiwangsa1142
3Jalan Jee CattleyaTempat KerjaSarawakMiri23145
4Jalan Pinang RiamTempat KerjaSarawakMiri15129
5Jalan SILC SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru dan Pontian15110
6Teknologi EnamTempat KerjaJohorTangkak1585
7Jalan Bioteknologi SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru2462
8Pantai KemayangTempat KerjaKelantanBachok22186
9Industri JemapohTempat KerjaNegeri SembilanKuala Pilah dan Jempol50285
10Jalan TambunTempat KerjaPerakKinta dan Hulu Perak2075
11Industri Bukit PanchorTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utama, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, dan Timur Laut94545
12Jalan Parit Raja TengahKomunitiJohorMuar2742
13Nanga MeruanKomunitiSarawakSelangau, Sibu, dan Kanowit34115
14Sungai PenyaraiKomunitiSarawakTatau27109
15Kelisa EmasKomunitiPulau PinangSeberang Perai Tengah dan Barat Daya2043
16Taman Fasa 2AKomunitiPerak dan WP Kuala LumpurManjung dan cheras33118
17Dah Kampung LancukKomunitiKedahKota Setar, Kuala Muda, dan Sik57167
18Kampung AlaiKomunitiPerakHulu Perak1842
19Jalan BeringinPendidikan TinggiSelangorHulu Selangor dan Petaling13686
20Jalan Yaacob Latif 2Pendidikan TinggiWP Kuala LumpurCheras1039
21DTI KemayanPusat TahananPahangBera40156
22Jalan Mutiara GallaKeagamaanNegeri SembilanSeremban3345