Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 3 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

3 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 3 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 7,049 kes (508,947 kes kumulatif, 85.5%);
  • Kes baharu : 8,209 kes (595,374 kes kumulatif);
  • Kes import : 64 kes (56 warganegara, 8 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 8,145 kes [7,046 warganegara (86.5%); 1,099 bukan warganegara (13.5%)];
  • Kes aktif : 83,331 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :880 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 446 kes;
  • Kes kematian : 103 kes (3,096 kes kumulatif, 0.52%; 100 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,261 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 24 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,578 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 683 kluster.

Sebanyak 103 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 26 kes di Selangor, 15 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Johor, masing-masing lapan (8) kes di Sarawak dan Kelantan, tujuh (7) kes di Sabah, masing-masing enam (6) kes di Negeri Sembilan dan Terengganu, masing-masing empat (4) kes di Pulau Pinang dan Kedah, masing-masing dua (2) kes di Melaka dan Pahang, serta satu (1) kes di Perak.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

PENINGKATAN KES KRITIKAL DAN KEMATIAN COVID-19 DALAM KALANGAN KANAK-KANAK BAWAH 5 TAHUN DI MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa KKM telah menerima beberapa persoalan umum mengenai statistik kes kematian dan kes kritikal di kalangan kanak-kanak. Sebanyak tiga (3) kes kematian COVID-19 yang melibatkan kanak-kanak bawah 5 tahun telah dilaporkan sepanjang tahun 2020. Walau bagaimanapun, bilangan yang sama telah direkodkan dalam tempoh yang lebih singkat iaitu tiga (3) kematian dalam lima (5) bulan pertama bagi tahun 2021.

Selain itu, kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan yang ketara. Pada tahun 2020, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU adalah sebanyak lapan (8) kes di mana enam (6) daripadanya berumur bawah 5 tahun. Manakala bagi tahun 2021 (sehingga Mei 2021), sebanyak 27 kes memerlukan rawatan di ICU dan 19 kes daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun.

Dengan segala maklumat yang diberikan, KKM berharap agar semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan penting bagi melindungi mereka yang mempunyai imuniti yang rendah seperti  bayi dan kanak-kanak agar terhindar dari virus COVID-19. Binalah persekitaran yang selamat bagi mereka dengan mematuhi sepenuhnya SOP sedia ada dan segeralah dapatkan vaksin bagi golongan dewasa yang layak.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

3 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 3 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR3,125 (2)194,847
SABAH203 (1)63,019
WP KUALA LUMPUR801 (6)60,973
JOHOR 752 (55)60,120
SARAWAK 59449,214
PULAU PINANG30329,736
KELANTAN  41429,274
NEGERI SEMBILAN57627,864
PERAK38421,629
KEDAH37319,801
MELAKA32212,866
PAHANG13510,139
TERENGGANU1279,320
WP LABUAN624,105
WP PUTRAJAYA331,944
PERLIS5523
JUMLAH KESELURUHAN8,209 (64)595,374

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 103 kes kematian pada 3 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina  Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
2994SelangorPerempuan (WN)78Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2995SelangorPerempuan (WN)61Hospital KajangKencing manis, darah tinggi, dan strok
2996SabahLelaki (WN)57Hospital Duchess of Kent, SandakanDarah tinggi dan jantung
2997SabahPerempuan (WN)80Hospital Duchess of Kent, SandakanDarah tinggi dan jantung
2998SelangorLelaki (WN)63Hospital Putrajaya-
2999SabahLelaki (WN)63Hospital Queen Elizabeth 1, Kota KinabaluKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3000MelakaLelaki (WN)80Hospital Melaka-
3001SelangorLelaki (WN)68Hospital KajangKencing manis, darah tinggi, dan jantung
3002SarawakLelaki (WN)69Hospital KapitKencing manis dan darah tinggi
3003SelangorLelaki (WN)61Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit jantung dan abdominal aortic aneurysm
3004JohorPerempuan (WN)58Hospital Enche Besah Hajjah Khalsom, KluangKencing manis, darah tinggi, dan obesiti
3005KelantanLelaki (WN)66Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala KraiKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3006KelantanLelaki (WN)62Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis dan darah tinggi
3007KedahLelaki (WN)71Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarKencing manis, darah tinggi, dan jantung
3008SelangorLelaki (WN)49Hospital Putrajaya-
3009SarawakLelaki (WN)71Hospital MiriKencing manis dan darah tinggi
3010PahangLelaki (WN)84Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, TemerlohDarah tinggi
3011SarawakLelaki (WN)60Hospital SibuKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3012JohorPerempuan (WN)35Hospital Sultan Ismail, Johor BahruSystemic lupus erythematosus, buah pinggang kronik, jantung, dan myeoloprofilerative neoplasm
3013Negeri SembilanPerempuan (WN)92Hospital Jempol-
3014KedahLelaki (WN)27Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniObesiti dan kencing manis
3015JohorLelaki (WN)69Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruDarah tinggi
3016Pulau PinangLelaki (WN)82Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis, darah tinggi, jantung, strok, buah pinggang kronik, dan kanser
3017Negeri SembilanPerempuan (WN)85Hospital JelebuDarah tinggi
3018SelangorLelaki (WN)84Hospital AmpangKencing manis dan darah tinggi
3019SelangorPerempuan (WN)66Hospital SerdangDarah tinggi
3020WP Kuala LumpurLelaki (WN)72Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
3021Pulau PinangPerempuan (WN)87Hospital Pulau Pinang-
3022Pulau PinangLelaki (WN)70Hospital Pantai Pulau PinangKencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, strok, dan buah pinggang kronik
3023WP Kuala LumpurLelaki (WN)64Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, dan jantung
3024Negeri SembilanLelaki (WN)69Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis dan darah tinggi
3025JohorPerempuan (WN)72Hospital Kota TinggiKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3026JohorPerempuan (WN)63Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar-
3027JohorLelaki (WN)63Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru-
3028KedahLelaki (WN)70Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniPenyakit hati dan buah pinggang kronik
3029TerengganuLelaki (WN)75Hospital SetiuKencing manis
3030JohorLelaki (WN)52Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat-
3031Pulau PinangLelaki (WN)85Hospital Pulau PinangDarah tinggi
3032PerakPerempuan (WN)46Hospital TaipingKencing manis dan darah tinggi
3033TerengganuLelaki (WN)75Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuKencing manis
3034SelangorPerempuan (WN)36Hospital Sungai BulohDown syndrome dan jantung
3035SelangorPerempuan (WN)76Hospital AmpangDarah tinggi dan varicose vein
3036KelantanPerempuan (WN)29Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan dislipidemia
3037KelantanPerempuan (WN)52Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis
3038Negeri SembilanPerempuan (WN)65Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3039SelangorLelaki (WN)68Hospital SerdangKencing manis dan darah tinggi
3040JohorLelaki (WN)70Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatKencing manis, darah tinggi, dan kanser paru-paru
3041SelangorLelaki (WN)59Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan  buah pinggang kronik
3042KedahLelaki (WN)79Hospital Jitra-
3043PahangLelaki (WN)67Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanDarah tinggi dan penyakit buah pinggang kronik
3044WP Kuala LumpurLelaki (WN)64Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasDarah tinggi
3045JohorLelaki (WN)51Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKencing manis, jantung, dan dislipidemia
3046SarawakPerempuan (WN)68Hospital MiriDislipidemia
3047SarawakLelaki (WN)45Hospital SarikeiKencing manis
3048Negeri SembilanLelaki (WN)63Hospital TampinKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan kanser hati
3049Negeri SembilanLelaki (WN)61Hospital Tuanku Jaafar, Seremban-
3050MelakaPerempuan (WN)63Hospital MelakaKencing manis, darah tinggi, dan jantung
3051SelangorLelaki (WN)57Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, asma, dan obesiti
3052KelantanPerempuan (WN)70Hospital JeliKencing manis dan darah tinggi
3053SabahPerempuan (WN)70Hospital Lahad Datu-
3054SarawakPerempuan (WN)63Hospital SibuDarah tinggi, dislipidemia, jantung, dan paru-paru kronik
3055KelantanLelaki (WN)72Hospital Universiti Sains MalaysiaJantung dan gout
3056SelangorLelaki (WN)74Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia, dan paru-paru kronik
3057SarawakPerempuan (WN)66Hospital KapitLeukemia, darah tinggi, dan jantung
3058TerengganuPerempuan (WN)51Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala TerengganuKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3059SelangorLelaki (WN)70Hospital KajangKencing manis dan darah tinggi
3060SelangorPerempuan (WN)63Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3061SelangorLelaki (WN)41Institut Kanser Negara, PutrajayaKanser paru-paru
3062SelangorPerempuan (WN)72Hospital Sungai BulohDarah tinggi, jantung, dan kanser paru-paru
3063SelangorLelaki (WN)27Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan obesiti
3064SarawakPerempuan (WN)66Hospital SarikeiKencing manis, darah tinggi, paru-paru kronik, dan buah pinggang kronik
3065KelantanPerempuan (WN)97Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir PutehKencing manis dan darah tinggi
3066KelantanPerempuan (WN)56Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir PutehKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3067TerengganuPerempuan (WN)68Hospital BesutKencing manis, darah tinggi, dan strok
3068TerengganuPerempuan (WN)77Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuKencing manis dan darah tinggi
3069TerengganuLelaki (WN)54Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuKencing manis dan darah tinggi
3070SelangorPerempuan (WN)45Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasObesiti
3071SelangorPerempuan (WN)82Hospital SerdangKencing manis, dan darah tinggi
3072SelangorPerempuan (WN)79Jenazah dibawa ke Hospital SerdangKanser usus
3073SelangorPerempuan (WN)77Hospital SelayangPenyakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, dislipidaemia, jantung, dan hyperparathyroid
3074SelangorPerempuan (WN)70Hospital Serdangbuah pinggang kronik, kencing manis, dan kanser
3075SelangorPerempuan (WN)56Hospital SelayangKencing manis dan darah tinggi
3076SelangorLelaki (WN)54Hospital SelayangPenyakit buah pinggang kronik, kencing manis, darah tinggi, dan jantung
3077SabahLelaki (WN)63Hospital Tawau-
3078SabahPerempuan (WN)68Hospital Lahad DatuKencing manis, darah tinggi, dan asma
3079WP Kuala LumpurPerempuan (WN)85Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, dan strok
3080WP Kuala LumpurPerempuan (WN)83Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
3081WP Kuala LumpurLelaki (WN)72Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
3082WP Kuala LumpurLelaki (WN)69Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis
3083WP Kuala LumpurLelaki (WN)70Hospital Sungai BulohDarah tinggi, buah pinggang kronik, dan gout
3084WP Kuala LumpurLelaki (WN)65Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan tibi
3085WP Kuala LumpurLelaki (WN)71Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan ulcerative colitis
3086WP Kuala LumpurPerempuan (WN)54Hospital Kuala Lumpur-
3087WP Kuala LumpurPerempuan (WN)53Hospital Kuala LumpurKencing manis
3088WP Kuala LumpurLelaki (WN)52Hospital Kuala LumpurDarah tinggi
3089WP Kuala LumpurPerempuan (WN)51Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras-
3090JohorLelaki (WN)79Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
3091JohorLelaki (WN)68Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKencing manis
3092JohorPerempuan (WN)55Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3093JohorPerempuan (WN)51Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis dan darah tinggi
3094JohorLelaki (BWN)31Jenazah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru-
3095SabahPerempuan (BWN)56Hospital TawauKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3096WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)70Hospital Kuala LumpurKencing manis dan dislipidemia

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 8,209 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 3 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR3,1252012,2982624
WP KUALA LUMPUR801654476283
JOHOR75229728755113
SARAWAK594103366-125
NEGERI SEMBILAN576110212-254
KELANTAN41493235-86
PERAK384163113-108
KEDAH37327237-109
MELAKA322112163-47
PULAU PINANG3039583-125
SABAH20321122159
PAHANG1357347-15
TERENGGANU1271862-47
WP LABUAN621819-25
WP PUTRAJAYA33425-4
PERLIS5-2-3
JUMLAH KESELURUHAN8,2091,4004,718642,027

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 3 JUN 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Tapak Bina Bandar SunsuriaTempat KerjaSelangorSepang39166
2Tapak Bina Jalan WawasanTempat KerjaSelangorSepang1936
3Tapak Bina Persiaran Bukit RajaTempat KerjaSelangorKlang97291
4Jalan Manan 2Tempat KerjaSelangorPetaling dan Kuala Selangor5375
5Taman SentosaTempat KerjaSelangorHulu Langat2853
6Jalan BrookeTempat KerjaSarawakMiri16116
7Jalan Flora UtamaTempat KerjaJohorBatu Pahat43265
8Jalan Murni LapanTempat KerjaJohorKulai dan Johor Bahru23272
9Jalan Angkasa Mas SatuTempat KerjaJohorJohor Bharu2168
10Jalan PayaTempat KerjaJohorMuar17149
11Kampung AurTempat KerjaKelantanBachok2060
12Jalan Sri AmanTempat KerjaKelantanPasir Puteh dan Kota Bharu1519
13Jalan 4A Padang TembakTempat KerjaKelantanKota Bharu1333
14Industri Perai EmpatTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah22114
15Jalan Pasar Bukit MertajamTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah10113
16Jalan Coastal SembulanTempat KerjaSabahKota Kinabalu dan Papar733
17Jalan Tembaga KuningTempat KerjaPerakLarut, Matang, dan Selama74228
18Industri GebengTempat KerjaPahangKuantan2570
19Putra EmpatTempat KerjaWP PutrajayaPutrajaya79
20Sungai SelanganKomunitiSarawakSarikei101286
21Jalan CendanaKomunitiJohorKulai543
22Kampung Mat DalingKomunitiPahangJerantut1047
23Batu HitamKomunitiPahangKuantan3980
24Jalan Damai BudiPendidikan LainWP Kuala LumpurCheras632