Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 6 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

6 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,133 kes (526,809 kes kumulatif, 85.4%);
  • Kes baharu : 6,241 kes (616,815 kes kumulatif);
  • Kes import : 14 kes (5 warganegara, 9 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,227 kes [5,404 warganegara (86.8%); 823 bukan warganegara (13.2%)];
  • Kes aktif : 86,628 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :890 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 444 kes;
  • Kes kematian : 87 kes (3,378 kes kumulatif, 0.55%; 84 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,338 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 30 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,625 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 713 kluster.

Sebanyak 87 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 34 kes di Selangor, 12 kes di Johor, sembilan (9) kes di Negeri Sembilan, enam (6) kes di Kedah, lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing empat (4) kes di Sarawak dan Pulau Pinang, masing-masing tiga (3) kes di Kelantan, Terengganu, dan Pahang, serta masing-masing dua (2) kes di Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sebanyak 30 kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, 18 kluster adalah dari kategori kluster tempat kerja dengan 10 kluster melibatkan sektor perkilangan. KKM menasihatkan para majikan untuk sentiasa memastikan kepatuhan sepenuhnya terhadap SOP yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), KKM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), agar dapat mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan di samping membendung penularan COVID-19.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

PENINGKATAN KES SPORADIK HARIAN DAN KEMATIAN COVID-19 DI MALAYSIA

Mutakhir ini, negara berhadapan dengan tren peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 dan kes-kes kematian COVID-19 terutamanya selepas 1 April 2021 [Minggu Epidemiologi (ME) ke-13]. Keadaan ini adalah amat membimbangkan, kerana majoriti kes baharu COVID-19 dan kes kematian COVID-19 adalah merupakan kes-kes-kes sporadik ketika ianya dilaporkan. Kes sporadik bermakna kes yang dikesan di dalam komuniti yang tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada.

  • Kumulatif mingguan kes baharu COVID-19

Berdasarkan analisa yang dijalankan, didapati jumlah kumulatif kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada ME ke-13 (sehingga 3 April 2021) adalah sebanyak 8,968 kes (52.0 peratus adalah kes sporadik). Pada ME ke-19, jumlah kes baharu COVID-19 pula adalah sebanyak 29,386 kes (77.7 peratus adalah kes sporadik). Negara kemudiannya merekodkan kes kumulatif mingguan tertinggi setakat ini pada ME ke-21, iaitu sebanyak 53,419 kes di mana 85.1 peratus adalah merupakan kes sporadik. Tren kes kes sporadik kekal tinggi pada ME ke-22 (sehingga 5 Jun 2021), dengan jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 52,040 kes (84.3 peratus adalah kes sporadik). Graf 1 menunjukkan peningkatan peratusan kes-kes sporadik COVID-19 berbanding kes-kes kluster mengikut ME.

  • Kumulatif mingguan kes kematian COVID-19

Bagi kumulatif kes kematian COVID-19 pula, didapati ianya semakin meningkat dari minggu ke minggu. Kes kematian COVID-19 yang dilaporkan pada ME ke-13 (sehingga 3 April 2021) adalah sebanyak 35 kes (26 kes sporadik), manakala pada ME ke-19 adalah sebanyak 209 kes (187 kes sporadik). Jumlah ini melonjak dan pada ME ke-22 iaitu sebanyak 641 kes kematian COVID-19 (559 kes sporadik). Graf 2 jelas menunjukkan peningkatan pecahan kes kematian COVID-19 yang merupakan kes-kes sporadik berbanding kes kematian daripada kluster COVID-19. Salah satu faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut adalah berikutan kemunculan varian-varian baharu dalam komuniti dengan kadar kebolehjangkitan dan kematian yang lebih tinggi, selain penularan COVID-19 secara lebih meluas di dalam komuniti berbanding ME yang sebelum.

Justeru, KKM ingin menyeru masyarakat untuk mengambil serius situasi ini di mana penularan COVID-19 adalah di  dalam komuniti termasuklah tempat beli belah, tempat kerja, dan sebagainya. Masyarakat perlu faham bahawa sesiapa sahaja boleh dijangkiti COVID-19 tidak kira di mana mereka berada. Akibatnya, kita dapat melihat peningkatan kes-kes sporadik dan kematian akibat kes-kes sporadik ini di dalam komuniti.

Sehubungan itu, KKM ingin menyeru masyarakat untuk terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP). Lindungilah diri, keluarga, dan komuniti dalam memerangi pandemik ini. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh masyarakat adalah seperti berikut;

  1. Kekal duduk di rumah dan hanya keluar apabila perlu;
  2. Sekiranya perlu keluar, patuhilah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jika boleh, wakilkan kepada hanya seorang bagi setiap rumah/keluarga untuk keluar bagi sebarang urusan di luar serta sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan;
  3. WAJIB mengenakan sekurang-kurangnya satu lapis pelitup muka di tempat awam (jenis perubatan atau fabrik). Pelitup muka 3 lapis perubatan menawarkan perlindungan yang lebih baik;
  4. SANGAT DIGALAKKAN mengenakan pelitup muka berganda terutama di tempat awam yang sesak dan kurang pengudaraan, iaitu satu (1) pelitup muka perubatan (3-ply medical/surgical mask) di bahagian dalam DAN satu (1) pelitup muka fabrik di luar;
  5. DINASIHATKAN juga untuk mengenakan pelindung muka (face shield) bersekali dengan pelitup muka berganda di KAWASAN AWAM BERISIKO TINGGI untuk perlindungan tambahan (misalnya hospital/klinik, kawasan awam yang sesak, kawasan kurang pengudaraan);
  6. Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline ;
  7. Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera; dan
  8. Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dalam membentuk imuniti kelompok.

KKM menyeru semua pihak untuk sama-sama memainkan peranan yang penting dalam membantu kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19 di negara. Tanggungjawab kini di atas bahu kita semua untuk menjaga diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, dan negara kita.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 6 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,178 (10)202,146
SABAH30563,870
WP KUALA LUMPUR415 (1)62,917
JOHOR 565 (1)61,543
SARAWAK 600 (1)51,171
PULAU PINANG27130,753
KELANTAN   27030,142
NEGERI SEMBILAN55629,972
PERAK17422,426
KEDAH12520,452
MELAKA22513,531
PAHANG 15510,726
TERENGGANU1589,871
WP LABUAN212 (1)4,752
WP PUTRAJAYA302,006
PERLIS2537
JUMLAH KESELURUHAN6,241 (14)616,815

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 87 kes kematian pada 6 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (Warganegara)  Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
3292SarawakLelaki (WN)72Hospital SibuDarah tinggi, dislipidemia, dan           paru-paru kronik
3293PahangLelaki (WN)60Hospital Tuanku Ampuan Afzan, KuantanKencing manis
3294SelangorLelaki (WN)52Hospital Sungai BulohKencing manis dan asma
3295PahangLelaki (WN)59Hospital Tuanku Ampuan Afzan, KuantanKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3296SelangorPerempuan (WN)69Hospital KPJ DamansaraBuah pinggang kronik dan penyakit autoimun
3297SelangorLelaki (WN)61Hospital Sungai BulohPenyakit jantung
3298SelangorLelaki (WN)57Hospital Sungai BulohKencing manis dan darah tinggi
3299Negeri SembilanLelaki (WN)62Hospital Tampin
3300Pulau PinangPerempuan (WN)67Hospital            Lam Wah Ee, Pulau PinangObesiti
3301SelangorLelaki (WN)54Hospital Sungai BulohKencing manis dan darah tinggi
3302WP Kuala LumpurPerempuan (WN)61Hospital Sungai BulohPenyakit autoimun
3303KedahPerempuan (WN)63Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniPenyakit tiroid, jantung, kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia  
3304SarawakPerempuan (WN)73Hospital SarikeiDarah tinggi
3305KedahPerempuan (WN)56Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3306SelangorPerempuan (WN)68Hospital Sungai BulohKencing manis dan darah tinggi
3307SelangorLelaki (WN)69Hospital Selayang
3308Negeri SembilanLelaki (WN)81Hospital TampinStrok
3309KelantanPerempuan (WN)63Hospital Raja Perempuan Zainab II,               Kota BharuKencing manis, darah tinggi, dan strok
3310KedahLelaki (WN)63Hospital KulimKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan paru-paru kronik
3311WP LabuanLelaki (WN)49Hospital LabuanDarah tinggi dan dislipidemia
3312SelangorPerempuan (WN)75Hospital BantingKencing manis, darah tinggi, dan asma
3313JohorLelaki (WN)50Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
3314JohorLelaki (WN)69Hospital Sultan Ismail,               Johor BahruKencing manis dan darah tinggi
3315JohorLelaki (WN)70Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3316SarawakLelaki (WN)62Hospital MiriDarah tinggi
3317Pulau PinangLelaki (WN)84Hospital             Pulau Pinang
3318Negeri SembilanLelaki (WN)83Hospital TampinDarah tinggi, jantung dan dislipidemia
3319PahangLelaki (WN)82Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, TemerlohKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3320Pulau PinangLelaki (WN)75Hospital Pulau PinangDarah tinggi
3321Pulau PinangLelaki (WN)35Jenazah dibawa ke Hospital Seberang JayaObesiti
3322MelakaLelaki (WN)55Hospital MelakaKencing manis dan darah tinggi
3323SelangorPerempuan (WN)44Hospital AmpangPenyakit asma, darah tinggi, dan jantung
3324KedahPerempuan (WN)38Hospital KulimObesiti dan darah tinggi
3325SelangorPerempuan (WN)71Hospital TampinKencing manis dan darah tinggi
3326SelangorLelaki (WN)49Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala LumpurDarah tinggi dan buah pinggang kronik
3327SarawakLelaki (WN)62Hospital SibuKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3328JohorPerempuan (WN)52Hospital Sultan Ismail,               Johor BahruKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3329KedahLelaki (WN)63Hospital KulimKencing manis
3330SelangorLelaki (WN)64Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan obesiti
3331SelangorLelaki (WN)63Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3332SelangorLelaki (WN)45Hospital Sungai BulohPenyakit jantung, darah tinggi, dan dislipidemia
3333JohorLelaki (WN)69Hospital Sultanah Aminah,            Johor Bahru
3334MelakaPerempuan (WN)38Hospital Melaka
3335SelangorLelaki (WN)79Hospital SerdangDislipidemia, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3336SelangorLelaki (WN)73Jenazah dibawa ke Hospital Serdang
3337JohorPerempuan (WN)62Hospital Sultanah Aminah,           Johor BahruKencing manis, darah tinggi, dan jantung
3338TerengganuPerempuan (WN)68Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuKencing manis, darah tinggi, dan strok
3339TerengganuPerempuan (WN)76Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuKencing manis dan darah tinggi
3340JohorLelaki (WN)70Hospital Sultan Ismail,               Johor BahruDarah tinggi
3341Negeri SembilanLelaki (WN)67Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi dan penyakit jantung
3342WP Kuala LumpurLelaki (WN)44Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan strok
3343TerengganuPerempuan (WN)58Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3344WP LabuanLelaki (WN)63Hospital LabuanDarah tinggi dan dislipidemia
3345SelangorLelaki (WN)66Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, tuberkulosis, dan strok
3346SelangorLelaki (WN)60Hospital PutrajayaKencing manis
3347SelangorPerempuan (WN)47Hospital BantingKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3348KelantanPerempuan (WN)74Hospital Tanah MerahPenyakit jantung, darah tinggi, dan paru-paru kronik
3349KedahPerempuan (WN)59Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis
3350SelangorLelaki (WN)70Jenazah dibawa ke Hospital SerdangKanser, darah tinggi, dan dislipidemia
3351SelangorPerempuan (WN)89Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis dan darah tinggi
3352SelangorPerempuan (WN)55Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia, dan obesiti
3353WP Kuala LumpurLelaki (WN)85Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3354Negeri SembilanPerempuan (WN)79Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
3355SelangorLelaki (WN)88Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala LumpurDarah tinggi, penyakit jantung, dan dislipidemia
3356SelangorPerempuan (WN)82Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3357SelangorLelaki (WN)80Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3358SelangorPerempuan (WN)77Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala LumpurDarah tinggi, penyakit jantung, dan dislipidemia
3359SelangorPerempuan (WN)77Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan strok
3360SelangorPerempuan (WN)74Hospital AmpangKencing manis, dislipidemia, dan penyakit tiroid
3361SelangorPerempuan (WN)68Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3362SelangorPerempuan (WN)69Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, asma, dan penyakit saraf
3363SelangorLelaki (WN)25Jenazah dibawa ke Hospital Sungai BulohPenyakit sawan
3364SelangorLelaki (WN)57Jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh
3365WP Kuala LumpurPerempuan (WN)60Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3366JohorLelaki (WN)71Hospital Sultanah Aminah,             Johor BahruKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
3367JohorPerempuan (WN)68Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKanser, penyakit hati, dan dislipidemia
3368JohorLelaki (WN)64Hospital Sultan Ismail, Johor BahruDarah tinggi, penyakit jantung, kanser, dan obesiti
3369JohorLelaki (WN)64Hospital Sultan Ismail, Johor BahruKencing manis dan darah tinggi
3370JohorLelaki (WN)46Hospital Sultan Ismail, Johor BahruKencing manis, darah tinggi
3371Negeri SembilanLelaki (WN)33Hospital Tuanku Jaafar, SerembanObesiti
3372Negeri SembilanPerempuan (WN)84Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis dan darah tinggi
3373Negeri SembilanLelaki (WN)70Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan asma
3374Negeri SembilanLelaki (WN)65Jenazah dibawa ke Hospital TampinKencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
3375SelangorPerempuan (WN)79Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
3376SelangorPerempuan (BWN)54Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, obesiti
3377WP Kuala LumpurLelaki (BWN)44Hospital Kuala Lumpur
3378KelantanPerempuan (BWN)55Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala KraiKencing manis, darah tinggi, dan strok

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 6,241 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 6 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,178881,59310487
SARAWAK600324431124
JOHOR5651992561109
NEGERI SEMBILAN556153297106
WP KUALA LUMPUR415322281154
SABAH3056517862
PULAU PINANG2718710678
KELANTAN2704218444
MELAKA225849645
WP LABUAN2126480167
PERAK174599322
TERENGGANU1582911118
PAHANG155636527
KEDAH12587740
WP PUTRAJAYA306204
PERLIS22
JUMLAH KESELURUHAN6,2411,0113,829141,387

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 6 JUN 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Jalan Silat   Harimau 21Tempat KerjaJohorJohor Bahru1243
2Jalan Bertam 23Tempat KerjaJohorJohor Bahru661
3Jalan Teknologi Perintis DuaTempat KerjaJohorJohor Bahru15353
4Jalan Kebun SayurTempat KerjaJohorMuar55145
5Jalan Parit Haji ZainTempat KerjaJohorMuar3371
6Ladang TerehTempat KerjaJohorKluang25171
7Taman AmanTempat KerjaJohorKluang dan Batu Pahat17118
8Jalan UtamaTempat KerjaSabahSandakan1579
9Sawit KinabatanganTempat KerjaSabahKinabatangan29111
10Jalan Ketiau TombovoTempat KerjaSabahPutatan9145
11Persiaran Sabak 26Tempat KerjaSelangorPetaling dan Klang3075
12Jalan Waja Enam BelasTempat KerjaSelangorKuala Langat22160
13Sri CemerlangTempat KerjaKelantanKota Bharu dan Pasir Mas1741
14Industri Chain FerryTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah25318
15Hilir Sungai Kluang TigaTempat KerjaPulau PinangBarat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Utara71683
16Industri Bukit NianTempat KerjaMelakaAlor Gajah4179
17Dah SagaTempat KerjaKedahKota Setar, Pendang, dan Sik42133
18Jalan Alamanda DuaTempat KerjaWP Putrajaya dan SelangorPutrajaya, Hulu Langat, Petaling, dan Sepang8108
19GusiKomunitiSabahPapar2549
20TamalangKomunitiSabahKota Belud27121
21Murni CKomunitiSabahNabawan dan Penampang22127
22Bukit JongKomunitiKelantanMachang dan      Kota Bharu1378
23Kampung BakongKomunitiKelantanPasir Mas813
24Kampung JejawiKomunitiKelantanPasir Mas717
25Jaya GadingKomunitiPahangKuantan53466
26Jalan Kasturi SatuPendidikan LainSelangorHulu Langat1585
27Behrang StesenPendidikan TinggiPerakMuallim37173
28Bukit GasingKumpulan Berisiko TinggiSelangorPetaling2642
29Kilometer 35 KemendorKeagamaanMelakaJasin dan        Melaka Tengah3391
30Pagar Jalan SultanahPusat TahananJohorMersing21247