Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 8 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

8 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 8 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,962 kes (541,319 kes kumulatif, 86.3%);
  • Kes baharu : 5,566 kes (627,652 kes kumulatif);
  • Kes import : 4 kes (4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 5,562 kes [4,895 warganegara (88.0%); 667 bukan warganegara (12.0%)];
  • Kes aktif : 82,797 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :903 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 458 kes;
  • Kes kematian : 76 kes (3,536 kes kumulatif, 0.56%; 75 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,385 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 24 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,655 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 730 kluster.

Sebanyak 76 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 18 kes di Selangor, 13 kes di Johor, sembilan (9) kes  di Negeri Sembilan, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh (7) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing empat (4) kes di Kelantan, Melaka, dan Kedah, tiga (3) kes di Terengganu, masing-masing dua (2) kes di Perak dan Pahang, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Sarawak.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SITUASI JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA: PENULARAN MASIH DALAM SITUASI GENTING

KKM ingin memaklumkan status terkini situasi jangkitan COVID-19 di Malaysia bagi tempoh dua (2) minggu epidemiologi (ME) iaitu ME ke-21 (dari 23 Mei 2021 hingga 29 Mei 2021) dan ME ke-22 (dari 30 Mei 2021 hingga  5 Jun 2021).

  • Jumlah kes positif COVID-19 harian jangkitan tempatan

Statistik menunjukkan penurunan jumlah kes positif COVID-19 pada ME ke-22 iaitu sebanyak 1,379 kes (penurunan sebanyak 2.6 peratus) berbanding ME ke-21. Situasi ini adalah susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 oleh kerajaan bermula pada 12 Mei 2021. Namun begitu dalam tempoh yang sama, jumlah kes aktif didapati terus meningkat berikutan peningkatan kes yang mendadak pada ME ke-20 dan ME ke-21. Pada awal ME ke-21 (23 Mei 2021), jumlah kes aktif adalah sebanyak 57,022 kes dan pada awal ME ke-22 (30 Mei 2021), ianya meningkat kepada 78,017 kes [peningkatan sebanyak 20,995 kes (37 peratus)]. Meskipun terdapat penurunan 2.6 peratus kes mingguan, namun jumlah kes aktif masih terus meningkat. Pada 8 Jun 2021, jumlah kes aktif COVID-19 yang masih dalam rawatan dan pemerhatian adalah sebanyak 82, 797 kes.

  • Kapasiti dan keupayaan fasiliti kesihatan

Sehingga 6 Jun 2021, kadar penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 bukan ICU di hospital menunjukkan sedikit penurunan dalam tempoh dua (2) minggu, iaitu dari 99 peratus kepada 89 peratus, begitu juga dengan kadar penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) adalah sebanyak 54 peratus. Walau bagaimanapun, kadar penggunaan katil COVID-19 di ICU telah meningkat dari 96 peratus pada 24 Mei 2021 hingga 104 peratus pada 6 Jun 2021. Kadar penggunaan katil ICU yang melebihi 100 peratus ini amat membimbangkan di mana tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal dapat ditempatkan di ICU.

  • Tempoh rawatan di fasiliti kesihatan (Kategori 4 dan Kategori 5)

Hospital-hospital di seluruh negara sedang berhadapan dengan peningkatan kes COVID-19 bergejala serius (kategori 4 dan 5) yang memerlukan bantuan oksigen dan bantuan alat pernafasan khususnya di kalangan golongan rentan seperti warga emas dan pesakit yang menghidap lain-lain penyakit (co-morbidity). Pesakit-pesakit ini memerlukan tempoh pemulihan yang lama untuk sembuh disebabkan komplikasi yang serius daripada jangkitan COVID-19. Statistik yang diterima oleh CPRC Kebangsaan menunjukkan purata tempoh rawatan bagi kategori 4 adalah di antara 14 hari ke 16 hari, manakala bagi pesakit kategori 5 pula, tempoh rawatan adalah selama 19 hari ke 26 hari.

Kesinambungan daripada situasi yang dinyatakan, KKM ingin mengingatkan semua pihak bahawa situasi penularan COVID-19 yang dihadapi negara masih kekal pada situasi sangat serius. Bahaya penularan COVID-19 dan kapasiti hospital (terutama ICU) bagi menampung kes-kes COVID-19 adalah di tahap kritikal dan boleh terus meningkat sekiranya kita alpa walau untuk sehari sekali pun. Situasi ini tidak boleh diambil ringan, terutama sekiranya ada pihak yang menyebarkan interpretasi yang tidak benar mengenai situasi semasa ini.

Oleh itu, KKM mengingatkan masyarakat untuk sentiasa mengamalkan perkara-perkara berikut;

  1. Kekal duduk di rumah dan hanya keluar jika perlu;
  2. Amalkan norma baharu dan patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM;
  3. Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline ;
  4. Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera;
  5. Dapatkan maklumat berkenaan situasi terkini jangkitan COVID-19 daripada sumber yang diyakini kesahihannya; dan
  6. Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 serta hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berdasarkan tarikh temu janji yang diberikan.

Semua individu perlu berperanan menjadi agen perubahan di dalam komuniti dan mengambil tanggung jawab bersama agar kesinambungan kehidupan normal dapat dikecapi semula dengan kadar segera.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

8 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 8 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,524 (2)205,044
SABAH35064,556
WP KUALA LUMPUR466 (2)63,838
JOHOR 45662,354
SARAWAK 70752,581
PULAU PINANG18531,091
NEGERI SEMBILAN50531,048
KELANTAN   20430,687
PERAK22522,828
KEDAH14820,794
MELAKA31414,023
PAHANG 15710,982
TERENGGANU10610,094
WP LABUAN1915,152
WP PUTRAJAYA272,041
PERLIS1539
JUMLAH KESELURUHAN5,566 (4)627,652

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 76 kes kematian pada 8 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (warganegara)  Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
3461WP Kuala LumpurLelaki (WN)62Hospital Kuala LumpurPenyakit jantung
3462WP Kuala LumpurPerempuan (WN)64Hospital PutrajayaKencing manis dan darah tinggi
3463KelantanPerempuan (WN)44Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis
3464JohorLelaki (WN)69Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruDarah tinggi dan strok
3465SelangorPerempuan (WN)68Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan jantung
3466SelangorLelaki (WN)83Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti MalayaDarah tinggi, dislipidemia, dan tuberkulosis
3467MelakaLelaki (WN)71Hospital MelakaDarah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3468PerakPerempuan (WN)85Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohDarah tinggi
3469MelakaLelaki (WN)78Hospital MelakaKencing manis dan darah tinggi
3470SelangorLelaki (WN)64Hospital AmpangKencing manis dan darah tinggi
3471JohorPerempuan (WN)78Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarDarah tinggi dan strok
3472TerengganuLelaki (WN)58Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit jantung dan paru-paru kronik
3473SelangorPerempuan (WN)62Hospital SerdangKencing manis
3474KelantanPerempuan (WN)65Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuDarah tinggi dan kanser
3475JohorPerempuan (WN)66Hospital SegamatKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3476JohorLelaki (WN)48Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarObesiti
3477KedahPerempuan (WN)59Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis
3478JohorPerempuan (WN)52Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3479Negeri SembilanPerempuan (WN)60Hospital TampinKencing manis dan darah tinggi
3480WP LabuanLelaki (WN)30Hospital LabuanObesiti
3481WP Kuala LumpurPerempuan (WN)61Hospital Sungai BulohDarah tinggi dan buah pinggang kronik
3482SarawakLelaki (WN)83Hospital Sri AmanDarah tinggi, dislipidemia, jantung, kanser, dan paru-paru kronik
3483KedahLelaki (WN)66Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarDarah tinggi
3484PahangLelaki (WN)59Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanTiroid
3485SelangorLelaki (WN)28Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, tiroid, dan buah pinggang kronik
3486PerakLelaki (WN)65Hospital TaipingDarah tinggi
3487WP LabuanLelaki (WN)82Hospital LabuanDarah tinggi, dislipidemia, dan jantung
3488WP LabuanLelaki (WN)87Hospital LabuanDarah tinggi dan kanser
3489JohorPerempuan (WN)37Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
3490KedahLelaki (WN)80Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3491WP LabuanLelaki (WN)55Hospital Labuan
3492KelantanPerempuan (WN)80Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuDarah tinggi dan tiroid
3493Negeri SembilanPerempuan (WN)61Hospital TampinKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3494MelakaPerempuan (WN)70Hospital MelakaKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3495WP Kuala LumpurLelaki (WN)65Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan strok
3496KelantanPerempuan (WN)69Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis, darah tinggi, dan strok
3497SelangorLelaki (WN)65Hospital Shah AlamObesiti
3498SelangorPerempuan (WN)32Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
3499SelangorLelaki (WN)77Hospital SerdangDarah tinggi
3500TerengganuLelaki (WN)79Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuKencing manis, darah tinggi, dan jantung
3501TerengganuPerempuan (WN)72Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuStrok, darah tinggi, dan jantung
3502WP LabuanPerempuan (WN)84Hospital LabuanKencing manis, darah tinggi, dan penyakit buah pinggang kronik
3503JohorLelaki (WN)72Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKencing manis dan darah tinggi
3504WP LabuanPerempuan (WN)75Hospital LabuanKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3505KedahLelaki (WN)79Hospital BalingKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3506SelangorLelaki (WN)79Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
3507SabahPerempuan (WN)71Jenazah dibawa ke Hospital Tawau
3508WP Kuala LumpurLelaki (WN)59Hospital Kuala LumpurDislipidemia
3509Negeri SembilanPerempuan (WN)59Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
3510SelangorLelaki (WN)76Hospital SelayangDarah tinggi
3511SelangorLelaki (WN)72Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3512SelangorPerempuan (WN)66Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
3513SelangorPerempuan (WN)62Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
3514SelangorPerempuan (WN)62Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3515SelangorPerempuan (WN)60Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3516SelangorLelaki (WN)60Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3517SelangorPerempuan (WN)36Hospital Selayang
3518SelangorLelaki (WN)25Jenazah dibawa ke Hospital Sungai BulohObesiti
3519WP Kuala LumpurPerempuan (WN)69Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan kanser
3520WP Kuala LumpurLelaki (WN)74Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3521WP Kuala LumpurPerempuan (WN)41Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan obesiti
3522JohorLelaki (WN)37Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruTuberkulosis
3523JohorLelaki (WN)74Hospital Kota Tinggi
3524JohorPerempuan (WN)75Hospital Pakar KPJ JohorKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, asma, dan obesiti
3525JohorPerempuan (WN)67Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruDarah tinggi
3526JohorLelaki (WN)60Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
3527Negeri SembilanLelaki (WN)84Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3528Negeri SembilanPerempuan (WN)71Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis dan darah tinggi
3529Negeri SembilanLelaki (WN)69Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan strok
3530Negeri SembilanLelaki (WN)59Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis dan darah tinggi
3531Negeri SembilanLelaki (WN)52Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis dan darah tinggi
3532Negeri SembilanPerempuan (WN)51Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, jantung, dan asma
3533MelakaPerempuan (WN)101Hospital Melaka
3534PahangPerempuan (WN)79Hospital Tengku Ampuan Afzan KuantanDarah tinggi
3535WP LabuanLelaki (WN)70Hospital LabuanKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3536JohorLelaki (BWN)46Jenazah Dibawa Ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 5,566 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 8 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR1,524671,0972358
SARAWAK707143437127
NEGERI SEMBILAN505210137158
WP KUALA LUMPUR466792642121
JOHOR456123206127
SABAH35016613549
MELAKA31415114023
PERAK2256849108
KELANTAN2041314150
WP LABUAN191586271
PULAU PINANG185676454
PAHANG15782705
KEDAH148219730
TERENGGANU106245527
WP PUTRAJAYA278172
PERLIS11
JUMLAH KESELURUHAN5,5661,2802,97241,310

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 8 JUN 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Jalan Satu Olak DuaTempat KerjaSelangorKuala Langat668
2Jalan EquineTempat KerjaSelangorPetaling2999
3Jalan Enam CTempat KerjaSelangorHulu Langat, Klang, Petaling, dan Sepang2148
4Bukit Rahman LapanTempat KerjaSelangorGombak19127
5CoralTempat KerjaSabahKota Kinabalu9283
6Ocean BlueTempat KerjaSabahKota Kinabalu99185
7SegaraTempat KerjaSabahKota Kinabalu11141
8Industri Tanjung AgasTempat KerjaJohorTangkak842
9Jalan KesangTempat KerjaJohorTangkak19261
10Dah Mahang MerahTempat KerjaKedahKulim dan Kuala Muda1944
11Tapak Bina Muda 2Tempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa3360
12Jalan Alamanda Presint SatuTempat KerjaWP PutrajayaPutrajaya1144
13Jalan SerulingTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan23547
14Jalan Kota JelasinTempat KerjaKelantanKota Bharu dan Tumpat1024
15Jalan Sri JaafarTempat KerjaPahangBentong32155
16Kampung BunduKomunitiSabahKuala Penyu39303
17Tanjung Aru BaruKomunitiSabahKota Kinabalu30213
18Ulu TeruKomunitiSarawakMiri dan Beluru46468
19Ulu SebakongKomunitiSarawakMukah61147
20Rantau KenangaKomunitiPerakHilir Perak3969
21Jalan MelangKumpulan Berisiko TinggiNegeri SembilanKuala Pilah29232
22Teluk KabungKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru47132
23Jalan Cempedak 2Kumpulan Berisiko tinggiWP Kuala LumpurKepong1756
24Jalan Logah SegamatKeagamaanJohorSegamat1430