Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 9 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

9 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 9 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 7,386 kes (548,705 kes kumulatif, 86.6%);
  • Kes baharu : 6,239 kes (633,891 kes kumulatif);
  • Kes import : 11 kes (7 warganegara; 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,228 kes [5,377 warganegara (86.3%); 851 bukan warganegara (13.7%)];
  • Kes aktif : 81,575 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :905 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 453 kes;
  • Kes kematian : 75 kes (3,611 kes kumulatif, 0.57%; 74 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,400 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,666 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 734 kluster.

Sebanyak 75 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 23 kes di Selangor, 18 kes di Johor, tujuh (7) kes di Kelantan,  masing-masing lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah, masing-masing tiga (3) kes di Sabah, Melaka, Negeri Sembilan, dan Sarawak, dua (2) kes di Perak, serta masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KEMASKINI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)

KKM telah menubuhkan Pusat Penilaian COVID-19 (COVID-19 Assessment Centre – CAC) yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk penilaian individu yang disahkan positif sebelum ditentukan sama ada sesuai untuk menjalani isolasi dan pemantauan kendiri di rumah atau memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PRKC) / hospital.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi mengenalpasti kes-kes COVID-19 yang memerlukan rawatan lanjut dirujuk ke PKRC atau hospital, manakala kes-kes COVID-19 yang stabil dibenarkan menjalani pemantauan kendiri di rumah. Secara tidak langsung, ini dapat mengurangkan kesesakan di hospital ketika negara sedang menghadapi peningkatan kes COVID-19 yang mendadak.  Oleh itu, pesakit COVID-19 Kategori 1 (tidak bergejala) dan Kategori 2 (bergejala ringan) akan dipantau oleh CAC manakala pihak hospital akan merawat pesakit Kategori 3 dan ke atas. PKRC pula adalah penempatan untuk Pesakit Kategori 1 dan 2 yang tidak layak untuk menjalani isolasi dan pemantauan kendiri di rumah.

Tujuan penubuhan CAC:

  • Mengenalpasti pesakit yang bersesuaian untuk dipantau di rumah atau perlu dimasukkan ke PKRC / hospital;
  • Memantau dan menilai perkembangan pesakit di rumah menggunakan Borang Pemantauan di rumah / MySejahtera; dan
  • Menyelaras rujukan pesakit ke PKRC / hospital jika perlu.

Kriteria pesakit yang boleh menjalani pemantauan di rumah atau Home Surveilance Order (HSO):

  • Dewasa:
    • Berumur < 60 tahun Kategori 1 dan 2 (gejala ringan). Bagi yang berumur ≥ 60 tahun, perlu dimasukkan ke PKRC / hospital.
  • Kanak-kanak:
    • Kategori 1: Semua kanak-kanak yang tiada co-morbidity dan mempunyai penjaga yang sesuai;
    • Kategori 2: Hanya kanak-kanak berusia 2 tahun atau lebih yang tiada co-morbidity dan mempunyai penjaga yang sesuai.
  • Keadaan di rumah yang sesuai:
    • Mempunyai kemudahan telefon;
    • Pesakit patuh pada SOP (tinggal di bilik berasingan dari penghuni lain, sebaik-baiknya mempunyai tandas di bilik tersebut);
    • Tiada penghuni yang berisiko tinggi;
    • Pesakit mempunyai penjaga yang sesuai di rumah tersebut.

Pada Januari 2021, sebanyak 148 CAC telah memulakan operasi dan sehingga kini ia berkembang kepada 198 CAC di seluruh negara. Setiap CAC mempunyai pasukan yang terdiri daripada Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP).

Peningkatan jumlah kes COVID-19 yang mendadak sejak April lalu menyebabkan beban tugas anggota di CAC bertambah. Terdapat peningkatan 150% daripada jumlah kedatangan pesakit ke CAC, iaitu dari 4,000 sehari ke 10,000 sehari pada 5 Jun 2021. Begitu juga dengan jumlah kes aktif dalam pemantauan CAC yang meningkat 108% dari 5,300 sehari ke 11,000 sehari. Selain itu, terdapat peningkatan jumlah kes yang memerlukan rujukan ke hospital (step up care) bagi tempoh dari 23 Mei hingga 5 Jun 2021 iaitu dari 9 kes kepada 35 kes.

Jadual 1: Jumlah CAC Mengikut Negeri Sejak Mula Dilancarkan pada Januari 2021

Negeri/BulanJanuariFebruariMacAprilMei
 Perlis1111101010
 Kedah1111111111
 P.Pinang3030303030
 Perak1111111111
 Selangor1919222834
 WPKL&P55555
 N.Sembilan78888
 Melaka54343
 Johor1011111111
 Pahang1111111111
 Terengganu1313131315
 Kelantan1417172020
 Sarawak---2424
 Sabah-3333
 Labuan11111
 MALAYSIA148154156190198

Rajah 1: Jumlah kedatangan pesakit COVID-19 ke CAC

Peningkatan beban kerja dalam tempoh yang singkat menyebabkan kekangan talian telefon bagi menerima panggilan dari pesakit, serta petugas untuk membuat dan menerima panggilan. Ini menyebabkan berlaku kejadian panggilan ke CAC tidak berjawab. Situasi ini menyebabkan kegelisahan kepada pesakit yang sedang menjalani pemantauan di rumah mengenai status kesihatan semasa. Khususnya apabila mereka melaporkan wujudnya gejala baru atau kemerosotan gejala dalam sistem MySejahtera tetapi masih belum diambil tindakan oleh CAC.

Rajah 2: Trend kes  yang dalam pemantauan CAC yang dirujuk ke Hospital.

Oleh itu, bagi menambahbaik proses pemantauan oleh CAC, KKM dalam proses mewujudkan Call Center untuk membantu CAC bagi perkara berikut:

  1. Menerima panggilan daripada pesakit yang bergejala untuk disalurkan ke CAC berkaitan;
  2. Menerima panggilan berkaitan pertanyaan umum berkaitan HSO / Home Monitoring; dan
  3. Menyalurkan panggilan kecemasan ke MERS 999 (Malaysian Emergency Response Services).

Sebagai permulaan, ianya akan dilaksanakan di Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mempunyai beban kes yang tinggi. Selain itu, KKM juga akan menambah talian telefon di 33 buah CAC di tiga (3) negeri tersebut bagi mengurangkan kesesakan talian telefon.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,291 (3)207,335
SABAH23264,788
WP KUALA LUMPUR704 (3)64,542
JOHOR 468 (1)62,822
SARAWAK 41953,000
NEGERI SEMBILAN507 (4)31,555
PULAU PINANG 19431,285
KELANTAN   34031,027
PERAK17523,003
KEDAH13520,929
MELAKA15014,173
PAHANG 23211,214
TERENGGANU17110,265
WP LABUAN2005,352
WP PUTRAJAYA172,058
PERLIS4543
JUMLAH KESELURUHAN6,239 (11)633,891

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 75 kes kematian pada 9 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (warganegara)  Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
3537SelangorLelaki (WN)59Jenazah dibawa ke Hospital SerdangDarah tinggi dan dislipidemia
3538KelantanLelaki (WN)69Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuDarah tinggi
3539SelangorLelaki (WN)61Hospital KajangKencing manis dan darah tinggi
3540SelangorPerempuan (WN)60Hospital Kuala LumpurDarah tinggi dan dislipidemia
3541KedahPerempuan (WN)54Hospital Sultanah Maliha, LangkawiKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3542SelangorLelaki (WN)60Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
3543SabahLelaki (WN)62Hospital TawauDarah tinggi, jantung, dan asma
3544KedahPerempuan (WN)72Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarDarah tinggi dan dislipidemia
3545SabahLelaki (WN)86Jenazah dibawa ke Hospital Tawau-
3546SelangorLelaki (WN)60Hospital Sungai Buloh-
3547MelakaLelaki (WN)81Hospital Melaka-
3548SarawakLelaki (WN)66Hospital KapitDarah tinggi dan paru-paru kronik
3549Negeri SembilanLelaki (WN)66Hospital TampinKencing manis, darah tinggi, dan strok
3550KelantanLelaki (WN)61Hospital JeliKencing manis, darah tinggi, dan strok
3551SelangorLelaki (WN)78Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan pituitary microadenoma
3552SelangorPerempuan (WN)64Hospital Shah AlamKencing manis, dislipidemia, dan asma
3553JohorLelaki (WN)42Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar-
3554Pulau PinangLelaki (WN)54Hospital Kepala BatasKencing manis, darah tinggi, dan obesiti
3555KedahLelaki (WN)64Hospital Sultanah Maliha, Langkawi-
3556KedahPerempuan (WN)76Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarKencing manis dan darah tinggi
3557SelangorLelaki (WN)28Hospital AmpangPenyakit buah pinggang
3558WP Kuala LumpurLelaki (WN)61Hospital Kuala LumpurKencing manis dan darah tinggi
3559JohorPerempuan (WN)79Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatKencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
3560SarawakLelaki (WN)79Hospital KapitDarah tinggi dan buah pinggang kronik
3561PerakLelaki (WN)76Hospital Teluk IntanKencing manis, darah tinggi, dan penyakit saraf
3562SelangorPerempuan (WN)44Jenazah dibawa ke Hospital KajangObesiti
3563JohorPerempuan (WN)75Hospital Sultan Ismail, Johor BahruDarah tinggi dan dislipidemia
3564JohorLelaki (WN)66Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis, darah tinggi, dan jantung
3565SarawakPerempuan (WN)66Hospital SibuKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3566JohorPerempuan (WN)68Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKencing manis dan darah tinggi
3567JohorLelaki (WN)56Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarDarah tinggi
3568JohorLelaki (WN)49Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruDarah tinggi dan buah pinggang kronik
3569KelantanPerempuan (WN)80Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis, dislipidemia, buah pinggang kronik, dan jantung
3570JohorLelaki (WN)42Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar-
3571KelantanLelaki (WN)89Hospital TumpatKencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
3572KelantanLelaki (WN)80Hospital TumpatDarah tinggi, penyakit jantung, dan penyakit saraf
3573KelantanLelaki (WN)51Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala KraiKencing manis
3574PerakPerempuan (WN)67Hospital TaipingDarah tinggi dan asma
3575KedahPerempuan (WN)58Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarKencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, strok, buah pinggang kronik, dan hati
3576SelangorLelaki (WN)74Hospital PutrajayaKencing manis dan darah tinggi
3577SelangorPerempuan (WN)92Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti MalayaDarah tinggi
3578MelakaPerempuan (WN)84Hospital MelakaKencing manis, darah tinggi, dan jantung
3579WP Kuala LumpurPerempuan (WN)65Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
3580MelakaPerempuan (WN)62Hospital MelakaKencing manis
3581WP LabuanLelaki (WN)44Hospital LabuanDarah tinggi
3582SelangorPerempuan (WN)85Jenazah dibawa ke Hospital Kajang-
3583SelangorLelaki (WN)80Hospital Sungai BulohStrok
3584JohorLelaki (WN)86Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru-
3585SelangorLelaki (WN)51Hospital Shah AlamTuberkulosis
3586JohorPerempuan (WN)53Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruDarah tinggi dan obesiti
3587JohorLelaki (WN)36Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit jantung dan obesiti
3588TerengganuLelaki (WN)57Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuKencing manis
3589JohorLelaki (WN)47Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarObesiti dan asma
3590SelangorLelaki (WN)61Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3591JohorLelaki (WN)85Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruDarah tinggi
3592JohorLelaki (WN)74Hospital Sultan Ismail, Johor BahruKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3593KelantanPerempuan (WN)62Jenazah dibawa ke Hospital TumpatKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
3594SelangorLelaki (WN)53Hospital AmpangKencing manis dan darah tinggi
3595SelangorLelaki (WN)36Jenazah dibawa ke Hospital SerdangKencing manis dan obesiti
3596SelangorPerempuan (WN)26Hospital AmpangLupus dan buah pinggang kronik
3597SabahPerempuan (WN)78Hospital TawauKencing manis, darah tinggi, dan strok
3598SelangorLelaki (WN)81Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
3599SelangorLelaki (WN)66Jenazah dibawa ke Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3600SelangorLelaki (WN)73Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
3601SelangorLelaki (WN)63Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, strok, dan buah pinggang kronik
3602SelangorPerempuan (WN)44Hospital KajangDarah tinggi dan jantung
3603WP Kuala LumpurLelaki (WN)66Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur-
3604WP Kuala LumpurPerempuan (WN)53Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
3605JohorPerempuan (WN)81Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru-
3606JohorPerempuan (WN)73Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruDarah tinggi, dislipidemia, buah pinggang kronik, dan multiple myeloma
3607JohorPerempuan (WN)61Jenazah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor BahruDarah tinggi
3608JohorLelaki (WN)42Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarObesiti
3609Negeri SembilanLelaki (WN)69Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis dan darah tinggi
3610Negeri SembilanLelaki (WN)68Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi
3611WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)49Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras-

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 6,239 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 9 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,291591,6833546
WP KUALA LUMPUR704414283232
NEGERI SEMBILAN50789320494
JOHOR4681052411121
SARAWAK41973266-80
KELANTAN340128174-38
SABAH23258122-52
PAHANG23214457-31
WP LABUAN2005279-69
PULAU PINANG1947084-40
PERAK1755943-73
TERENGGANU1718562-24
MELAKA15020104-26
KEDAH1351690-29
WP PUTRAJAYA1796-2
PERLIS4-3-1
JUMLAH KESELURUHAN6,2391,0083,762111,458

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 9 JUN 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Sungai Rasau 27Tempat KerjaSelangorKlang, Petaling, dan Kuala Langat35149
2Perusahaan Dua Batu CavesTempat KerjaSelangorGombak1278
3Industri Balakong TujuhTempat KerjaSelangorHulu Langat, Petaling, dan Gombak36183
4Camar LapanTempat KerjaSelangorKuala Langat821
5Alam Jaya DuaTempat KerjaSelangorKuala Selangor dan Gombak6285
6Jalan WismaTempat KerjaSabahKota Kinabalu725
7Lot SembilanTempat KerjaSabahKuala Penyu dan Beaufort2488
8Kampung HudaTempat KerjaKelantanKota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, dan Tumpat2476
9Industri Teluk KalongTempat KerjaTerengganuKemaman1031,500
10Lorong Perusahaan 8ATempat KerjaPulau PinangSebarang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan34134
11Industri Medan TasekTempat KerjaPerakKinta19231
12Jalan Keluli SembilanTempat KerjaJohorJohor Bahru1444
13Dah MengkuduTempat KerjaKedahKota Setar, Kubang Pasu, Pendang, dan Yan39157
14Gong MengkelehKomunitiKelantanPasir Puteh2040
15Putra SembilanInstitusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah KPMWP Putrajaya dan SelangorPutrajaya dan Sepang1049